Pertahanan Mahathir Lemah, Guna Semula Taktik Lama

Share

EDITORIAL

mahathirTertekan dengan kritikan keras dan pedas ahli UMNO dan tokoh-tokoh Melayu ke atas beliau, Tun Mahathir Mohamad tampil mempertahankan diri dalam artikel terbaru beliau “UMNO dan DAP“.

Jika dibaca keseluruhan tulisan tersebut ia merupakan lenggok dan nahu politik yang sama seperti mana digunakan oleh Mahathir untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Ahmad Badawi. Ia juga lenggok yang sama digunakan oleh Tengku Razaliegh Hamzah dan Anwar Ibrahim ketika menetang Mahathir.

Dengan kata lain mereka hanya mengulang-ulang skrip yang sama bersembunyi di belakang nama agenda rakyat.

Apabila Mahathir menulis, “Hak ahli dalam UMNO, Mesyuarat Agong UMNO, Majlis Tertinggi UMNO sudah tidak berfungsi lagi. Mulut anggota dan badan-badan dalam UMNO sudah ditutup rapat oleh Najib dengan berbagai-bagai cara, dengan melumpuh bukan sahaja badan-badan tertentu dalam parti tetapi melalui institusi-institusi Kerajaan seperti polis, Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, PAC dan lain-lain.”

“Tindakan Najib menekan bukan sahaja parti-parti politik tetapi juga keatas semua rakyat tanpa mengira kaum atau parti. Dalam keadaan ini rakyat yang menjadi mangsa sudah lumpuh dan tidak lagi dapat bergantung kepada parti politik mereka sendiri untuk perlindungan, dan tidak pun melalui institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi keselamatan rakyat.”

Bukankah ini perkara yang hampir sama dituduh oleh Mahathir ke atas Tunku Abdul Rahman selepas peristiwa 1965?

Bukankah perkara yang lebih kurang sama Ku Li tuduh Mahathir apabila beliau menentang Mahathir dan kemudiannya menubuhkan Semangat 46. Kemudiannya Ku Li bekerjasama dengan DAP dan PAS dengan sokongan bekas Ketua Hakim Negara yang dipecat?

Bukankah hal yang lebih kurang sama sama sahaja diucapkan oleh Anwar Ibrahim selepas dipecat oleh Mahathir?

Konteks yang hampir sama digunakan semula oleh Mahathir apabila menentang Pak Lah dan sekarang Mohd Najib Razak.

Soalnya, apakah ini realiti atau retorik?

Ungkapan ini mungkin berkesan semasa zaman sebelum Najib kerana kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memberi kuasa kepada kerajaan menahan tanpa bicara selama dua tahun.

Mahathir hampir ditangkap di bawah ISA oleh Tunku. Ku Li difitnah oleh media-media kawalan bawah Mahathir dan ISA masih wujud sehingga zaman Abdullah.

Soalnya apakah justifikasi untuk menyatakan kerajaan hari ini masih seperti zaman dulu disebalik pemansuhan ISA, liberalisasi media massa dan kewujudan media sosial yang tidak lagi dapat disekat oleh kerajaan.

Malah UMNO sendiri pada zaman Najib Razak membuka pemilihan sehingga ke akar umbi. Jika zaman Mahathir Mohamad hanya 2 ribu perwakilan menentukan siapa Presiden UMNO, hari ini lebih 200 ribu orang layak menentukan siapa Presiden UMNO.

Bolehkah pertukaran seorang peguam negara yang menjalani dialisis tiga kali seminggu pada zaman Mohd Najib disamakan dengan pemecatan Ketua Hakim Negara dan Lima Hakim Kanan Persekutuan?

Kesemua masalah yang disebutkan oleh Mahathir bagi mempertahankan kerjasama beliau dengan DAP sebenarnya lebih dahsyat dan teruk pada zaman beliau berbanding Mohd Najib.

Kerosakan imej kehakiman paling teruk berlaku pada Zaman Mahathir melalui pemecatan Ketua Hakim Negara, Hakim-hakim Kanan, dua kali krisis perlembagaan dengan raja-raja Melayu, pendakwaraya arah dibakar bukti video lucah bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, perbicaraan Anwar Ibrahim.

Kerosakan ekonomi negara yang teruk juga berlaku zaman Mahathir dengan kerugian RM 30 bilion wang Bank Negara, MAS hilang berbilion ringgit aset, Perwaja berkali-kali terpaksa diselamatkan dan ringgit mencapai tahap paling buruk dalam sejarah negara pada zaman Mahathir.

Rakyat mana yang lumpuh dan lemah hari ini seperti dakwaan Mahathir untuk menghalalkan kerjasama dengan DAP?

Hari ini pertumbuhan ekonomi negara berada pada paras 5%, pelaburan asing yang jauh lebih tinggi dari zaman sebelum Najib, perkhidmatan kesihatan yang sangat murah, perkhidmatan pendidikan yang disubsidi 90%, harga petrol yang kian murah berbanding 2 tahun lalu dan ringgit kembali pulih menghampiri.

Justeru rakyatyang lumpuh dan lemah hanyalah Mahathir dan kroni-kroni beliau yang sudah kurang projek besar untuk membolehkan mereka berbelanja mewah, terbang dengan jet peribadi dan membeli istana di luar negara.

Cukuplah Tun Mahathir, tiada alasan masuk akal untuk Tun bekerjasama dengan DAP.

Bertaubatlah sebelum suatu hari nanti anak cucu Melayu jijik menyebut nama Tun bila membaca sejarah kejatuhan UMNO kepada DAP!-MYKMU.NET

6 thoughts on “Pertahanan Mahathir Lemah, Guna Semula Taktik Lama

  • March 9, 2016 at 11:15 pm
    Permalink

    UMNO tak perlu risau kalau dah kata pertahanan Mahathir lemah. Dia pun dah tua, nyanyuk, nombor ic sendiri pun dah tak ingat.

    Tapi kena ingat, target yg nak kena serang tu bukan Mahathir, tapi AhJib Go!. Yang dituduh berselirat dgn skandal tu, yg dipersilakan turun takhta tu bukan Mahathir tapi AhJib Go!.

    Seranglah Mahathir macam mana pun, Mahathir tak rugi apa2. Dan jgn lupa Mahathir bukan seorangan. Hanya ahli UMNO saja yg tak sokong dia. PAS pulak lebih seronok jadi pemerhati. Setakat 3 juta ahli UMNO tak akan boleh gerenti kuasa memerintah akan kekal. 52% pengundi di PRU 13 dah pangkah pembangkang, belum termasuk lagi UMNO rebel, belum termasuk lagi yg dok atas pagar, belum termasuk lagi yg meluat dgn apa yg terjadi di Kedah, di Trengganu, di Johor.

    UMNO dah jadi UNTUK MOHD NAJIB ONLY, siapa yg tak sehaluan dgn nya dijadikan musuh. So nak harap siapa lagi nak membantu?

    Bagi aku Najib dah jadi beban kepada UMNO, sama ada dia bersalah atau tidak itu soal kedua tetapi dia hanya akan meranapkan harapan UMNO/BN utk kekal berkuasa. Tetapi kalau korang masih tak nampak halatuju UMNO menjelang PRU 14 nanti, teruskanlah bersetia dgnnya. Yg pastinya AhJib Go! akan terus bergayut dgn talian hayat UMNO selama mana yg boleh utk elakkan dari diheret ke penjara. Dan UMNO akan terheret bersamanya. Itu saja talian yg dia ada utk survival, peduli apa dgn UMNO, dgn Melayu, dengan tanahair tercinta.

    Korang boleh tuduh aku fitnah, tapi kenapa 7-8 negara luar pun buka kertas siasatan mengenai penyelewengan 1MDB? Bagi diri aku, aku tak kisah lah 1MDB tu, tak faham sangat. Aku cuma nak cari kebenaran melalui kisah 2.6b tu saja. Siapa yg ada maklumat yg jelas dan jujur, tulus dan tepat, sila bagitau aku. Aku sedia berubah arah jika ianya dapat diterima oleh akal orang kampung yg tua seperti aku ini.

    Wassallam.

    Reply
  • March 9, 2016 at 11:25 pm
    Permalink

    Membaca catitan berkaitan,memang terasa benar Mahahtir sudah tak kenal diri sendiri,kehilangan arah,teraba-raba mencari dahan dan alasan utk berpaut.Mahathir sudah tidak punya masa utk membetulkan diri sendiri lagi.

    Reply
  • March 9, 2016 at 11:30 pm
    Permalink

    Najib mmg liabiliti umno…malah liabiliti negara. Cakap la apa pon pasal Tun M…yg bergegar umno sebab nak cekup najib kena lalu umno yg dah dieksploitasi oleh puak2 berkepentingan menjadi benteng najib. Tak pernah jadi sekronik mcm nie parti yg tradisi sejak mula adalah membela melayu….menjadi benteng utk individu. Mustahil semua melayu buta percaya bulat2 seandainya yg melanda najib adalah fitnah semata2…

    Reply
  • March 10, 2016 at 12:43 am
    Permalink

    nuar pun liabiliti fuckatan dan negara.tapi sebuk macai2 pertahankan apa citer

    Reply
  • March 10, 2016 at 2:47 am
    Permalink

    Derma dari Arab saudi tu bukannya setakat kepada organisasi/parti politik dari Malaysia sahaja, tetapi kepada mana-mana negara Islam dalam dunia juga. Di Malaysia pula dana politik pembangkang yang datangnya dari Yahudi sendiri tidak diambil kisah oleh kita dan ditutup rahsia.

    Dengan kekacauan kerajaan2 Islam sana sini dunia Islam, sememangnya Arab Saudi rasa wajar membantu mana2 pemerintah Islam daripada mush-musuh Islam.

    Malang sekali akhirnya orang Islam sendiri yang akan menikam orang Islam sendiri.

    “Tuduhan” ke atas Najib telah pun disiasat oleh SPRM dengan sahih. Jika siasatan SPRM tidak dapat diterima, dan kita masih tercari-cari dan percaya dengan ‘bukti-bukti’ cakap-cakap dari Tun M, Muhyideen atau dari sumber-sumber lain maka ianya adalah malang. Tun M apabila disuruh terus membuat laporan rasmi polis dengan mengemukakan bukti ke atas tuduhan tersebut, hanya berkata “tidak cukup bukti lagi”. Camner tu ?

    Sememngnya ada agenda yang nyata maka sememangnya kita telah termakan dengan dakyah musuh-mush Islam itu sendiri yang menmperalatkan kekuatan Islam dengan memecah-belahkan kelompok Islam menjadi lebih kecil.

    Reply
  • March 10, 2016 at 11:33 am
    Permalink

    sian kat agen2 yahudi dlm kmu ni. di buta kan mata dan hati. innalillah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *