Denggi Fenomena Serantau Kata Exco Kesihatan Selangor? So What?

Share


daroyah aedesMengungguli carta teratas dalam kes demam denggi, Selangor mencatat kes tertinggi dengan 7,355 kes termasuk 12 kematian bagi tempoh 1 Januari hingga 2 Februari lalu.

Tentunya statistik yang ditunjukkan dari masa ke semasa sangat membimbangkan, apabila penemuan terbaru, virus “Zika” turut dibawa oleh nyamuk Aedes yang sudahpun diistihar sebagai “kecemasan kesihatan global” oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan penyakit demam denggi, kini manusia diancam oleh virus Zika yang menyebabkan kecacatan kelahiran ke atas bayi-bayi yang baru lahir.

Denggi fenomena serantau, itulah yang kenyataan dari YB Dr Daroyah Alwi, Exco Kesihatan Selangor yang dipetik dari sebuah portal milik pembangkang. yang jelas sehingga kini, selaku Exco Kesihatan, beliau masih gagal membanteras ketumbukan daerah-daerah panas denggi di negeri Selangor.

Apa relevannya dengan kenyataan “denggi fenomena serantau”?  So what?

Apakah Dr. Daroyah cuba memujuk rakyat, dengan mengeluarkan kenyataan tersebut?

Apakah Dr. Daroyah ingin membuktikan bahawa bukan Selangor sahaja yang terjejas dengan ancaman denggi lantas rakyat Selangor tidak perlu bimbang dengan kejaguhan Selangor menggungguli carta demam denggi?

Apakah dengan alasan ianya fenomena serantau, maka “it is ok” untuk Selangor terus dihantui oleh risiko yang mengundang kematian? daroyah aedes 1

Apa yang rakyat mahu, ialah bagaimana Exco Kesihatan Selangor, mengambil langkah pro aktif dalam membantu masyarakat untuk memerangi demam Aedes, dan bukannya kenyataan yang berbaur “damage control”.

Kita sudah melihat bagaimana pelancaran Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi, namun apakah langkah-langkah proaktif yang dibuat selepas itu? Sejauh mana, langkah-langkah tersebut telah berjaya mengurangkan demam denggi di Selangor? Apakah pelan komprehensif antara kerajaan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalama membanteras pembiakan nyamuk Aedes? Atau, pelancaran tersebut hanyalah bersifat retorik dan sekadar “melepaskan batuk di tangga”?

Lucu juga bila Dr. Daroyah membanding jumlah kematian yang sedikit berbanding negeri lain sebagai bukti kerajaan negeri berjaya mengawal terlalu banyak kematian. Mengapakah kematian menjadi pengukur, sedangkan sepatutnya jumlah kes yang berkemungkinan menyebabkan kematian yang menjadi kayu pengukurnya.

Bersyukurlah kepada Allah, kerana memberi kesempatan kepada mangsa-mangsa untuk terus hidup. Apa pula jawapannya, andai 1000 kes dengan 1000 kematian?

Cuba Dr. Daroyah jawab dengan jujur, antara hamparan papan tanda bebaskan Anwar, dan juga permasalahan denggi di Selangor, yang manakah perlu diberi keutamaan demi rakyat Selangor?

Berapa pula peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk membanteras nyamuk Aedes? Apakah ianya setara dengan dakwaan jutaan ringgit yang dihabiskan untuk menyelia gerbang Darul Ehsan?

Anehnya, penyokong-penyokong kerajaan negeri tidak pula bersuara tentang alasan “fenomena serantau” ini. Walhal, apabila ringgit jatuh, harga minyak menurun, akibat dari ekonomi dunia yang tidak stabil, pandai pula mereka menyalahkan Perdana Menteri Najib Razak.

Di dalam isu demam denggi, tiada keterikatan kerajaan negeri Selangor dengan apa yang berlaku di pentas antarabangsa seperti nilai matawang, “demand and supply” waima ekonomi dunia sekalipun.

Ada akal pakai, ada bijak jangan gadai!



2 thoughts on “Denggi Fenomena Serantau Kata Exco Kesihatan Selangor? So What?

  • February 25, 2016 at 3:23 pm
    Permalink

    “fenomena serantau”….????? ha..ha..ha.. alasan yg paling trending sekali dari seorang exco bergelar doktor…..nenek aku pun tahu punca sebenar banyak kes denggi …!!

    Reply
  • February 25, 2016 at 3:33 pm
    Permalink

    serantau ke seantero ke yg rakyat nk kaedah penyelesaian…xyah wat statement bodo mcm tu…byk tol la pemimpin mcm ahmad maslan…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *