UMNO Tiada Pilihan Kecuali Pecat Mukhriz Yang Sedang Membakar Parti

Share


UMNO tiada pilihan kecuali memecat Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana mendedahkan perbicangan sulit parti sehingga boleh menjejaskan kedudukan parti dari segi persepsi masyarakat dan peraturan pilihan raya.

Mukhriz dalam satu rakaman video mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui bahawa BN membelanjakan RM1.5 bilion untuk pilihan raya umum ke-13. Pengakuan tersebut dibuat dalam pertemuan dengan ketua perhubungan Umno negeri tahun lalu.

Perbelanjaan BN sebanyak RM 1.5 bilion tersebut sekiranya dibawa ke Mahkamah oleh parti lawan boleh menjadi satu pertarungan undang-undang yang panjang dan rumit.

Ini kerana peraturan pilihan raya mengehadkan perbelanjaan setiap calon sebanyak RM200,000. Jika mengambil kira calon BN berjumlah 221 untuk kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN, jumlah perbelanjaan purata setiap calon sudah melebihi angka RM 1 juta.

Sudah tentu ia bergantung kepada tafsiran undang-undang kerana ada beza perbelanjaan calon dan parti dan pihak ketiga.

Namun yang menjadi isu di sini mengapa Mukhriz dalam keadaan mahu menjatuhkan Presiden UMNO turut menyeret sama UMNO dan Barisan Nasional? Ini dikatakan marah nyamuk dibakarnya kelambu. Menjelang pilihan raya akan datang UMNO tidak mampu menanggung lagi serangan dari dalam yang bakal merosakkan seluruh jentera parti seperti ini.

“Apa yang saya dapati pelik dan ingin tahu tentang RM2.6 bilion yang didakwanya derma (dari) Arab adalah jika beliau membelanjakan RM1.5 bilion pada pilihan raya umum ke-13 maka yang tinggal hanya RM1.1 bilion.

“Macam mana dia boleh kata pulangkan RM2.03 bilion balik kepada Arab? (Bagaimana baki dari RM1.1 bilion boleh jadi RM2 bilion?

“Benda ini budak-budak kecil pun boleh faham. Angka-angka semua ini tidak betul.” katanya dalam video yang dimuat naik oleh blogger Din Turtle di Youtube.

Mukhriz, yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata demikian kepada ahli-ahli akar umbi Umno pada satu majlis di Kelantan pada Isnin lalu. – Malaysiakini.com

Mukhriz mungkin bodoh atau berpura-pura bodoh. Perbelanjaan pilihan raya sudah tentu tidak datang dari satu akaun sahaja dan bersumberkan Presiden UMNO sahaja.

Kita juga sangat aneh apabila Mukhriz mempertikaikan jumlah derma yang dikembalikan. Mengapa beliau mahu mempertikaikan jumlah yang telah dikembalikan?

Mungkin masuk akal jika beliau mempertikaikan jumlah yang dibelanjakan kerana mahu tahu ketelusan perbelanjaan tersebut. Atau mempertikaikan mengapa wang dikembalikan kurang dari sepatutnya kerana ingin menuduh Presiden menyeleweng wang derma.

Tapi mempertikaikan wang yang dikembalikan kononnya melebihi sepatutnya sangat melucukan. Apa isu korupsi di sini?

Mukhriz tidak mungkin memahami sepak terajang pilihan raya kerana selama ini orang lain yang bekerja mencari sumber kewangan dan menyusun jentera parti. Beliau hanya menayangkan muka, menyampaikan salam bapanya dan bergantung kepada aura bapanya.

Jika dalam produksi rancangan televisyen, Mukhriz adalah penyampai berita yang menampilkan imej ceria, baik dan kemas bagi menarik minat penonton.

Penyampai berita yang baru jarang memahami kesusahan penerbit, editorial, jurukamera, jurusolek, pengarah susun latar dan penjaga lampu mewujudkan bahan dan suasana yang menarik untuk satu penampilan rancangan berita yang kemas, padat dan menarik minat ramai orang.

Dan yang selalu popular ialah penyampai berita kerana itu sahaja yang orang nampak. Mengapa apabila penyampai berita tersebut berpindah ke stesyen lain tiba-tiba populariti beliau menurun. Ini kerana pasukan baru beliau tidak sehebat pasukan lama. Akhirnya beliau pudar begitu saja.

Kita boleh terima jika kempen ini dijalankan menjelang pemilihan UMNO. Namun apabila ia dibuat menjelang Pilihan Raya Umum ini merupakan sabotaj kepada parti.

Sudah tiba masanya Mukhriz dipecat sebelum beliau merosakkan seluruh “Jentera UMNO dan Barisan Nasional.”-MYKMU.NET


14 thoughts on “UMNO Tiada Pilihan Kecuali Pecat Mukhriz Yang Sedang Membakar Parti

  • March 9, 2016 at 4:29 pm
    Permalink

    Pertikaian ini pasti akan berlarutan kerana mereka yang keluar , telah keluar dengan hati yang bengkak , muka masam dan geram.

    Cabaran terhadap president dan pasokan nya pasti akan bertambah dari hari kehari. Berbagai benda akan dijadikan isu kerana manusia itu semua sudah hilang keupayaan untuk menilai duduk perkara, manafaat atau bahana.

    Reply
  • March 9, 2016 at 5:16 pm
    Permalink

    Tun m dah jadi dah jadi ketua umam Pkr he.he.he azmi suka ITU he.he.he. anwar ketua umum bambo river korang tengok video aku bagi ITU he.he.he.
    Aku yakin dalam video ITU Abuya pegang postar tun m ketua umum pkr he.he.he

    Reply
  • March 9, 2016 at 5:31 pm
    Permalink

    Apabila sudah bersikap sebegini Mukhriz perlu dipecat daripada parti. Mukhriz adalah antara yang punyai masa depan yang baik di dalam UMNO tetapi kini segala-galanya sudah berakhir buat anak bekas Presiden ini. Sendiri yang gali lubang untuk bunuh diri. Pengganti DS Najib selepas ini pasti sudah tidak berminat dengan Mukhriz lagi. Apabila hilang kesabaran kita akan alami kerugian.

    Reply
  • March 9, 2016 at 5:55 pm
    Permalink

    Jelas riak muka hanya ikut kehendak massa semasa. Nampak senyum macam remaja yang sedang membesar.Tiada pendirian teguh

    Reply
  • March 9, 2016 at 7:33 pm
    Permalink

    masa dalam keadaan beginilah sepatutnya Najib sebagai Presiden UMNO dan juga PM membuka mulut dan menghuraikan apa yang sebenarnya berlaku..rakyat sendiri mahu tahu sendiri apa yang keluar dari mulut Najib dan bukan dari mulut orang lain..kalau asyik menafikan budak-budak pun tahu..Najib perlu nafikan dan berhujah dengan mereka yang membuat tuduhan dengan bersungguh-sungguh bukan dengan membisu dan membiarkan orang lain cover dia..pepatah ada menyebut …BERANI KERANA BENAR…tolonglah…

    Reply
  • March 9, 2016 at 8:05 pm
    Permalink

    Ramai betul individual test power sekarang ni. Ingat KL je, KT pun ada.
    Anyway, tukar topic sikit, syabas Datuk Nur Jazlan, good job. Tengok berapa bolos nya kita dengan warga asing.

    Reply
  • March 9, 2016 at 9:46 pm
    Permalink

    Tak kerja najib petahankan ketua umum baru pakatan haramjadah ITU he.he.he.
    Tun m ketua umum puak paktun kena taat setia pada ketua umum baru itu

    Reply
  • March 9, 2016 at 10:34 pm
    Permalink

    ya ke najib pulangkn. dia x ckp pun.. Pandi je pandai buat cite. mcmne pun tu tetap rasuah juga namanye.. .

    Reply
  • March 9, 2016 at 11:18 pm
    Permalink

    Dapat sumbangan daripada pemimpin Islam Arab Saudi lebih baik daripada terima sumbangan daripada kafir Yahudi.

    Reply
  • March 9, 2016 at 11:35 pm
    Permalink

    Kurang2 bayar la cukai skit derma tu…nape LHDN senyap jer..? Tak pelik ke? Nampak sgt sorok2 kat semua org.

    Reply
  • March 10, 2016 at 12:32 am
    Permalink

    mukriz pun guna duit dana tu.lepas tu dia bagitau pada musuh2 politik dia.apa citer ni mukriz

    Reply
  • March 10, 2016 at 1:48 am
    Permalink

    Syaa
    Mcm tak biasa
    Biler dedak ade makan la
    Biler dedak habis tu yang kene blogger bangang..
    Hehehehe
    Dedak dedak … Kalah ketum

    Reply
  • March 10, 2016 at 11:43 am
    Permalink

    geng kobou, meyondol je tau
    hehehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *