PEMUDA UMNO BERDIRI TEGUH DI BELAKANG NAJIB – Nazir Akhtar

Nazir-Hussin-Akthar-HussinPEMUDA UMNO BERDIRI TEGUH DI BELAKANG NAJIB

Pergerakan Pemuda UMNO kesal dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol bersama pemimpin-pemimpin pembangkang serta NGO anti-kerajaan mengemukakan deklarasi menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pergerakan Pemuda UMNO sedih kerana Tun Dr Mahathir sendiri mengamalkan prinsip matlamat menghalalkan cara semata-mata mahu melihat Datuk Seri Najib Tun Razak digulingkan daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Selama 22 tahun beliau berjasa membangunkan negara namun akhirnya Tun Dr Mahathir sebagai bekas Presiden UMNO telah memilih untuk bersama pembangkang semata-mata untuk merealisasikan agendanya itu dan
memberikan tauladan yang buruk di hujung karier politiknya.

Lebih menyedihkan, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut bersama Tun Dr Mahathir dalam agenda untuk memusnahkan Datuk Seri Najib Tun razak dan juga UMNO sendiri.

Oleh yang demikian, memang tepat keputusan Ahli Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO dan sebelum itu digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Malah Pergerakan Pemuda UMNO juga melihat tindakan Muhyiddin dan Mukhriz ini seolah-olah mencabar UMNO untuk memecat mereka daripada parti, sekaligus membuka perwatakan mereka yang sebenarnya bahawa merekalah sebenarnya dalang yang cuba menghancurkan UMNO.

Kami Pergerakan Pemuda UMNO akan berdiri teguh di belakang Datuk Seri Najib Tun Razak dan merapatkan saf mempertahankan perti keramat ini agar tidak diganggu-gugat anasir asing, sekaligus memastikan tiada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO.

NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
Exco Pemuda UMNO Malaysia
4 MAC 2016

7 thoughts on “PEMUDA UMNO BERDIRI TEGUH DI BELAKANG NAJIB – Nazir Akhtar

  • March 4, 2016 at 10:15 pm
    Permalink

    Hikmahnya, situasi dan pendirian menjadi lebih jelas untuk semua rakyat Malaysia. Alhamdulillah.

    Reply
  • March 4, 2016 at 11:41 pm
    Permalink

    PRU 1999 berlaku tsunami Melayu menolak Umno gara-gara marah pada Mahathir.Selepas itu Mahathir terpaksa umum letak jawatan dan sehingga ke hari ini yg benci Mahathir tak pernah berubah menjadi kembali suka pada Mahahtir.DAP dan Pakatan Harapan melakukan silap besar kalau merasa Melayu akan sokong mereka demi Mahahtir.Umno dn Najib lah yg akan dapat undi simpati yg lebih besar nanti.

    Reply
  • March 5, 2016 at 12:35 am
    Permalink

    Eh…mamak kutty lagi…berapa ramai dlm umno nih?

    Reply
  • March 5, 2016 at 2:55 am
    Permalink

    Kata mamak kutty kuat menipu…asal yg ni percaya pulak?

    Reply
  • March 5, 2016 at 4:10 pm
    Permalink

    Aik

    Apasal Exco je yang keluar statement meyokong. Mana Ketua Pemuda?

    Sedang menimbang pilihan ke? Dok survey sentimen akar umbi

    Reply
  • March 5, 2016 at 7:04 pm
    Permalink

    Tunggu aje la nanti..
    Akan dtg kater plak kene paksa…
    Standard la tu.. Mcm zaman pak lah jugak dulu…
    Hehehe.. Change or be in the history…
    Ps.. 3million against 15million..
    Tak de chance la…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *