Mahathir Full of Crap! (Siri 1)

Share


Artikel terbaru Tun Mahathir Mohamad penuh dengan kesalahan fakta, penyelewengan isu dan menyesatkan. Secara biadap pandangan terbaru Mahathir ini “full of crap”, penuh sampah sarap dan penyelewengan fakta yang sangat memalukan sebagai seorang negarawan hebat suatu ketika dulu.

1. Mahathir mendakwa Mohd Najib gagal memerintah sepenuhnya hal negara ini kerana terpaksa meminta kebenaran Perdana Menteri Singapura untuk membina jambatan bengkok dan keretapi laju.

Jambatan Bengkok yang hendak dibina sejak zaman Mahathir bagi menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia dan Singapura. Singapura menolak cadangan tersebut. Justeru Mahathir memutuskan untuk membina sebelah Malaysia sahaja dengan memotong sebahagian tambak tersebut.

Tidak ada dalam sejarah dunia pembinaan sesebuah jambatan menghubungkan dua negara dilakukan secara unilateral. Ia bukan sahaja tidak diplomatik malah melanggar undang-undang antarabangsa. Namun Mahathir tetap bertegas mahu melaksanakan.

Anehnya, beliau tidak melaksanakan ketika menjadi Perdana Menteri. Beliau hanya menganugerahkan kontrak tersebut dan kemudian bersara. Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang Mohd Najib tidak mahu meneruskan kerana ia membabitkan isu diplomatik dua negara.

Demikian juga landasan keretapi laju. Yang dibincangkan ialah landasan Kuala Lumpur ke Singapura tentulah kena mendapat kerjasama Singapura. Gila apakah ini mahu membina landasan keretapi di Singapura tanpa kebenaran Singapura.

Sangat menyedihkan Mahathir sudah tidak boleh membezakan antara hal dalam negara dengan hubungan antara negara.

2) Mahathir mendakwa Mohd Najib mengupah konsultan Eropah menasihati beliau dalam hal ehwal tempatan sehingga menyebabkan polisi kerajaan ditolak oleh rakyat dan mengakibatkan kos sebanyak RM 7 bilion. Kita cabar Mahathir buktikan dakwaan beliau ini.

Mahathir mungkin terpedaya dengan manipulasi berita internet atau sengaja memanipulasi berita tersebut untuk mengelirukan rakyat.

Angka RM 7.2 bilion ini sebenarnya diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 2013 menjawab soalan Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen. Menurut Kementerian Kewangan antara 2009 hingga 2013, kerajaan membelanjakan RM 7.2 billion untuk khidmat syarikat perunding.

Tidak ada sebarang kenyataan bahawa ia membayar konsultan atau syarikat Khidmat Perunding Eropah untuk menasihati Perdana Menteri dalam hal-hal pembuat polisi.

Jika Mahathir benar-benar jujur tentu beliau maklum bahawa Kementerian Kewangan telah mengeluarkan penjelasan pada Disember 2013 juga. Bayaran khidmat syarikat perunding yang dimaksudkan ialah membabitkan pelbagai syarikat dalam dan luar negara

Perbelanjaan ini antara lainnya, bagi perkhidmatan perakaunan dan auditan, perkhidmatan perundangan, penilaian dan pengurusan harta, pengurusan, perkhidmatan pakar runding perniagaan, perkhidmatan komputer dan prosesan data, perkhidmatan jurutera, arkitek , juruukur dan kajibumi serta perkhidmatan penyelidikan pasaran dan ujian pasaran. Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi ini adalah bagi melaksanakan projek-projek Kerajaan seperti pembinaan rumah, jalan, jambatan, kolej, membaik pulih jalan, pembinaan sekolah dan hospital.

Jadi bagaimana Mahathir sanggup menipu rakyat dengan menyatakan RM 7.2 bilion ini merupakan bayaran kepada penasihat luar negara? Cukup-cukuplah memesongkan pemikiran rakyat dengan perkara-perkara yang tiada!

Adalah kewajipan anak-anak Tun Mahathir menghalang bapa mereka menunjukkan kenyanyukan kepada umum. Peliharalah maruah bapa sendiri. Mahathir mungkin tidak salah apa-apa lagi jika beliau nyanyuk. Anak-anaknyalah yang kena memelihara maruah beliau.- MYKMU.NET


7 thoughts on “Mahathir Full of Crap! (Siri 1)

  • March 14, 2016 at 6:39 pm
    Permalink

    Adake orang nyanyuk hanya berkata tentang perkara buruk sahaja? sedangkan banyak perkara baik yg tak pernah disentuhnya. Heran juga nyanyuk yg berpilih2 ni. Tapi yg empunya diri mengaku x nyanyuk.

    Reply
  • March 14, 2016 at 8:35 pm
    Permalink

    Kata kuat Dan hebat org tua yg dikata nyanyuk pun takut..hehe..day takut la tu..dalam umno bkn untuk melayu saja..bugis, mamak. Aceh pun Ade hehe

    Reply
  • March 14, 2016 at 8:36 pm
    Permalink

    He he aceh pun ramai melayu juga..kat Malaysia pun ramai

    Reply
  • March 14, 2016 at 10:18 pm
    Permalink

    Najib bukan takut pada Madey ni. Kami pun bukan takut orang tua ni. Kami SIMPATI.

    Bila Madey mahu taubat? Bila lagi mau insaf?

    Reply
  • March 24, 2016 at 2:46 pm
    Permalink

    Mahathir adalah liabilti terhadap sosio,politik dan ekonomi negara Malaysia di akhir-akhir ini.Ada opsyen tun boleh pilih.Samada membantu sedaya upaya terhadap kerajaan sediada di dalam usaha pengurusan isu-isu ekonomi negara dengan mengembeling tenaga bersama dengan objektif menangani masaalah fiskal,kewangan dan ekonomi tempatan dan luaran tetapi tun memilih sebaliknya.Tun membuat tuntutan bersifat peribadi dengan mengandaikan rakyat akan bersama beliau tanpa merujuk terlebih dahulu dengan rakyat yang perihatin keseluruhannya.
    Rakyat melihat dan memberi keutamaan terhadap keupayaan dan kekuatan pengurusan menangani isu ekonomi nasional sediada bukan dengan konflik peribadi tun dan mengandaikan rakyat AKAN bersama tun.Namun tun memilih jalan salah dengan konflik yang akhirnya mengaibkan diri sendiri.Yang jelas tun ‘Less wise but slighty better than idiot’

    Reply
  • March 24, 2016 at 4:30 pm
    Permalink

    Tun tiada lokus standi.Ini hakikatnya.Cubaan untuk menyaman defendan akan di ujikaji pada peringkat awal oleh Mahkamah.Jika ada unsur unsur keraguan menasabah dan tidak dapat melepasi garisan ‘Beyond Reasonable Doubt ‘ maka akan terlucutnya lokus standi.Pada fakta fakta sediada,pihak plaintif harus membuktikan mereka ada lokus standi dan mampu melepasi garisan merah dengan mahkamah mengambil kira fakta fakta eksibit.Walau melepasi 90 peratus dengan berbaki 10 peratus keraguan maka kes selalunya boleh berpatah balek iaitu ‘Reverse Charge’.Adakah tun dengan baki usia pada angka 91 boleh naik turun mahkamah yang di jangka mungkin mengambil banyak tahun.Peringkat mahkamah tinggi,mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan adalah aras perundangan yang selalunya mengambil banyak tahun untuk mencapai kemuncak kehakiman.Tun yang sebetulnya ‘Super Ego’ yang boleh di definasikan sebagai ‘Less Wise but Slightly Better Than Idiot’

    Reply
  • May 1, 2016 at 12:08 am
    Permalink

    Salam. Tun cuba membersihkan orang Melayu dari terjebak kepada amalan rasuah atau menyokong perbuatan yang haram di sisi Allah itu..apakah salah? Jeng…jeng !

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *