Selamat Pulang Tan Sri Muhyiddin, Selamat Bekerja Ahmad Zahid

Share


Oleh Amin Yatim

Berdasarkan jemputan melalui sistem pesanan ringkas, Timbalan Presiden UMNO yang digantung tugas, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan pulang dari percutian di Vietnam esok.

Sesiapa sahaja dari kem Tun Mahathir – Muhyidin yang menghantar jemputan ini sebenarnya hanya mahu membunuh terus laluan politik Muhyiddin.

Jarak Vietnam – KL bukanlah jauh. Jadual penerbangan juga begitu banyak setiap hari. Namun Muhyiddin memilih untuk tidak hadir Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada jumaat lalu. Ia mencerminkan sejauh mana perjuangan Muhyiddin demi rakyat dan parti seperti mana yang beliau dakwa.

Inikah orang yang akan kita berikan tanggungjawab memimpin parti dalam pilihan raya akan datang? Jika untuk diri sendiri pun beliau tidak bersedia berhadapan dengan MT UMNO, bagaimana beliau mahu menjadi panglima perang memimpin parti menentang cabaran yang lebih besar?

Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Beliau dengan gagah melangkah dalam mesyuarat MT yang mahu memecat beliau. Beliau bercakap dan mempertahankan dirinya di hadapan Tun Mahathir. Sungguhpun beliau membuat kesalahan, dari segi politik Anwar Ibrahim seorang pejuang dan tokoh yang sukar ditandingi.

Sebaliknya Muhyiddin memilih untuk tidak hadir mesyuarat MT. Mengapa beliau tidak hadir mesyuarat MT tersebut masih merupakan satu misteri. Muhyiddin sepatutnya hadir dan menyatakan secara berdepan dengan Mohd Najib dan semua ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau sepatutnya berani bangun dan meluahkan apa yang beliau tidak setuju, dan sebab beliau mahu Najib berundur.

Jika itu berlaku, nescaya Muhyiddin akan mendapat lebih banyak sokongan berbanding hari ini.

Jika untuk berbuat demikian pun Muhyiddin tiada keberanian bertentang mata, kepimpinan apa yang boleh kita harapkan dari beliau?

Selamat Bekerja Ahmad Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Hamidi dilantik memangku tugas-tugas Timbalan Presiden. Pelantikan Ahmad Zahid ini memberi makna besar kepada kepimpinan UMNO. Jika sebelum ini tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO tidak berjalan dengan baik kerana pertelagahan dengan Presiden, hari ini kita akan menyaksikan jentera parti akan kembali diuruskan.

Ahmad Zahid akan mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan UMNO, salah satu mesyuarat penting dalam jentera UMNO Pusat. Mesyuarat ini khabarnya telah terhenti sejak Tan Sri Muhyiddin secara terbuka menentang Presiden UMNO dan digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad Zahid punya tugas besar memulih dan menyusun semula jentera parti bagi berhadapan pilihan raya umum akan datang. Dari segi pengalaman perang politik Zahid punya pengalaman luar biasa. Suatu ketika beliau berjaya menjadi Ketua Pemuda mengalahkan calon-calon “heavyweight” dan berjawatan tinggi dalam kerajaan, dalam satu pertandingan lima penjuru.

Apabila disingkirkan oleh Mahathir dalam krisis politik 1998, tiada sesiapa percaya Ahmad Zahid mampu mencari jalan pulang ke koridor kuasa. Ahmad Zahid bertatih sekali lagi.

Untuk seorang anak kampung yang tiada kaitan dengan pertalian darah atau ikatan kekeluargaan Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, kemampuan Ahmad Zahid membuat “comeback” dan meletakkan dirinya sebagai Naib Presiden undi terbanyak adalah satu pencapaian luar biasa.

Sebelum Muhyiddin dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pun, risikan politik sudah tahu jika Zahid menentang Muhyiddin dalam pemilihan akan datang, ia hampir pasti akan menjadi satu “landslide victory”. Ini merupakan cerminan kekuatan Zahid di dalam UMNO sejak 3 tahun lalu.

Justeru, pelantikan beliau untuk memangku tugas Timbalan Presiden UMNO mungkin merupakan satu takdir yang dibawa ke hadapan untuk mengukuhkan semula UMNO.-MYKMU.NET



2 thoughts on “Selamat Pulang Tan Sri Muhyiddin, Selamat Bekerja Ahmad Zahid

  • February 29, 2016 at 4:07 pm
    Permalink

    Buat muhyiddin memang tak ada keberanian…malah mengharapkan otangvlain berjuang untuknya…tak tahulah penyokong dia perasan ke tidak..

    Reply
  • March 9, 2016 at 12:10 am
    Permalink

    Ku nan patut pecat mad said spt dia pecat mahsuri langkawi, knp senyap je takut kjaan beralih ke pas

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *