Arab Saudi Akui Dana RM 2.6 Bilion Dari Mereka, Bukan Wang 1MDB

Share

Laporan The New York Times (NYT). yang terkenal dengan “kempen anti-Najib”, hari ini yang menyatakan hari ini mengesahkan dana RM 2.6 bilion yang masuk dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bukanlah dari 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) atau mana-mana kegiatan rasuah membabitkan kewangan kerajaan Malaysia.

Menurut NYT, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menyatakan dia tidak fikir wang tersebut datang dari Kerajaan Arab Saudi atau derma politik.

“It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia.”

Manakala satu sumber lagi yang dipetik oleh NYT menyatakan salah seorang wang tersebut datang dari akaun peribadi Putera Saudi tetapi bukan derma.

“One member of the royal family and one associate of the family, speaking on the condition of anonymity, said that the money had come from a Saudi prince and confirmed that it was not a donation. The associate questioned the reported sum but said the funds were part of a business deal.

Dalam politik antarabangsa kita tahu banyak negara dan agensi luar negara seperti badan perisikan Amerika Syarikat (CIA) yang membiayai kempen politik di negara lain atas pelbagai sebab dan alasan. Malah adalah rahsia umum bahawa CIA membelanjakan berbilion US dan kadang kala mengatur rampasan kuasa menukar kerajaan tertentu untuk menjaga kepenting politik US.

Iran dan Libya juga suatu ketika dahulu diketahui umum menaja pelbagai kumpulan politik negara lain bagi menjaga kepentingan tertentu mereka atau untuk menguasai dunia Islam.

Tidak pernah ada satu negara atau agensi termasuk CIA pun pernah mengakui atau mengesahkan sebarang sumbangan politik mereka di luar negara kerana ia boleh membawa implikasi politik kepada pihak yang menerima.

Selebihnya ia akan mendedahkan negara atau agensi terbabit kepada percaturan politik antarabangsa yang lebih kompleks. Lihat sahaja apa akan terjadi apabila sumbangan Arab Saudi atau mana-mana negara Islam kepada kumpulan atau pertubuhan lain, mereka akan diserang bertubi-tubi oleh media barat.

Apa yang penting dari pendedahan ini ialah (i) Tiada penyalahgunaan wang kerajaan atau 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti mana yang didakwa oleh pembangkang dan Tun Mahathir.

(ii) Ia bukan merupakan rasuah atau suapan untuk kelulusan sesuatu projek kerana sehingga hari ini tiada sebarang projek yang kita ketahui dianugerahkan kepada syarikat Arab Saudi oleh kerajaan Malaysia.

Sebaliknya, Malaysia pula telah mendapat beberapa projek di Arab Saudi termasuk projek MRT di sana.

Lobi politik antarabangsa terutama lobi Yahudi, Kristian, Islam, CIA dan Russia tidak mungkin nampak dalam mata kasar rakyat biasa walaupun bijak pandai lulusan PhD. Mengapa kita perlu gundah gulana mendapat sumbangan politik dari Arab Saudi sedang parti sebelah sana mungkin menerima pelbagai dana dari US dan Yahudi.

Mana lebih bahaya menerima dana politik Arab Saudi atau US dan CIA?-MYKMU.NET

27 thoughts on “Arab Saudi Akui Dana RM 2.6 Bilion Dari Mereka, Bukan Wang 1MDB

  • February 6, 2016 at 2:35 pm
    Permalink

    siapa lg klu bkn putra jhho al low…

    Reply
  • February 6, 2016 at 2:37 pm
    Permalink

    Bodohnya admin nie……
    Kalau tak pandai bahasa org putih, diam2 je la.

    Artikel NYT menyatakan duit tu utk pelaburan. Takkan duit pelaburan masuk akaun peribadi?
    Nampaknya, bukan shj duit kita kena songlap; tapi pak arab pun kena.

    Artikel ni tak kata najib tak bersalah; ia sebut banyak kesangsian terhadap kenyataan pm & ag. Tak masuk akal.

    Kalau ini pelaburan, maknanya pm & ag menipu dan berbohong bila kata ia derma.

    Kalau betul2 tak bersalah, bukalah akaun 1mdb dan tunjuk kpd semua.

    Admin bodoh

    Reply
  • February 6, 2016 at 2:41 pm
    Permalink

    Sebenarnya saya melihat PM Najib seolah-olah sudah dilayan sama seperti Ghadafi dan Sadam Hussin oleh komuniti antarabangsa dgn kerjasama rakyat negara ini sendiri.Kedua-dua mereka akhirnya diserang dan di bunuh dengan bantuan pihak luar.Apakah dosa mereka dan bagaimana kedua mereka boleh dijadikan sasaran begitu?.Ianya semuanya hasil dari perbuatan ‘kianat’ dari dalam negara sendiri dgn fitnah dan cerita separuh benar,WMA yg di katakan di miliki oleh Saddam tidak terjumpa sehingga kehari ini,manakala kediktatoran Ghadafi ialah kerana beliau berhasrat mahu menyediakan rumah bagi setiap keluarga Libya juga mencurakahkan bantuan kewangan kepada masyarakat Islam yg tertindas di seluruh dunia.Akhirnya apakah yg di capai oleh rakyat negara berkenaan?.Hanya kemusnahan dimana-mana dan ianya berterusan hingga kini.

    Sebagai seorang peniaga saya memang tak malu utk memeberi penghormata pada PM Najib dalam pengurusan ekonominya.Dalam tempuh pentadbiran beliau sudah dua kali beliau mampu menghindari bencana ekjonomi yg terbesar kerana faktor luaran.Pertama beliau mampu menersukan petumbuhan negara ketiaka gergasi ekonomi dunia iaitu Amarika Syarikat mengalami kemelesetan teruk.Sedangkan ketika itu banyak negara yg bergantung kepada US seperti Singapore misalnya tidak mampu utk terus berkembang.Ke dua ianlah sekarang ,bila harga komoditi yg merupakan hasil utama negara mengalami kemerosotan teruk teruk dan nilia ringgit negara menjuunam menghampiri keadaan 1997.Bandingkan apa yg berlaku di zaman Tun Mahahtir(1997) bila ringgit merosot begitu.Ekonomi negara merudum keselurhannya pasaran saham menjunam keparas di bawah 300 mata,syarikat terpaksa gulung tikar ,pengangguran meningkat tinggi,dan syarikat-syarikat kroni terpaksa di bailout menggunakan wang rakayt.Semasa kemerosotan ekonomi dunia 1986,Tun Mahahtir juga tidak mampu bertahan dan ketika itu kalau tak silap Ku Li lah yg jadi Menteri Kewangan.

    Reply
  • February 6, 2016 at 2:43 pm
    Permalink

    Mat Siam, kamu yang tak reti baca. Artikel asal sebut Menteri Arab Saudi cakap dia setuju dgn kenyataan Apandi yg Najib tak buat salah.

    Reply
  • February 6, 2016 at 2:49 pm
    Permalink

    Kan najib yg kata duit turn derma dari Pak Arab untuk PRU dan menangani Muslim brotherhood??!??

    So, najib tipu lah….

    Reply
  • February 6, 2016 at 2:54 pm
    Permalink

    Article memburukkan najib……
    Admin nak sabotaj najib ke?

    Reply
  • February 6, 2016 at 3:16 pm
    Permalink

    ada seorang bekas timbalan perdana menteri yang bangang menyatakan sumber itu dari dana awam…kebabian bekas timbalan Perdana menteri itu amatlah terserlah

    Reply
  • February 6, 2016 at 4:06 pm
    Permalink

    Sebenarnya kerajaan Amerika pun ada bagi duit semua untuk pemimpin yang dia nak kekalkan, atau kepada persatuan atau NGO pilihan. Tapi mereka tak mahu nampak terlibat jadi mereka akan gunakan orang tengah. Organisasi macam NED dan sebagainya memang diketahui menyalurkan dana kepada NGO anti-kerajaan termasuk di Malaysia. Jadi apa nak hairan kalau Arab Saudi pun ada buat macam ni. Macam juga orang cakap Arab Saudi biaya ISIS, takkan dia nak buat terang2an. Macam juga zaman Mujahideen lawan Russia dulu.

    Aku nak dengar komen gengrembau yang konfiden sangat dulu dengan komen daripada unnamed source yang disebut WSJ yang katanya tak tahu menahu.

    Reply
  • February 6, 2016 at 4:08 pm
    Permalink

    Kita orang Malaysia terutamnya orang Melayu,berilah kepercayaan pada institusi dalam negara sendiri bukan bercakaran berkaitan dgn artikel luar negara.Mereka tak pernah membuat sesuatu yg terbaik utk kita,cubalah ingat,sudah berapa banyak artikel yg di tulis oleh mereka mengaggungkan negara kita,atau memuji pemimpin kita .Ingatkan baik-baik berapa banyak tulisan mereka yg telah menyokong atau mengaggungkan Mahathir semasa pentadbiran Mahahtir?.ye lek.Jadi mengapa sekarang kita beria-ria mahu mempercayai mereka.Keputusan mengenai perkara ini sudah di buat,kalau tak berpuas hati,tunggu masa yg sesuai dan cara yg betul utk menghukumnya.PRU14 akan menjelang juga ,itu lah masanya.Selain daripada itu berdoalah kepada Allah jika kita pihak tertentu percaya mereka dipihak benar,agar Allah menyampaikan ‘keadilan’Nya.tapi kalau tidak pasti ,hati-hatilah agar sesuatu yg buruk tidak berbalik pada kita.Jangan dialami seperti apa yg di alami oleh TM,anak sendiri yg menerima ‘hadiah’.

    Reply
  • February 6, 2016 at 5:32 pm
    Permalink

    Yang buat fitnah RM2.6 bilion tu duit 1MDB bila lagi nak buat permohonan minta maaf?

    Reply
  • February 6, 2016 at 5:41 pm
    Permalink

    Diaorang semua tak percaya pasal dosa neraka. Sebab tu selamba fitnah dan buat muka tak malu tak mahu minta maaf. Ini semua kerana matlamat menghalalkan cara. Asalkan Najib jatuh. UMNO pun mereka sanggup korbankan.

    Reply
  • February 6, 2016 at 5:42 pm
    Permalink

    Yang pasti Mahathir kata Arab gila mana yang bagi duit banyak tu. Gila tu pergi balik kepada dia. Haha.

    Reply
  • February 6, 2016 at 6:06 pm
    Permalink

    Ada yg percaya kata-kata; ‘itu bukan derma tapi Pelaburan’ seperti yg di quot dari mulut seorang menteri Arab kononnya.Ini memalukan menteri Arab itu sendiri,masuk akal ke wang pelaburan di masukan ke akaun pribadi?.Adakah menteri Arab berkenaan setaraf mak cik yg tertipu dalam skim gores dan menang.Secara halus NYT memalukan menteri Islam.Hati-hatilah dgn orang munafik.Islam menyarankan tabayun.

    Reply
  • February 6, 2016 at 6:43 pm
    Permalink

    Jangan kita salahkan menteri arab tu. Sebenarnya surat khabar ni pun pandai twist dan spin. Yang penting Menteri tu cakap dia setuju dgn pendapat peguam negara dan Najib tak lakukan kesalahan.

    Reply
  • February 6, 2016 at 7:28 pm
    Permalink

    pendek kata selagi Najib laki bini tak di humban ke dalam penjara, selagi itu lah spesis hati busuk mcm bangkai babi mcm mat siam ni tak akan senang duduk…..dalam hati nya bukan ada taman, tapi hitam pekat, bernanah lendir busuk umpama bangkai babi….akan di cari nya jalan nak memburuk burukkan Najib laki bini…merangkak la ko mat siam di akhirat esok cari Najib laki bini…

    Reply
  • February 6, 2016 at 8:47 pm
    Permalink

    Pusing Dan goreng sampai hangit…hahaha

    Reply
  • February 6, 2016 at 9:07 pm
    Permalink

    tak payah nak pening2 pala…
    kepada pemakan dedak najib tolong jelas perkara dibawah..
    lau tak betul boleh saman…HE HE HE…

    Reply
  • February 6, 2016 at 9:20 pm
    Permalink

    Mat Siam, azmi, ayam Dan rakan seangkatan dengan nya kalau iklan bodoh macam itu siapa yg percaya, kalau sadam di jatuhkan sebab WSJ yahudi itu. Kenapa tunjuk media abc,CNN yg Cuba bodohkan orang diseruh dunia itu
    Aku minta bukti dokumen 1mbd itu sampai sekarang tak di bagi macai pembangkang. Kalau dulu macai2 dap terutama kalpa Dan lim kid siang boleh tunjuk bukti menyelewang kenapa Sekarang tak bukti 1najib menyewang itu

    Reply
  • February 6, 2016 at 9:26 pm
    Permalink

    Sehingga Sekarang aku tunggu bukti penyewang 1mbd Dari macai pembangkang, sampai Sekarang azmi Dan macai2 nya gagal, hanya berbuktikan iklan WSJ buat malu je lah.
    Dulu kalpa jatuhkan anwar bukti berjela2 Sekarang nak jatuhkan najib tak satu bukti pun, yg ada iklan WSJ he.he.he.

    Reply
  • February 6, 2016 at 10:01 pm
    Permalink

    Dalam portal lain si Khairudin ada berceramah pendek meluahkan rasa hati dan melepaskan isi perut dia yang memang sudah time untuk dia terkucil.

    Kata khairudin semua ahli MT umno bodoh, tak ada otak dan bangang. SEmuanya bagai lembu dicocok hidung. Presidentnya yang jahat telah bertindak tidak adil dengan memecat MB kedah sedangkan MB dinegerinya sendiri penoh dengan berbagai skandal dan masalah besar.

    Kita faham dan reti benar kenapa khairudingjadi begitu panas suhu dan hangin seluruh badan. Maklomlah baru keluar selepas lebih 2 bulan dikurung sama dengan sorang lagi yang namanya Matheus chang. Tak ada siapa yang cakap penjara itu sedap dihuni. Bila keluar saja sesiapa pun akan hangin selruh badan.

    Andaikata PM angkat talipon call khairudin. Dato’ tolong datang jumpa saya dipejabat esok kit mahu bincang mengenai cadangan untuk dato dilantik jadi timb menteri dijabatan yang ditolak Mukriz itu hari. Kita rasa dato’lah orang yang paling layak isi tempat itu kerana tak ada orang lain lagi yang layak.

    Khairudin kerana terperanjkat akan menjawab walau tergagap2 kerana excited ” ba ba ba baiklah Dato Seri, kalau DS nak saya datang malam ini pun saya datang pasal esok dah lambat sangat. DS lah abang saya, bapak saya, emak saya dan segala2nya buat saya bukan dunia saja malah akhirat. Begitulah halnya.

    saya sebenarnya bukan kutuk umno tapi saya membuat andaian saja tadi.Malam itu khairudin tak dapat tidor sampai kepagi kerana terlalu terharu dan tak sabar jumpa PM.

    Reply
  • February 7, 2016 at 12:18 am
    Permalink

    system baru…
    ketika ini najib masih berkuasa dan segala bukti dia boleh sorokkan dengan kerjasama PDRM dan Pandi Peguam Negara…
    masanya akan sampai juga nanti bila satu persatu Allah akan bukakannya…
    tunggu dan lihat…
    hari kejatuhan najib hampir dah…
    he he he..

    Reply
  • February 7, 2016 at 8:50 am
    Permalink

    Duit rakyat bayar cukai,masuk ke dalam 1 MDB, Jho Low keluarkan balik masuk ke akaun pak arab, pak arab keluar sebahagian utk masukkan ke akaun di AmBank. Sebahagian lagi Jho Low dan kawan2 enjoy…”i feel the earth moving under my feet”…

    Reply
  • February 7, 2016 at 9:19 am
    Permalink

    cerita bahawa Putera Turki adalah ‘penderma’ durian runtuh Najib adalah melucukan. Lebih lucu lagi bila Peguam Negara nak kelentong kita pula!

    Jauh sekali untuk menderma, Putera Turki ini telah merompak wang dari Malaysia!

    Ia telah menjadikan dirinya terdedah kepada tekanan, kerana orang di sekeliling Najib telah berusaha sedaya upaya untuk mencari seorang Arab yang meyakinkan untuk mengaku sebagai penderma.

    Cerita di sekitar KL bahawa ia sememangnya Putera Turki, yang diperkenalkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan pegawai-pegawai SPRM sebagai sumber wang.

    Atas dasar jaminan peribadi ini, disokong oleh bukti yg tidak pernah ditampilkan, kedua-dua pihak kini secara terbuka mengumumkan bahawa mereka telah ‘bertemu penderma’ dan ‘berpuas hati’.

    Tidak mengejutkan, bila mana Putera Turki dikatakan menolak bulat-bulat pendedahan awam berhubung perkara itu. Juga tidak ada apa-apa bukti diperolehi bahawa wang itu datang daripada mulutnyanya sendiri, yang sudah dibeli dengan harga US $ 77 juta.

    Reply
  • February 7, 2016 at 4:41 pm
    Permalink

    MENTERI ARAB SAUDI SAHKAN USD$681JUTA BUKAN DERMA, BUKAN DANA POLITIK DAN BUKAN DUIT DARI KERAJAAN SAUDI.
    Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir berkata sejumlah wang bernilai USD$681 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sebagai derma mahupun dana politik seperti yang diuar-uarkan oleh pemimpin di Malaysia. Sebaliknya, ia adalah wang pelaburan di Malaysia, katanya seperti yang dilaporkan New York Times (NYT) semalam.
    Pihak berkuasa Switzerland pula yang menyiasat 1MDB mengumumkan menemui sejumlah RM16.8 bilion hilang daripada syarikat itu dan mereka bimbang terhadap kenyataan Peguam Negara yang membersihkan Najib dari kes tersebut.
    http://www.thestar.com.my/…/saudi-minister-believes-funds-…/

    Reply
  • February 8, 2016 at 12:59 am
    Permalink

    Amacam semua bukan……
    Hehehehehe
    Duit dari mana nyer saudi ni?
    Joh al low saudi kot atau
    One saudi mdb
    Hehehehehe
    Spin spin spin dan lagi spin oii dedak dedak semua
    Hehehehe

    Reply
  • February 8, 2016 at 1:54 am
    Permalink

    Rakyat smart
    Nama mamat saudi dah ade jawatan pun dah ade.
    So camner sekarang?
    Nak spin ape lagi ni?
    Hehehehehe
    Makan dedak dan dok diam diam aje lah
    Nanti ajib leh panggil hang blogger bangang
    Hehehehe
    Tapi ape ade hal pasal dedah bertaburan sekarang.
    Hehehehehehehehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *