Akhirnya Mahathir Boleh Mati Dengan Aman

Share

EDITORIAL

anwar-mahathirSuatu ketika dahulu gerakan menukar kepimpinan UMNO tidak membabitkan pakatan dengan pembangkang kerana ia dibantah oleh penyokong- ponyokong Tun Mahathir sendiri. Sungguhpun Tun M keluar parti dan ada pemimpin pembangkang datang program yang dianjurkan, tidak pernah wujud pakatan dengan pihak lawan.

Hari ini generasi baharu penyokong Tun Mahathir sudah tidak peduli semua itu. Roh dan jiwa parti sudah dijual demi kuasa dan ego!

Namun melihat dari sudut positif, ia merupakan titik penting bangsa Melayu dan agama Islam.

Setelah hampir 18 tahun negara dipisahkan oleh politik kebencian antara kabilah Mahathir Mohamad dan kabilah Anwar Ibrahim, hari ini Mahathir dan Azmin menutup satu sejarah panjang pertelingkahan bangsa Melayu di Tanah Melayu ini. [Mahathir sampaikan salam kepada Anwar Ibrahim]

Hari ini, Mahathir dan proksi Anwar Ibrahim, Azmin Ali, bersama-sama menandatangani persefahaman untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak.

Tidak pernah sesiapa sangka Mahathir akhirnya terpaksa melutut kepada seteru politik nombor satunya untuk mencapai satu cita-cita politik terakhirnya.

Ini satu sejarah besar bahawa di sebalik pelbagai serangan dan hentaman Mahathir ke atas Anwar, Anwar tetap berdiri gagah dalam politik negara. Dan biar pun berada di sebalik tirai besi, akhirnya Anwar masih mampu menundukkan Mahathir.

Mungkin ini ini satu hikmah terbesar kepada perpaduan Melayu dan Islam. Akhirnya, orang Melayu yang saling membenci kerana Mahathir menyingkirkan Anwar Ibrahim boleh “disatukan” kembali.

Mohd Najib mungkin faktor negatif dalam perpaduan ini, namun ia masih merupakan alat penyatuan Melayu kerana tanpa persamaan untuk menjatuhkan Mohd Najib hampir mustahil Mahathir akan tunduk kepada Anwar Ibrahim.

Persefahaman ini yang menandakan berakhirnya perseteruan politik yang penuh kebencian antara Kabilah Mahathir dan Kabilah Anwar Ibrahim.

Justeru Mohd Najib bukan sahaja agen perdamaian Bangsa Moro dan Wilayah Pattani tetapi juga berjaya menyatukan dua kabilah Melayu, Mahathir – Anwar, dari terus bergaduh dan membenci kerana kuasa.

Kita juga bersyukur, di akhir usia 90-an, Mahathir akhirnya sudah boleh pergi dengan aman suatu ketika nanti tanpa meninggalkan lagi legasi politik kebencian melampau antara kedua-dua Kabilah ini.

26 thoughts on “Akhirnya Mahathir Boleh Mati Dengan Aman

  • March 4, 2016 at 4:36 pm
    Permalink

    Berikut adalah teks penuh Deklarasi Rakyat yang dibaca oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis deklarasi anti-Najib hari ini:

    1. Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial datam negara.

    2. Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak.

    3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.

    4. Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-“Cash is King”.

    5. Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan.

    6. Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.

    7. Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Tanya tidak lagi menjadi Dana Kekayaan. Sebaliknya Dana Hutang Negara.

    8. 1MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga yang RM12.1 bilion, melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tarnat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.

    9. 1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion kepada Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di datam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia telah meminta supaya 1 MDB membawa pulang semula wang tersebut ke Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho.

    10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan Pinjaman ke PSI untuk us$2.318 bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak us$488 juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke Malaysia. sebaliknya 1 MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di datam dana di Kepulauan caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KpMG telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang penuh misteri.

    11. 1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada

    Aabar untuk membeli 49 peratus saham di datam syarikat-syarikat janakuasa 1 MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana, syarikat induk Aabar, International Petroleum Investment Corporation(IPIC), tidak pun menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di datam akaunnya yang diaudit dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa 1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut.

    12. 1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar pihak lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama iaitu,”Aabar Investment PJS Limited”, yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar kepunyaan IPIC.

    13. 1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke datam Bank BSI di Singapura. Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa, ianya bukanlah di datam bentuk wang tunai, tetapi aset. Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan”unit”yang bermakna bahawa tanya tidakpun ditebus. Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat Malaysia. Ianya juga bermakna bahawa wang yang dilaburkan di datam Petrosaudi yang kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat diperakukan.

    14. Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang siasatan dilakukan polis. Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas)2012(SOSMA)kerana mensabotaj

    ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada Polis berkenaan dengan 1 MDB.

    15. Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di datam akaun peribadinya di Ambank.

    16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang yang banyak di datam akaun peribadinya, Dia mendakwa menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13 kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan. Dia kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi,

    dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.

    17. Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan peaburan. Tetapi jumlahnya kecil.

    18. Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahkamah tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan tersebut.

    19. Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang terdapat di datam akaun peribadinya. Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan.

    20. Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun peribadi Najib, satu pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan terlibat, Polis Di Raja Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

    21. Belumpun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan mereka, Peguam Negara disingkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu meneruskan tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi menggantikan Peguam Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dilumpuhkan apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang penyiasatan keatas 1 MDB. Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau secara spontan menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.

    22. Najib kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam Negara baru menolak cadangan Bank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa yang tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib melakukan kesalahan.

    23. Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.

    24. peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan daripada SPRM. Kandungan laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap pendedahan laporan tersebut.

    25. peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari dua institusi yang mempunyai kuasa dan kepakaran datam bidang mereka.

    26. penolakan ini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah di mana semua bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang terhalang.

    27. Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian mendedahkan yang peguam Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang dilakukan Najib bersangkutan skandal- skandal tersebut. Di masa yang sama, beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB.

    28. Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media asing. Tetapi apabila rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu.

    29. Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di datam pentadbiran Kerajaanpun akan dilindung daripada pengetahuan awam.

    30. Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion)telah dipulangkan kepada Arab Saudi. Selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan.

    31. Rakyat juga semakin menderita.

    32. GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup, menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada negara lain. Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran.

    33. Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik(TPP)Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita.

    34. Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik. Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat hidup datam ketakutan ditangkap dan ditahan. Akta Majlis Keselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur yang melanggar batas keadilan yang diterima.

    35. Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan datam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan, atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan bukannya diberi perlindungan. Undang-undang lain digunakan yang menyekat kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di datam Perlembagaan persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna.

    36.0leh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan menyokong

    a) penyingkiran Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.

    b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya

    c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang Jetas metanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan

    d) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC

    37. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, ugama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional.

    Tandatangan rakyat

    Reply
  • March 4, 2016 at 4:39 pm
    Permalink

    kepada kawan-kawan MYKMU tolonglah jawab satu persatu tuduhan tersebut….
    Bagilah pencerahan dan jawapan secara ilmiah…
    jangan la ada mencarut-carut…
    HE HE HE…
    ingatla komen anda mencerminkan peribadi anda…
    HE HE HE….

    Reply
  • March 4, 2016 at 5:03 pm
    Permalink

    tahniah azmi…skrg kamu dh percaya pade tun madey plak…langau pasti akan hurung bau taik…

    Reply
  • March 4, 2016 at 5:11 pm
    Permalink

    Jawab benda yang dah dijawab. Tapi agak kelakar juga bila tuduhan ni keluar daripada mulut busuk Mahathir.

    Reply
  • March 4, 2016 at 5:26 pm
    Permalink

    Kepala taik akhirnya mengakui kezalimannya dahulu…madey kutty kerala

    Reply
  • March 4, 2016 at 5:56 pm
    Permalink

    Ha.ha.ha solan azmi dah dijawab, dijawab APA Macai pembangkang butakan Mata dah puluhan jawapan telah di beri pada Rakyat malaysia, tak payah kau putar belik soalan sama azmin, Rakyat dah bosan dgn pembohong protun Dan proliwat itu, putar soalan sama apakah ITU kerja macai pkr Dan puak protun ITU.

    Aku pun Ada soalan pada kau azmi, dulu kenapa (bpr) badan pencegah rasuah dibawah bidang kuasa kementerian pedanan menteri, apakah INI pembohongan tun m ITU pada rakyat Dan kenapa kes besar seperti kes perwaja Dan pkfz boleh lepas orang tentun disebabkan kekurangan bukti menyebabkan pak lah tutup bpr ITU Dan dijadikan sprm.

    Mungkin macai protun azmi mungkin boleh jawab kot?

    Gara2 Anak didik tun m anwar dulu Malaysia hutang 100billon rizab kita hanya 20bilon USD bukan kah do kehebatan tun m, jangan lupa tun m pinjam jepun sebab take cukul suit projek puterajaya ITU.
    Gara2 kroni bailout bodoh tun m belaja mewah beli lukisan tembikai pun tun m tak marah pun.
    Gara2 kroni bijak jual menara mas pun kroni tun m tak Marah pun, nasib baik Ada ahli umno membongkar kebodohan tun m ITU.
    Gara2 tun m ITU akutan tak bersalah bunuh diri sebab lindungi kes bank bumiputera di hongkong
    Apakah projek 1mbd tak dapat pada kroni cina tun m itu dia memburukan 1mbd ITU.

    Dulu cakap tunku kroni cina Sekarang berpaling pada tun m ITU, mana pergi buku Malay delima di agonkan oleh tun m, kenapa tun m gagal dasar 30% ekonomi bumiputera setelah bagi peluang 22tahun ITU.

    Kenapa proton tak boleh berdikari, dulu cakap syrikat Malaysia tak boleh bergantung pada tongkat, sekarang minta Wang Dari kerajaan mana pergi sikap berdikari oleh tun m ITU. Contohlah korean standard kereta mereka boleh dijual euro Dan amerika kenapa kereta Malaysia tak keupayaan jual produk macam syarikat kereta Korean ITU ia.

    Dulu ttpa dibantah oleh tun m kenapa tun m bersunguh jual kereta proton chili itu , bukan ITU tanda baik pada proton ITU he.he.he

    Reply
  • March 4, 2016 at 6:09 pm
    Permalink

    Akhirnya Najib boleh blah dari Malaysia. Pergi duduk terus lah kat Saudi Arabia tu….petang tadi seluruh kampung aku maki hamun Najib Yahudi sebab tembelang dia dah peach…kah kah kah. Ternyata Najib ni bodoh orangnya. Atas bawah kiri kan an kena main. Macamane kapal bugil berkarat kau tk bocor ;).

    Reply
  • March 4, 2016 at 6:38 pm
    Permalink

    teks deklarasi rakyat? ini teks sampah..mengapa takut hadapi pru14..bukan lama sangat lagi pun..dah konfiden kalah lah tu…

    Reply
  • March 4, 2016 at 7:03 pm
    Permalink

    Tiada laluan lain yang lebih sesuai kecuali mengambil semua ini dari satu sudut positif. Ye ini PM Najib penyatu 2 kabilah bermusuhan, saperti mana Najib menyatukan dua pihak berbalah diWilayah Pattani Di Siam dan Bangsa Moro Di filipina. Ye kita sokong pesfectif sedemikian.

    Kita lihat dan faham, betapa bencinya puak AnwarIbrahim terhadap Madey dan puaknya. Benci Azmin terhadap Madey hingga sampai ketulang.

    Dan kerana Najib mereka berbaik , berdakap, bertangisan dan akan terus begitu buat seketika. Untuk tujuan satu iaini PM mesti di oust, dinyahkan.

    Perjuangan sebegini tidak dapat kita gandingkan dengan perjuangan samada Gandhi atau Nelson Mandela.

    Yang kita nampak jelas ini ala perjuangan Chin Peng dizamannya dan kini diwarisi Madey yang bertahkta dinegara yang sama selama 22 tahun lamanya.

    Reply
  • March 4, 2016 at 7:23 pm
    Permalink

    Memang satu sejarah telah tercipta,KEHEBATAN PM NAJIB,itulah sebenarnya yg berlaku.Betapa tidak,keran utk menjatuhkan PM Najib,Mahathir kena bersatu dengan segala musuhnya dan menjilat segla ludah dan kahaknya,begiut jugalah sebalik bagi tokoh tokoh lain seperti Anwar,Lim Kit Siang,Mat Sabu,Azmin Ali Muhyeddin Yassin,Lim Guan Eng,yg juga terpaksa menelan kepala taik sebagai juadah hidangan enak demi mahu menjatuhkan PM Najib.Najib sekarang adalah tokoh gagah yg sukar di tewaskan jika bersendirian.HIDUP PM Najib,anada layak menjadi pemimpin kami keran kehebatan mu.

    Reply
  • March 4, 2016 at 7:25 pm
    Permalink

    KDNK dapat dimaintain setakat 5% tidak disebut. Harga minyak brent dunia rendah yg menyebabkan pulangan keuntungan kepada Petronas jatuh & pegurangan pendapatan negara tidak disentuh. Langkah-langkah penjimatan perbelanjaan adalah untuk mengadapatsi keadaan semasa tidak dinyatakan.

    Syarikat ditutup adalah kebanyakan syarikat luar negara yang juga mengalami kemerosotan pendapatan dari hasil produk mereka.Masa zaman Tun tidak ada ke polisi jimat cermat (perbelanjaan berhemah (1997 -1999) apabila KDNk merudum pada masa itu? Tidak adakah VSS? (Lihat Bank Bumiputra di awal 2000an).

    Ini yg sempat dinyatakan dahulu.

    Reply
  • March 4, 2016 at 7:27 pm
    Permalink

    Gelanggang dah di buka..tgk sapa yang berani sapa yang takut..

    Reply
  • March 4, 2016 at 7:33 pm
    Permalink

    sekali lagi nama ‘rakyat’ digunakan. Sedangkan ini deklarasi orang-orang kaya dan taikun. Deklarasi langsung tidak menyebut untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat marhaen. asyik-asyik berlegar pada wang berbilion ringgit.
    Rasuah dan pelanggaran undang2 di peringkat tertinggi hanya mainan lidah putar belit orang politik, bertujuan untuk menggugah keyakinan pada pemerintah sedia ada. Apakah selama ini, kerajaan yg diperintah beliau suci dr segala dosa2 ini.
    Tanyalah kepada Tun salleh abbas…

    Reply
  • March 4, 2016 at 7:38 pm
    Permalink

    Pot..pet..pot..pet…abis la mykmu..periuk nasi kau dah kena masuk pasir…mati kelaparan la kau nanti.

    Reply
  • March 4, 2016 at 8:54 pm
    Permalink

    Kita kena sokong Najib sebab jika umno hilang kuasa Melayu jadi BANGSAT!!!

    Reply
  • March 4, 2016 at 8:58 pm
    Permalink

    HE HE HE…
    JAWAPAN DARI MELAYU KATAK …

    Reply
  • March 5, 2016 at 12:12 am
    Permalink

    Ya…biarlah madey mati dgn tenang dan membawa semua persoalan2 yg memang sudah dijawap..

    Isu dia bukan madey nakkan jawapan sgt..tapi ada masalah peribadi dan perangai madey sejak zaman tunku yg tidak senang hidupnya jika tak dengar ckp dia..dia je yg betul, org lain salah.

    Duduknya madey dlm kapal pembangkang..utk saling guna menguna antara satu sama lain..satu pendapat kununnya, tapi cita2 berasingan..spt madey pernah cakap..tidor sama, mimpinya lain…kan madey mudah lupa..dah sampai tahap tak boleh diubati lagi dah…so..elok sgt lah dia mati dlm tenang.

    Reply
  • March 5, 2016 at 12:21 am
    Permalink

    saudara azmi, ingin di ingatkan, komen anda mencerminkan peribadi anda. terimakasih

    Reply
  • March 5, 2016 at 12:25 am
    Permalink

    azmi yang penting hak melayu, hak bumiputra, bukan pasal najib, kita sokong orang melayu, untuk anak cucu, bukan sebab najib. takkan tak faham, tengok apadah jadi di penang, madey kutty dari dulu beri kuasa kepada cina, sekarang 27 buah kampung melayu dah di roboh di pulau pinang/ harap faham kami nak pemimpin melayu, bukan kami mahu najib

    Reply
  • March 5, 2016 at 1:34 am
    Permalink

    etelah dibaca semua deklerasi itum entah kenapa semakin bertambah sayang dan hormat aku dekat Najib. Tima kasih madey.

    Reply
  • March 5, 2016 at 3:03 am
    Permalink

    Abis la najib…makin aku baca deklerasi tu mcm peluru2 penabur terkena kt telor2…senak perot nak menjawab. Lain kali samun sikit2 sudah laa…

    Reply
  • March 5, 2016 at 9:00 am
    Permalink

    Tahniah Najib. Terimalah takdir najib sbg PM. Asa sebab kenapa dia ada disitu. Semuanya dah ditentukan. Mara ke depan dan lihatlah benda2 yang positif. Ambaikan mereka yang membawa mesej kebencian dan doalah benda yang baik2 saja untuk Malaysia.

    Reply
  • March 5, 2016 at 11:34 am
    Permalink

    Saya berpendapat persoalan ini perlu dijawab secara fakta bukan emosi dan hanya tahu mencarut. Sepatutnya persoalan pokok perlu jawapan yang jelas…bukan jawapan yang mengelirukan atau jawapan berkait=kait atau jawapan skirp rekaan. Sebab itu isu yang dibangkitkan atau persoalan rakyat yg nak tahu melibatkan kepentingan negara…sampai sekarang tak ada jawapan. rakyat byk tidak puas hati. Mungkin hanya orang ***** yang tahu. Yg lain2 semua tak tahu atau hanya buat2 tahu atau hanya berlagak tahu…sebenarnya diri sendiripun tidak tahu. Sebenarnya semua isu rakyat nak dan perlu tahu masih belum dijawab.

    Reply
  • March 6, 2016 at 9:57 am
    Permalink

    Hehehehe
    Pemakan dedak
    Suruhlah penabur dedak saman fitnah
    Kalu berani lah
    Setakat bising bising macam ketuk tin kosong tak yah degar degar lah
    Saman la…

    Reply
  • March 6, 2016 at 10:45 am
    Permalink

    Hang tuah
    Tak mau najib mintak dier kasi turun lah
    Aper tak caya dgn Tuhan ker?
    Ajib turun melayu musnah ker? Bangsat ker?
    Sekarang aku dok kawasan melayu.
    Sebelah kampung majority cina.
    Apsal kampung sebelah mintak kat ajib dapat kampung aku tak dapat? Bangsat ke melayu kampung aku ni?
    Saperkater ajib tolong melayu sebenar nyer tipu diri.
    Subsidi tak de. Biasiswa tolong anak melayu lanjutkan pelajaran dikurangkan
    One m dee bi lesap duit rakyat. Dalam tabung aje ade 4 pengarah one m dee bi
    Patut la tabung haji goyang…tabung haji duit melayu.
    Lu tau, gua tau ape pengarah buat biler satu lgi syarikat sakit
    Tak yah kasi daleh lah
    Tapi ape ade hal… Dedak banyak makan sampai kluar kat hidung
    Heheheheh

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *