‘PAS Tidak Mustahak, Tak Penting’ – Kit Siang

Share


kitsiang184

Sejak PAS bergabung dengan DAP pada 2008, kita dapat menyaksikan perubahan 360 darjah berlaku pada PAS. Sama ada dasar mahupun perjuangan, PAS dilihat seolah-olah didoktrin menjadi lebih sekular berbanding DAP sendiri.

Sampai ke suatu tahap, PAS sendiri mengisytihar bahawa mereka tiada agenda untuk menubuhkan Kerajaan Islam dan sebaliknya berubah haluan mahu menubuhkan Kerajaan Kebajikan bersama DAP.

Ramai yang mengkritik PAS ketika itu kerana parti itu mengatakan Kerajaan Islam ada dalam Kerajaan Kebajikan. Sedangkan, ramai ulama PAS ‘di belakang’ menegaskan bahawa Kerajaan Kebajikan itulah yang berada di dalam Kerajaan Islam.

Lebih menyakitkan hati akar umbi PAS, pucuk pimpinan PAS ketika itu sanggup mengenepikan perjuangan melaksanakan hukum hudud hanya semata-mata kerana untuk terus bersefahaman dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Dan mungkin Allah tidak redha dengan ‘perubahan pelik’ PAS ketika itu, maka Pakatan Rakyat dikuburkan. PAS dan DAP putus hubungan. Mat Sabu dan gengnya yang dikatakan bersekongkol dengan DAP dan PKR ‘dinyahkan’ dari kepimpinan utama PAS. Mereka keluar parti dan membentuk Parti Amanah Negara (PAN).

PAS mengalami pepecahan. Namun di sebalik pepecahan itu, ia disambut bagaikan rahmat oleh semua lapisan peringkat dalam parti berkenaan dan beranggapan ia adalah satu corak ‘pembersihan dalaman’ parti yang sebelumnya dicemari anasir jahat DAP dan PKR.

Namun begitu, dendam DAP terhadap PAS tetap membara. Terbaru, penulis dikhabarkan tentang kunjungan Lim Kit Siang ke Kedah bersama Rara. Dibawa gadis Melayu bertudung DAP itu masuk ke negeri yang dikuasai UMNO dan pernah dikuasai PAS. Dia tahu 80% rakyat Kedah adalah Melayu Islam.

Mungkin kerana itu dia membawa Rara. Mungkin dia fikir Rara mampu membawa impak besar menarik Melayu Islam di Kedah untuk bersama DAP menandatangani deklarasi Tun Dr Mahathir Mohamad. Malangnya dia tersilap percaturan kerana orang Kedah tradisinya memang ‘pantang’ melihat lambang roket DAP, pasti mereka tentang!

Kit Siang perlu sedar bahawa Kedah bukan Pulau Pinang. Bawalah Rara, bawalah Melati sekali pun, orang Kedah takkan bersama DAP. Jika DAP Kedah pun tolak kepimpinan Kit Siang yang menghantar proksinya, Zairil Khir Johari, apakah Kit Siang fikir orang Kedah akan terima Rara?

Kit Siang dalam komennya di depan rakyat Kedah mengenai tindakan PAS yang mahu menubuhkan blok pembangkang ketiga dengan bongkak mengatakan ‘PAS tidak mustahak dan tidak penting’ di matanya.

Melihat betapa hinanya PAS dan Ahli PAS di mata Kit Siang itu, penulis terbayang wajah-wajah ‘Pak Lebai Kulup’ dan ‘Ostazah Tudung Labuh’ PAS yang sebelum ini begitu bersemangat mengibarkan bendera DAP ketika pilihan raya berlangsung.

pas-dap-flag

Agaknya bagaimana memek muka mereka ketika ini? Menyesalkah mereka mengibarkan bendera ‘chauvinis ultra kiasu’ itu? Mana hendak disorokkany muka mereka? Atau mereka kini sedang tersengih-sengih macam kerang busuk bersama PAN?

Setelah puas ‘diperkuda’ dan ‘dikeldaikan’ DAP sejak bertahun-tahun, begitu hina sekali PAS di pandangan Kit Siang dan DAP? Mungkin sebab itulah UMNO tidak sesekali bersekongkol dengan parti itu atau pemimpinnya. Penulis sendiri jijik pada mereka…

Tapi DAP dan Kit Siang mungkin terlalu berharga pada seorang bekas Perdana Menteri. Jika tidak, masakan dia sanggup dan tergamak ‘melutut’ minta sokongan dari mereka untuk meneruskan agenda politik masa depan anaknya.

Padanlah DAP dan Kit Siang rasa diri mereka terlalu ‘berharga’ sekarang, kan?



One thought on “‘PAS Tidak Mustahak, Tak Penting’ – Kit Siang

  • March 14, 2016 at 8:37 pm
    Permalink

    Hang pa Tanya kit siang nemang tu jawapan dia..perang psiko la plak…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *