Editor Harakah “Kencing” Atau Pesuruhjaya PAS Terengganu Membelakangi Presiden?

hadi awang

MUNGKINKAH PAS Terengganu menghadapi masalah dalaman memandangkan terdapat beberapa kenyataan mereka yang bercanggah diantara satu sama lain.

Portal rasmi Parti Islam Semalaysia, Harakahdaily telah bertindak mengeluarkan artikel yang bertajuk PAS Terengganu setuju untuk melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. (Harakah dah padamkan artikel tersebut?)

Memetik lidah rasmi tersebut, kenyataan itu telah dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat dengan menyatakan syarat bahawa bekas menteri besar tersebut haruslah terlebih dahulu menyertai PAS sebagai wadah perjuangan yang baru.

Menurut Satiful, perkara itu kononnya telah dipersetujui oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan ADUN-ADUN PAS yang lain termasuk ADUN Bandar daripada PKR.

Lebih memalukan apabila Satiful mengeluarkan kenyataan dalam facebook peribadinya bahawa MB Razif  “tiada moral, tiada kredibiliti”.

Namun kenyataan tersebut jelas berbeza dengan pendirian yang dinyatakan oleh Hadi Awang sebentar tadi kepada pihak media.

Hadi dengan jelas menyatakan bahawa PAS tidak akan menyokong usul yang dibawa oleh Ahmad Said dan akan memberi ruang kepada UMNO bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti itu sendiri.

Pas mengambil pendirian berkecuali dalam isu cadangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semalam.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak terlibat dengan gerakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang mencadangkan usul itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

“Sehingga kini kita (PAS) tidak ambil bahagian. Pas hanya lihat isu-isu yang munasabah dan bukan isu untuk merebut jawatan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, di sini hari ini

Persoalannya kini, adakah Satiful Bahri dan ADUN-ADUN PAS Terengganu membelakangi Presiden PAS dalam membuat sebarang usul dan cadangan?

Wajarkah Hadi terus memberikan kepercayaan kepada Satiful yang juga merupakan ADUN Paka untuk memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Terengganu?

Satiful dengan sewenangnya mengeluarkan kenyataan dan menggunakan nama Presiden PAS yang bercanggah dengan kenyataan oleh Hadi pada hari ini.

Ini merupakan petunjuk kepimpinan Hadi semakin lemah di Terengganu sehinggakan pengikutnya juga bertindak tidak menghormati beliau dan memalukan namanya di dalam lidah rasmi mereka.

Ahmad Said

4 thoughts on “Editor Harakah “Kencing” Atau Pesuruhjaya PAS Terengganu Membelakangi Presiden?

  • March 9, 2016 at 11:09 pm
    Permalink

    Yang tamak haloba nak sangat jawatan dan kedudukan tu la yang tak ada moral..tak ada kredibiliti.

    Reply
  • March 10, 2016 at 12:15 am
    Permalink

    Eluklah MB Trengganu saman saiful ni kerana menuduh beliau x de moral dan x de kredibiliti. Apa buktinya?

    Reply
  • March 10, 2016 at 1:40 am
    Permalink

    Saper tamak haloba tu meriam buluh?
    2.6 bilion plus 42juta tu ker?
    Hehehe

    Reply
  • March 10, 2016 at 11:29 am
    Permalink

    geng kobou, no wonder very stupid.
    Hehehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *