Mahathir Full of Crap! (Siri 2)

Share


Dalam Bahagian Kedua, Mahathir Full Of Crap ini, akan mendedahkan beberapa lagi kesilapan yang mustahil dilakukan oleh Mahathir yang waras dan objektif. Dengan kata lain, Mahathir sekarang hanya berada dalam dua situasi, sama ada

– keupayaan minda beliau sudah merosot dan menghampiri nyanyuk;
– atau beliau akan melakukan apa sahaja pembohongan dan penyelewengan isu untuk menjatuhkan Mohd Najib.

Penulis sangat terkejut apabila Mahathir mendakwa Mohd Najib menubuhkan Pemandu di luar kerajaan untuk menguruskan polisi kerajaan dengan mengenepikan EPU dan ICU dalam perancangan dan pelaksanaan.

Tuduhan ini sangat tidak masuk akal kerana Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dengan rasminya telah ditubuhkan pada 16 September, 2009 dan merupakan satu unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tujuan utama dan objektif PEMANDU adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri.

Pengerusi bagi PEMANDU ialah Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Jawatan sebagai Ketua Eksekutif pula disandang oleh YBhg Dato’ Sri Idris Jala.

Jadi bukankah sangat lucu dan tidak masuk akal untuk Mahathir mendakwa Pemandu merupakan sebuah agensi di luar kerajaan yang mengenepikan agensi kerajaan?

Mahathir juga menimbulkan persoalan mengenai tindakan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan. Apakah Mahathir lupa bahawa beliau yang memulakan tradisi Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan?

Kata Mahathir, “Failing to take over the management of the Terengganu Investment Agency (TIA), he set up 1 Malaysia Development Berhad, a company with 1 million Ringgit capital from the Government.”

Ini juga merupakan kesalahan fakta yang sangat besar. Kenyataan sebenarnya ialah pada pertengahan Mei 2009, TIA telah menukar nama dan pemilikan kepada 1MDB dan dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Bagaimana Tun boleh membuat kesilapan-kesilapan semacam ini sangat menghairankan. Ini menimbulkan persoalan sama ada Tun masih memiliki keadaan pemikiran yang waras untuk diberi kepercayaan.



3 thoughts on “Mahathir Full of Crap! (Siri 2)

  • March 15, 2016 at 2:34 am
    Permalink

    ok fahamlah aku madey memang tidak mahu percaya pada siasatan & keputusan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa dalam negara seperti SPRM, Ketua Audit Negara & AG berhubung isu 1MDB yang kononnya ada kaitan dengan derma RM2.6 billion…madey hanya mahu percaya pada hasil siasatan yang dibuat oleh pihak berkuasa luar negara…rakyat cerdik sanggup menunggu hasil siasatan yang kononnya dibuat oleh pihak berkuasa luar negara ini dikemukakan kepada mereka walaupun selepas madey sudah masuk, membusuk & mereput dalam tanah

    rakyat cerdik tidak merasa malu pada PM & institusi negara seperti SPRM, Ketua Audit Negara, BNM & AG yang kononnya madey tuduh telah melindungi Najib…rakyat cerdik tidak merasa malu pada institusi negara kerana pihak berkuasa luar negara(AG Switzerland) berkata Najib bukannya individu yang mereka siasat

    rakyat bongok boleh merasa malu dengan ‘kesimpulan tidak boleh menerima hakikat’ yang dibuat oleh madey kononnya institusi negara seperti SPRM, Ketua Audit Negara, BNM & AG telah melindungi Najib dari didapati bersalah melakukan kesalahan

    barua2 madey seperti si khairuddin & matthias chang pergi ke luar negara untuk membuat laporan, mereka membawa beg kononnya berisi dokumen(bukti) tentang penyelewengan 1MDB…betul ke beg berisi dokumen(bukti)? bukan berisi dedak?

    harap madey ada menabur(menerusi barua2nya seperti si khairuddin & matthias chang) dedak pada pihak berkuasa luar negara ini jika tidak siasatan mereka itu boleh membuat madey tidak boleh menerima hakikat sekali lagi…kecewa untuk ke 2 kali, kepada siapa lagi madey nak merasuah minta bantuan untuk menjatuhkan Najib? Daesh? tentera Kiram? tentera Amerika?

    aku percaya Daesh nak menculik PM bukan disebabkan mereka nak mendapatkan wang tebusan untuk mengembangkan lagi pengaruh & ideologi sesat mereka kepada rakyat Malaysia, mereka nak menculik PM sebab nak menyiksa(torture) PM sehingga dapat membuat PM membuat pengakuan(kerana dipaksa & terpaksa) bahawa dia mencuri wang 1MDB sebanyak RM2.6 bilion…kalau boleh mendapatkan wang dari madey sebagai upah untuk menculik PM, apa guna mereka menculik PM untuk mendapatkan wang tebusan jika upah yang diberikan oleh madey untuk menculik PM sudah cukup lumayan buat mereka?

    ingat madey sengkek papa-kedana takde duit ke? kalau madey takde duit takdelah si kafir laknat bernama tong kooi ong sanggup membeli The Malaysian Insider(TMI) dengan harga RM10 juta pada tahun 2014…sebagai ‘balasan’ kepada kesanggupan membeli TMI dengan harga RM10 juta, apakah madey tidak akan memberi ‘balasan’ lebih dari RM10 juta sekiranya TMI berjaya dijadikan media yang bersekongkol dengan madey & ‘ANC’ untuk menjatuhkan Najib dengan ‘mensensasikan’ isu 1MDB yang kononnya ada kaitan dengan derma RM2.6 bilion? jika madey tidak sanggup memberi ‘balasan’ lebih dari RM10 juta, kafir laknat bertuhankan duit seperti tong kooi ong tidak akan membeli TMI

    http://www.malaysia-today.net/the-closing-down-of-the-malaysian-insider-and-other-matters/

    Reply
  • March 15, 2016 at 8:16 am
    Permalink

    Kita kerjakan ibadah, bersolat, puasa , bersedekah dan memohon diberi Husnul khotimah iaini pengakhiran yang baik.

    Allah lebih menyayangi umatnya yang bersitiqamah.. beramal berterusan walau pun sedikit. Maksudnya jika kita hanya sempat bertahajjud 2 rakaat saja setiap hari kerana kesuntukan waktu dan kita amal ini sepanjang hidup… adalah lebih baik dari lakukan 8 rakaat tetapi selepas 2 bulan , kita berhenti tidak buat lagi.

    Allah lebih sayang umat yang sebelumnya huru hara sekali perakuannya.. tanpa amalan , kurang ibadah. Namun selepas dia sedar, dia menyahut hidayah yang diberi lalu menjadi umat yang terlalu patuh pada suruhan dan meninggal langsong segala larangan… tidak sebaliknya.

    Kita tidak berhak pertikai mengenai akidah atau amalan harian Madey. Namun jika penulis jadi Madey penulis memilih untuk bergaul dengan ulamak sepenohnya bukan dengan ahli politik. Berpolitik adalah langkah mencari dunia. Rapat dengan ulamak pasti nya mengejar saham akhirat.

    Wallahu alam.

    Reply
  • March 15, 2016 at 12:37 pm
    Permalink

    Kesimpulannya; apabila yg empunya diri mengaku x nyanyuk, maka lojiknya ia jatuh no 2 lah iaitu melakukan apa saja untuk jatuhkan Najib. Dan ini tidak baik kerana lalu jalan yg x diredai. Dan jika berhasil pun rakyat yg akan rugi kerana jelas tujuan itu bukan kerana atau untuk rakyat, sebaliknya kerana dan untuk kroni2 dan mungkin ia akan dipenuhi rasuah. Akhirnya kroni2 yg memerintah melalui proksi.

    Reply

Leave a Reply to su Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *