Permohonan Maaf Kepada Tengku Mahkota Johor dan JDT

TMJBerhubung dengan artikel MYKMU.NET, “JDT Bakal Disaman Nike?”, kami ingin merafak sembah memohon ampun kepada Tengku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan permohonan maaf kepada pasukan Johor Darul Takzim kerana telah menimbulkan polemik seolah-olah Nike telah menyaman pasukan JDT.

Artikel tersebut hanya bertujuan menyatakan kemungkinan berlaku konflik perundangan hakcipta berikutan ada elemen tertentu menyamai klip video lama Nike.

Bagaiamanapun kami difahamkan artikel tersebut telah disalah tafsir sebagai menuduh JDT menciplak klip video Nike dan menimbulkan tanggapan bahawa JDT dan TMJ telah disaman oleh Nike.

Dengan ini kami menarik balik artikel tersebut bagi mengelakkan kontroversi ini terus merebak.

Semoga pasukan JDT terus berkembang dalam arena bola sepak negara dan antarabangsa.

Sekali lagi pihak editorial MYKMU.NET merafak sembah memohon ampun kepada DYMM Tengku Mahkota Johor atas kontroversi ini.

6 thoughts on “Permohonan Maaf Kepada Tengku Mahkota Johor dan JDT

  • January 18, 2016 at 4:45 PM
    Permalink

    buat salah minta maaf biasa.. yang luar biasa bila buat salah tapi buat tak tahu..

    Reply
  • January 19, 2016 at 2:22 AM
    Permalink

    Aku dah kata.

    MYKMU mmg tak layak membawa slogan kelab menyokong Umno dan org Melayu.
    Sentiasa hasad dan dengki semata2.

    Najib yg terang2 bermasalah dan dibenci rakyat, dipertahan hanya kerana DEDAK.

    Reply
  • January 19, 2016 at 1:37 PM
    Permalink

    Lain Kali nk kuar kan artikel tu kaji lah betul-betul.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.