Mahathir kini kuli kepada Ku Li?

Share

EDITORIAL

Pendedahan Tun Mahathir bahawa beberapa usaha beliau menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak adalah atas pandangan dan insiatif Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) merupakan satu fakta pahit yang pasti sukar ditelan oleh para penyokong bekas Perdana Menteri tersebut.

Selama ini kumpulan Pro-Tun sentiasa sahaja menguar-uarkan kehebatan pemikiran dan strategi Mahathir dalam politik dan mereka percaya Mahathir akan berjaya menjatuhkan Mohd Najib.

Justeru apabila Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa Deklarasi Rakyat merupakan draf mereka bukan dari Tun Mahathir ramai tidak percaya dan menyatakan mustahil untuk bekas Perdana Menteri Malaysia yang teragung ini akan mendengar pandangan Pakatan.

Namun hari ini apabila Mahathir mendedahkan bahawa beliau hanya ikut suruhan Ku Li mengadakan agenda menjatuhkan Najib, ia merupakan satu tamparan hebat. Benar atau tidak benar dakwaan Mahathir tidak lagi penting.

Apa yang menjadi fokus sekarang ialah jelas sekali Mahathir tidak lagi mempunyai keupayaan untuk membuat pertimbangan politik yang waras dan baik untuk kepentingan negara.

Menurut portal Suara.tv dan Freemalaysiatoday.com, Tun Mahathir dilaporkan berkata Ku Li sebagai dalang disebalik gerakan bagi menjatuhkan Najib.

Dalam sidang akhbar pagi tadi Tun Mahathir mendedahkan mengenai sikap Ku Li. “Beliau tidak buat apa-apa pun (tapi) hanya minta orang lain buat untuk beliau. Beliau suruh saya jumpa orang Sarawak dan saya buat. Saya ikut suruhan dia.”

Hari ini Mahathir mengaku beliau hanya kuli kepada Ku Li dalam agenda menjatuhkan Perdana Menteri.

Apakah tidak mustahil Mahathir juga hanya kuli kepada DAP dan kroni-kroni beliau yang kurang mendapat projek hari ini?

Rupa-rupanya Mahathir hari ini bukan lagi Mahathir 10 tahun lalu. Beliau bukan lagi pemimpin tetapi sedang menjadi alat kepada orang lain semata-mata. Pentaksub Mahathir harus menilai semula apakah mereka mahu membiarkan Mahathir terus dipergunakan untuk kepentingan orang lain.

Ku Li dan Mahathir: Akhirnya Ku Li Menang Juga

Sudah lama Ku Li dipermainkan oleh Tun M. Apabila Musa Hitam dua kali menang Timbalan Presiden mengalahkan Ku Li, Mahathir tetap beri jawatan penting kepada Ku Li bagi menyekat pengaruh Musa.

Pada 1998 Anwar Ibrahim dipecat, maka Mahathir mencari Ku Li bagi mengukuhkan kedudukan UMNO.

Pada 2008, apabila mahu menjatuhkan Pak Lah, Mahathir juga mencadangkan gabungan Ku Li-Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi mengasak Najib untuk melawan Pak Lah.

Apabila Pak Lah mengumumkan pengunduran diganti Najib, Mahathir isytihar sokong Najib-Muhyiddin. Ku Li kena main lagi dengan Mahathir.

Akhirnya kali ini Ku Li pula mainkan Tun M. Politik serba kemungkinan.

Pentaksub Mahathir sampai bila mahu dipermainkan Mahathir?

13 thoughts on “Mahathir kini kuli kepada Ku Li?

  • March 26, 2016 at 7:21 pm
    Permalink

    Habis apasal Najib takut sangat ke Tun? Kuli pun kuli lah…janji 1MDB dan Jho Low tidak lepas…

    Reply
  • March 26, 2016 at 8:11 pm
    Permalink

    Najib x takut tapi hormat pd Tun. Tapi la ni agaknya dah x hormat lagi dah.

    Reply
  • March 26, 2016 at 8:11 pm
    Permalink

    …dia nak tutup cerita 100billion tuu…kuli pun kuli la..

    Reply
  • March 26, 2016 at 9:54 pm
    Permalink

    Sape dengaq cakap sape? Cakap je la hang nyanyuk madey oi salah kan ku li apa jadah?

    Reply
  • March 26, 2016 at 11:37 pm
    Permalink

    madey marah sebab sekarang ini dia terpaksa kacau taik seorang diri selepas kena main taik dengan ku li, hehehehe

    nanti ku li tahulah nak kata dia beri cadangan suruh buat undi tidak percaya itu sebab madey yang desak dia suruh beri pendapat bagaimana nak jatuhkan Najib

    madey tak kata pun agenda untuk menjatuhkan Najib itu seperti menggunakan isu 1MDB & derma 2.6 bilion ialah idea atau cadangan dari ku li juga…madey cuma kata ku li memberi cadangan supaya buat undi tidak percaya itu sahaja, cadangan ku li ini mengikut kebenaran yang diberikan oleh perlembagaan…apa yang penting ku li tak beri cadangan buat cara kotor guna fitnah(isu 1MDB, isu derma RM2.6 bilion, hadiah bertong-tong anak Najib dapat dll) atau suruh hasut rakyat menggunakan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan PM

    Reply
  • March 27, 2016 at 12:27 am
    Permalink

    Bak kata nalla..Mahathir sudah tua 90 tahun, pargi duduk rumah baik2 la…dah tua akhirnya jd KULI pulak…merapu betul org tua ni..

    Reply
  • March 27, 2016 at 7:14 am
    Permalink

    Ku Li mencadangkan mereka beramai2 berak dalam dam satu kawah. Mereka pun berak beramai2 termasok Madey dan Midin serta bebarapa lagi dalam senarai 6 Tan Sri yang berjanji nak berak beramai2 demi satu tujuan. Ku Li jugak berak sekali dalam kawah yang sama kerana itu perjanjian mereka, walau KU Li diluhat berak paling akhir sekali separuh hati.

    Siap berak dalam kawah , tiba pulak pada peringkat mengacau najis dalam kawah bagi memastikan kesebatian. Mereka pun kacau termasok Madey yang berperanan lebih besar bagi memastikan najis betul2 sebati dalam mengahsilkan satu adunan yang baik. Namun apabila waktu berjalan lepas sorang, sorang give up dan lari secara diam dan senyap. Mereka sebenarnya masih berada dikawasan tapi tidak lagi mengacau najis dalam kawah. Madey tetiba sedar dia bersendirian memegang pengacau jenis sendok kayu yang panjang dan terpaksa terus mengacau kerana matlamat mereka ialah untuk mencapai kesabatian najis.

    Walau menyedari bersendirian Madey tetap terus kacau walau kawah sudah mulai dikerumun langau, dengan bau yang terlalu semerbak dan dahsyat sekali. Madey kacau dan kacau dan kacau walau kacauan itu tidak sekuat dulu kerana mula menyedari bahawa hanya mansuia haprak sahaja yang mengacau najis dalam kawah.

    Demikian lah andaian cerita yang dikisahkan oleh Madey. Miat Ku Li tercapai, Hei Madey kau banyak kali mainkan aku, sekarang aku main kau pulak. Lalu Ku Li pun bergembira menanda tangani perjanjinan baru yang telah pun buatkan Madey terkucil najis lagi dan kali ini bersepah2 najisnya ditepi jalan.

    Reply
  • March 27, 2016 at 8:49 am
    Permalink

    Dari blog bangang Jelapang:

    Ku Li dalang gulingkan Najib, dakwa Tun M

    Nawar Firdaws | March 26, 2016

    Ku Li didakwa memberikan idea kepada Dr Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tak percaya di Parlimen.

    PUTRAJAYA: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah didakwa adalah dalang sebenar bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

    Dakwaan itu dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mendakwa bahawa beliau didatangi Tengku Razaleigh atau Ku Li sebelum ini dan memberikan idea menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tidak percaya di Parlimen.

    “Kemudian akan beliau menguar-uarkan usul undi tak percaya dalam kalangan anggota Parlimen dan walaupun beliau mengatakan boleh mendapat undi majoriti anggota Dewan Rakyat, tetapi beliau tidak dapat sebenarnya.

    “Beliau tidak buat apa-apa pun. Beliau hanya minta orang lain buat untuk beliau. Beliau suruh saya jumpa orang Sarawak dan saya buat. Saya ikut suruhan dia,” katanya.

    Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ku Li dan beberapa pemimpin UMNO menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri.

    Bekas Perdana Menteri itu berkata, Ku Li pernah mencadangkan Perdana Menteri diturunkan, namun kini beliau berpaling dan menyokong Najib.

    Katanya, perubahan pendirian Ku Li mungkin disebabkan beliau merasakan seorang pemimpin negara hilang RM42 bilion bukanlah satu isu yang besar.

    “Saya takkan sokong orang yang macam itu. Tapi saya rasa beliau (Ku Li) sokong.

    Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, pengkhianatan Ku Li itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana beliau pernah berbuat demikian beberapa kali terhadapnya sebelum ini.

    “Apabila beliau kalah pemilihan, beliau menyaman parti (UMNO) dan keputusannya parti diharamkan. Saya terpaksa ambil masa membina semula parti yang berkecai dan beliau pula pergi dan tubuhkan parti lain.

    “Apa yang kita boleh harapkan daripada orang yang macam ini?” katanya.

    Reply
  • March 27, 2016 at 12:33 pm
    Permalink

    Tak sangka Mahahtir sebodoh itu,sampai boleh di permainkan oleh Ku Li.kalau begitu ,macam mana selepas ini nanti Mahaahtir akan pula di permaikan oleh LKS,Anwar Ibrahim ,Mat Sabu,Zaid Ibrahim,Azmin,Wan Azizah….dll.Bolehkah penyokong Mahahtir berharap Mahahtir tidak di permainkan lagi,dan terus berlagak sebagai pemimpin unggul,apa yg dia buat betul belaka?.

    Tapi kita apa peduli,apa nak jadi pada mereka.Biar mereka,…..ma**us.

    Reply
  • March 27, 2016 at 6:42 pm
    Permalink

    iya, taik telah sebati selepas dikacau oleh madey bersendirian…taik sebati ini merupakan produk berkualiti keluaran industri kecil & sederhana dari kilang madey…produk taik ini memang berkualiti(sedap lagikan berkhasiat), jika tidak sedap lagikan berkhasiat tidak mugkin lim kit siang, anwar, wan azizah, rafizi, mat sabu, raja kamarul bahrin dll sanggup membuat tempahan untuk membelinya walaupun mereka cuma dapat mencium baunya sahaja

    antara ramuan dalam produk taik madey ini terdapat ramuan taik ‘6 orang Tan Sri’ namun taik madey merupakan ramuan utama paling penting untuk menghasilkan produk yang berkualiti…adapun produk taik madey ini belum lagi dipeketkan kerana madey sudah tua tidak larat hendak mempeketkannya sendiri

    lim kit siang, anwar, wan azizah, rafizi, mat sabu, raja kamarul bahrin dll sedang membantu madey mempeketkan produk taiknya ini…produk taik madey dalam bentuk peket ini akan mula dijual dalam siri roadshow(ceramah) ‘Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang@’Save Malaysia’ di seluruh negara tidak lama lagi

    produk taiknya madey ini telah dipromosi secara agresif menerusi media dalam & luar negara…madey telah membayar jutaan ringgit untuk menggunakan khidmat clare brown & rupert murdoch bagi membuat promosi produk taiknya madey ini di peringkat antarabangsa…ku li meninggalkan madey kerana ku li sudah cepat tahu sebahagian besar rakyat akan melihat madey lebih taik dari produk taiknya itu

    Reply
  • May 19, 2016 at 5:33 pm
    Permalink

    mane tahu kalu madey saje nak lumpuhkan pembangkang dah berjaya dah, syabas kalu gitu hasrat tu madey… lagi pun susah nak tumbang najib selagi undi parti menyebelahi beliau. pembangkang dah hanyut….. tunggu je la sampai keputusan ilahi… bakal menakluk dunia…..

    Reply
  • February 14, 2017 at 5:56 am
    Permalink

    madey dan taik sayang selamanya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *