Tiada Tangisan UMNO Iringi Pemergian Tun M Kali Ini

Share

EDITORIAL

Pengumuman Tun Mahathir Mohamad keluar UMNO sebentar tadi bukanlah mengejutkan sangat. Namun ia menunjukkan selama 22 tahun kita telah ditipu oleh beliau bahawa parti lebih penting dari pemimpin.

Setiap kali UMNO berpecah atau Mahathir menyingkirkan mana-mana pemimpin termasuk Musa Hitam dan Anwar Ibrahim; beliau akan mengulang mantera “bahawa parti lebih penting dari pemimpin. Pemimpin datang dan pergi tapi parti kekal menjaga kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.”

Tun selalu berkata kita hanya akan membuang UMNO apabila parti tidak lagi mampu menjaga kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia. Jadi di mana menunjukkan UMNO telah mengabaikan kepentingan Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia sehingga hari ini?

Namun dalam masa tidak sampai 10 tahun terakhir ini telah dua kali kita diberitahu oleh Mahathir bahawa pemimpin lebih penting dari parti. Apabila menolak Pak Lah, Mahathir umum keluar UMNO. Sekarang bila tidak suka Mohd Najib, Mahathir umum keluar UMNO lagi.

Jika parti UMNO lebih penting dari pemimpin tentu Tun Mahathir tidak meninggalkan UMNO kerana marahkan mana-mana pemimpin.

Sehingga kini Tun Mahathir menunjukkan kepentingan kuasa individu lebih penting dari kuasa parti. Mahathir menyerang dan mahukan Presiden UMNO, Mohd Najib Tun Razak berundur bukan kerana kepentingan agama, bangsa dan negara tetapi kerana perebutan kuasa individu.

Tuduhan-tuduhan terhadap Mohd Najib bukan kerana kepentingan agama, bangsa dan negara terjejas. Ia hanyalah tuduhan berasaskan skandal peribadi dan dakwaan rasuah yang sentiasa berlegar kepada sesiapa sahaja yang memegang kuasa.

Rupanya, selama lebih selama 22 tahun kita telah ditipu oleh Mantera Mahathir “parti lebih utama dari pemimpin” hanya bertujuan mengekalkan dirinya ditampuk kuasa bukan kerana kepentingan agama, bangsa dan negara.

Tiada lagi tangisan UMNO untuk mu, Tun Mahathir, seperti mana 2008. Pisang tidak berbuah dua kali. Jasa mu tetap dalam kenangan dan akan kekal terpahat dalam sejarah kebangkitan negara ini.

Namun sejarah juga tampak akan berulang bahawa sebahagian besar pemimpin UMNO (Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien On) meninggal di luar UMNO. Mungkin Tun hanya meneruskan tradisi dan takdir tersebut. Selamat Tinggal Tun Mahathir. Ampun dan maaf kiranya ada salah silap dan terkasar bahasa kerana politik itu demikianlah adatnya. Semoga Tun pergi dengan tenang suatu hari nanti.-MYKMU.NET

11 thoughts on “Tiada Tangisan UMNO Iringi Pemergian Tun M Kali Ini

  • February 29, 2016 at 5:50 pm
    Permalink

    Ingat tun m apa dah hang lakukan semasa mentadbir 22 tahun jadi Pm apa kemajuan untuk melayu? Hanya utk kroni cina hang saja DEB cuba dihapuskan kuasa2 raja melayu dikurangkan apalagi nak mencapai 30% ekuiti bumiputera! Mmg haramjadah madey mudah hilang ingatan nih!

    Reply
  • February 29, 2016 at 6:22 pm
    Permalink

    semoga kali ke dua ini merupakan kali terakhir yang bermaksud madey tidak akan kembali masuk UMNO buat selamanya…ada sebab2 yang munasabah kenapa aku kata begitu, aku malas nak jelaskan sekarang

    Reply
  • February 29, 2016 at 6:44 pm
    Permalink

    Mahathir mungkin berniat utk menyerang Umno dan pemimpinnya habis-habisan selepas ini.Saya cuma berharap Umno dan PM Najib pula jangan lagi merasa segan silu utk membongkar segala kesalahan Mahahtir selama beliau memerentah,ambilah tindakan yg sewajarnya.Buktikan siapakah yg lebih banyak membuat ‘dosa’.

    Reply
  • February 29, 2016 at 6:51 pm
    Permalink

    “Katanya beliau akan berada di luar Umno selagi Najib memimpin parti itu”
    maknanya bila Najib dapat ditumbangkan mahathir masuk balik..

    HA HA HA…umno memang sarkas…

    Reply
  • February 29, 2016 at 7:21 pm
    Permalink

    Rupanya cai cam azmi mmg tak sekolah buta huruf buta kayu

    Reply
  • February 29, 2016 at 8:16 pm
    Permalink

    Adatlah bila sudah berumur spt madey tu…kalau tak nyanyuk, dia akan bersikap spt keanak anakkan…jika madey berhasrat nak tentukan segala2nya…buat apa dia letak jawatan sambil nagis atas stage dulu?…teruskan lah jd PM dan tentukan segala2nya ikut tekak dia..tak sapa pun keliru…bila dah serah jawatan dan pilih sendiri siapa penganti spt pak lah dan najib…buat apa diserang pula.

    Jadi sekarang madey dah keluar umno buat kali kedua…diharap jgn lah keluar umno bagi kali ketiga dan keempat pula…kekallah diluar umno tu dgn bermaruah..jgn asik marahkan nyamok kelambu dibakar..marah kat nyamok shelltox nyamok jelah..pi bakar kelambu buat kali kedua tu ko dah kenapa?.

    Reply
  • February 29, 2016 at 8:53 pm
    Permalink

    tak ade umno pun lg bagus.semua penyamun. biar sultan aje yg perintah.

    Reply
  • February 29, 2016 at 9:28 pm
    Permalink

    “Harga minyak bagi RON95 turun sebanyak 15 sen kepada RM1.60 seliter berbanding RM1.75 seliter sebelum ini.”

    TERIMA KASIH Perdana Menteri Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Abdul Razak.

    sejak Najib jadi PM minyak asyik turun je..

    TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH…

    MMMMMMMUUUUUAAAAAH!!!!

    Reply
  • March 1, 2016 at 12:04 am
    Permalink

    rockers says:
    February 29th, 2016 at 8:53 PM

    “tak ade umno pun lg bagus.semua penyamun. biar sultan aje yg perintah.”

    nanti Sultan bertambah kaya, anak sundal seperti ‘rockers’ kata takde Sultan lagi bagus pulak…anak sundal ialah dasar komunis sial lahanat

    hehehehehe

    Reply
  • March 2, 2016 at 3:07 pm
    Permalink

    Tun berusia 90,adakah beliau ada lagi 5,10,15 atau 20 tahun lagi?Beliau mengetuai kelompok di dalam plot konspirasi menjatuhkan Najib dengan kombinasi pesonaliti seperti Muhiddin,Shafie,Zaid,LkS,dan banyak lagi.Di mana nak di bawa diri jika Allah menjemput Tun di kala usia yang berbaki sangat tipis.Golongan penentang tiada ada lagi personaliti penganti Tun dan akan reput serta tiada tempat pergantungan.Maka,adakah survival golongan kiri ini mampu berterusan?Bagi tun,baki usia sepatutnya banyak mendekatkan dan sibuk menyibuk dengan Allah bukan dengan politik tahun 2016
    Super ego tun menyebabkan arus perdana politik berkocak.Biarkan masaalah isu semasa di uruskan oleh ahli politik semasa dan bukannya bekas ahli politik.Hakikatnya,kehadiran tun di dalam arus perdana politik di bandingkan dengan usia senja tun,maka label ‘The Lost Wisdom of A Wise Man’ serta sindrom AP@ Acute Prejudice tun sangatlah bertepatan.Akhir kalam, banyak jiwa yang tun harus minta ampun dan maaf semasa tun berpolitik kerana banyak yang menjadi mangsa politik tun semasa lebih daripada 30 tahun..Ada yang masih hidup dan banyak yang telah meninggal dunia.Baki nafas tun yang masih ada wajib di buat penilaian semula dan yang pasti tun telah menghitamkan legasi tun sendiri,bukan orang lain.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *