Blog Mahathir Yang Lunatic dan Surreal

Share


final 31.Sesiapa yang prihatin dan memahami isu semasa, lalu membaca tulisan terbaru blog Tun Mahathir Mohamad berjudul “GOVERNMENT SECRETS”, pasti akan menganggap minda bekas Perdana Menteri ini tidak lagi jelas dan waras seperti sebelumnya.

2. Tidak pernah dan tidak ada sesiapa pun yang pernah mendakwa isu wang derma RM 2.6 B ke dalam akaun Perdana Menteri merupakan sebahagian daripada Akta Rahsia Rasmi (OSA). Malah tidak pernah Peguam Negara mengugut untuk memenjarakan mereka yang bercakap mengenai derma ini di bawah OSA.

3. Justeru bagaimana blog Mahathir boleh membuat andaian sedemikian? Sekarang kita cabar beliau buktikan bila dan di mana Peguam Negara memberi gambaran akan mengambil tindakan di bawah OSA berkenaan isu ini.

4. Blog Mahathir tidak boleh berterusan menipu orang ramai dengan kenyataan berbentuk manipulatif yang songsang dan menyesatkan.

5. OSA lebih banyak digunakan pada zaman Mahathir berbanding Perdana Menteri lain. Apakah Mahathir lupa bahawa Ezam Mohd Noor dipenjarakan di bawah OSA pada 2002 kerana mendedahkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa, (Datuk Seri) Rafidah Aziz dan bekas ketua menteri Melaka, (Tan Sri) Rahim Thamby Chik?

6. Di bawah pentadbiran Mohd Najib belum ada sesiapa pun didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan isu rasuah dan penyelewengan seperti mana berlaku pada zaman Mahathir.

7. Anehnya, Mahathir berpendapat beliau layak dan suci untuk memfitnah Perdana Menteri dan menyesatkan rakyat dengan kenyataan separuh benar?

8. Blog Mahathir juga membuat kenyataan bahawa pihak berkuasa tidak tahu mengenai wang yang masuk di dalam akaun Mohd Najib Tun Razak. Apakah Mahathir nyanyuk atau benar-benar tidak tahu bahawa transaksi sebesar itu apabila masuk ke Malaysia mesti dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia?

9. Pada zaman perbankan dalam talian ini, transaksi sedemikian secara otomatik dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia. Dan Bank Negara mempunyai “Alert System” untuk transaksi besar.

10. Jadi blog Mahathir mahu menipu siapa bila menulis, “He (Najib) did not inform the Government authorities about the money. It is in fact a secret from the Government. He seems not to have paid taxes on this money. Clearly the possession and management of this RM2.6 billion is not part of his work as Prime Minister of Malaysia.”

11. Blog Mahathir juga perlu sedar bahawa dua orang macai beliau, Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang tidak didakwa di bawah OSA tetapi didakwa kerana cubaan mensabotaj ekonomi negara.

12. Mereka BERNASIB BAIK berada dalam zaman Najib Razak, MAKA boleh mempertahankan diri di Mahkamah. Jika zaman Mahathir dulu kedua-dua mereka ini sudah duduk di Kamunting tanpa perbicaraan (ISA).

13. Jika blog tersebut ditulis oleh Mahathir, bermakna beliau sekarang seorang lunatic yang tinggal dalam dunia surreal dan bawah sedar.

14. Beliau tidak tahu prosedur kewangan negara sehingga mendakwa Bank Negara tidak tahu transaski ini. Beliau juga keliru antara OSA dan Sosma serta apa sebenarnya pertuduhan kepada kedua-dua “macai” beliau.

15. Mahathir sudah tidak boleh berfikir dengan waras dan jelas lagi. Kenyataan-kenyataan dalam tulisan beliau tunggang langgang dan tidak berasaskan fakta sebenar.-MYKMU.NET


8 thoughts on “Blog Mahathir Yang Lunatic dan Surreal

  • March 7, 2016 at 9:17 pm
    Permalink

    Usaha mematahkan dakwaan/percepsi/andaian/fitnahan.karutan Madey perlu dibuat secara berterusan. Dia tuils, kita jawab. dia tulis kita jawab, dia dakwa, kita soal balik …. biarkan proses itu berjalan terus asalkan segala jawaban yang diberi bukan bohong, bukan tipu. Bukan helah, bukan tipu daya .Biarkan mereka terus menipu, itu hak dia…

    Madey akan terus begitu, Madey tak akan berhenti dengan sukahati.

    Reply
  • March 7, 2016 at 10:17 pm
    Permalink

    Makin teruk dah madey kerala ni. Suka berkhayal mungkin kesan ubatan yg diambil …

    Reply
  • March 7, 2016 at 10:26 pm
    Permalink

    Td masa perasmian parlimen muhyiddin jalan sama2 dgn Azmin dan Kit Siang

    Reply
  • March 7, 2016 at 10:31 pm
    Permalink

    dlks,

    harap dia tak berkhayal SH adalah SN.

    Reply
  • March 8, 2016 at 12:27 am
    Permalink

    muhyiddin , dah gelabah sekarang pangkat , jawatan dah hilang, tunggu nak masuk dalam parti pembangkang pula, desperado muhyiddin, bagus lah muhyiddin masuk pembangkang, boleh tengok banyak penyelewangan

    Reply
  • March 8, 2016 at 1:16 am
    Permalink

    Kufur nikmat? Allah boleh ambil segala2 dlm sekelip mata.

    Reply
  • March 8, 2016 at 1:58 am
    Permalink

    sman says:
    March 7th, 2016 at 10:31 PM

    “dlks,

    harap dia tak berkhayal SH adalah SN.”

    minta pencerahan, SH & SN itu apa?

    Reply
  • March 10, 2016 at 9:21 am
    Permalink

    Ini pencerahan SH & SN tuh sapa

    SH tuh Siti Hasmah…

    SN tuh Siti Nurhaliza…

    Sekian pencerahan dari saya..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *