Bangkang Dan Terus Bangkang: Lihat Sahaja Standard Ketua Mereka

Share


kanopiIni adalah realiti pembangkang di Malaysia hari ini. Suka atau tidak, kita perlu akui bahawa sangat sukar untuk negara ini mendapat manfaat dari barisan pembangkang yang ada.

Pembangkang adalah sebahagian dari kerajaan, yang dipilih melalui pilihanraya yang sah. Oleh yang demikian, mereka seharusnya bersifat menguntungkan rakyat, atau sebagai medium “check and balance” terhadap sesuatu isu seperti TPPA dan sebagainya.

Namun, mungkin hanya 0.1% dari sifat mereka yang menguntungkan majoriti rakyat Malaysia, selainnya tidak ubah persis bangkang dari longkang.

Pemberian kanopi percuma dan keperluan asas berniaga untuk 22,439 penjaja pasar malam di seluruh Kuala Lumpur untuk tujuan penyeragaman kini dijadikan isu oleh pembangkang.

Apakah sudah ketandusan isu setelah fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada Perdana Menteri terjawab satu persatu?

Pernahkah pembangkang melihat, wakil rakyat BN membantah inisiatif kerajaan negeri Selangor atau Pulau Pinang yang memberi manfaat kepada rakyat negeri-negeri terbabit? Maka 100% yakin, kita tidak pernah melihat senario seumpamanya itu berlaku.

Maka di sinilah bezanya antara otak dan kepala lutut, antara bijak dan bodoh.

Budaya berbakti kepada rakyat, tanpa mengira siapa yang melaksanakannya, tidak harus dijadikan isu. Bukankah tanggungjawab semua pihak, untuk meringankan beban rakyat?

Tentunya sangat mudah untuk bermain “blame game”, daripada melaksanakan inisiatif yang baik kepada rakyat. Mungkin pembangkang risau kerana inisiatif ini akan memberi “political mileage” kepada kerajaan. Bukankah sesuatu yang baik, dengan amalan politik murni seperti ini berbanding politik yang berdasarkan fitnah?

Dasar pembangkang di Malaysia, apa juga yang dibuat dibangkang, waima tidak mengetahui tentang apa yang dibangkang. Contoh terbaik, lihat reaksi dan jawapan Ketua Pembangkang apabila ditanya tentang pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

Kalau sudah begitu standard ketuanya, anda nilaikan pula anak dan kuncu-kuncunya pula.



8 thoughts on “Bangkang Dan Terus Bangkang: Lihat Sahaja Standard Ketua Mereka

  • February 17, 2016 at 1:44 pm
    Permalink

    Memang pembangkang mulut macam longkang, pembohong , penfitnah , kerana ingin berkuasa

    Reply
  • February 17, 2016 at 2:27 pm
    Permalink

    pembangkang sakit otak tak dapat jadi kerajaan dan selamanya tak kan jadi kerajaan insya-Allah..sebab tu all out 24jam 365hari setahun kerjanya bangkang bangkang bangkang..ada otak berpelajaran tapi tak waras..maka boleh di label Malaysia punya pembangkang yang paling bangang…

    Reply
  • February 17, 2016 at 2:43 pm
    Permalink

    blob:https%3A//www.facebook.com/638fca3b-7044-43c7-859b-412ee0d41518

    Reply
  • February 17, 2016 at 2:57 pm
    Permalink

    Satu je dulu pasar tani boleh ubah tukar pakai ke kanopi 10kaki Dan kaulitik baik, kenapa pasar Malam tak boleh berubah ,peberian konopi percuma tak ada di dbkl, kalau siapa nak hidup lesen kena beli konapi itu, aku dapat tahu ketika ramai nak hidupkan lesan, ada perkara aku cakapkan konapi beli di dbkl lebih mahal beli di chow kit itu dari segi kualiti konopi pasar malam lebih teruk besi di gunakan agak lembut seolah2 tak ada kualiti konopi beli macam dekat chow kit lebih murah 140Rm satu kanopi 8×8 kaki kualiti sama di beli pada dbkl, harga konopi dbkl agak mahal 250Rm satu kanopi 6x6kali.

    Bukan saya buruk DBKL itu Cuba anda tengok besi kanopi itu lembut tak ada kualiti
    Cuba anda bandingkan dengan kualiti kanopi pasar tani, saya bercakap melalui pengalaman saya ini.
    Dari segi kain kanopi dbkl sama kualiti dengan kanopi pasar tani.
    Dari segi besi konopi pasar malam yg digunkan tak ada kualiti, besi lebih lembut senang patah

    Saya bukan menyokong pakatan haram jadah itu , saya cakap tentang kebenaran perkara benar saya cakap benar,

    Reply
  • February 17, 2016 at 3:06 pm
    Permalink

    Nurul ice cream itu hanya tahu ambil kesempatan je, ketika up town Cuba tutup oleh pakartan haram jadah itu mana pergi nya muka2 macam nurul ice cream itu, kalau mereka sangup politikan tapak orang melayu meniaga dekat situ. Kalau sangup bawa perkara itu ke pilimen tutup peniagan orang melayu

    Reply
  • February 17, 2016 at 4:12 pm
    Permalink

    Pembangkang atau pembangang dan pencacai atau pengikut atau penjilat mereka sering membuat perbandingan one to one dengan menteri2 yang ada dalam kerajaan. Perbandingan pada kelulusan paper . Mereka bangga dengan barisan mereka yang ramai memiliki doctors/PHd atau paling kurang masters berbanding dengan para menteri yang pada mereka terlalu sederhana tarafnya.

    Mungkin ye mungkin tidak kita tak tahu. Tidak kita nafikan keperluan memiliki paper paling tinggi, kerana kita sendiri pun memang mengharapkan pencapaian tertinggi untuk diri sendiri dan anak2 kita.

    Namun bottom line nya, apabila tiba pada kehendak pentadbiran/pengurusan, apa yang terlalu ditekankan ialah kewarasan dan wawasan. Paper tidak menjanji wawasan pada pentadbiran, kecekapan serta hubungan luar yang luas.

    Kebolehan mereka pada mencari silap dan menonjol diri. Mereka memfitnah dan eksploitkan isu untuk tujuan menjatuhkan musuh. Apakah menafaatnya dan kemana arah tuju mereka, jika itu saja kebolehan yang ada .

    Reply
  • February 17, 2016 at 4:30 pm
    Permalink

    Mereka gunakan ungkapan begini untuk menyerang PM:

    Mencari kebenaran – looking for truth
    Menuntut keadilan – seeking justice
    Melaksana kehendak demorasi- act of democracy
    Kebebasan bersuara- freedom of speech

    Apabila dibalas balik oleh PM, mereka akan berkata begini:-

    Salah guna kuasa – abuse of power
    Menyekat kebebasan bersuara – stifling free speech
    Tindakan kuku besi- act of dictatorship
    Selewengkan Perlembagaan persekutuan – violation of federal constitution.

    Dalam beebalahan kedua pihak itu… apa yang kita sebagai rakyat dapat ialah

    MASOK ANGIN KELUAR ASAP. Masok tak berfaedah, yang keluar pun sama.

    Reply
  • February 17, 2016 at 6:03 pm
    Permalink

    Sebetulnya Malaysia tak perlu parti pembangkang yang serupa ini yang sudah tersasar dari peranannya…

    Kalau mereka jujur Parlimen ada untuk bahas secara berhemah…bukan cara berdemonstrasi seakan mereka tidak ada ruang untuk berbincang… Nauzubillah… Aamiiin.

    Pada kami orang kampong tertanya tanya adakah politik pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan berselindung disebalik sistem demokrasi yang longgar…???.

    Mereka gunakana mata pena setiap 5 tahun sekali perangi kerajaan setelah strategi longkang mereka tabur sepanjang tahu… Nauzubillah… Aamiiin.

    Kita suka jika penyelewengan taktik pembangkang sebegini dihapuskan dengan adanya peruntukan dasar politik sihat dalam sistem demokrasi… In Syaa Allah… Allahumma Aamiiin.
    Mksih. Salam.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *