Najib umum tambahan mesin
hemodialisis di Hospital Sungai Buloh

Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melawat Unit Hemodialisis Hospital Sungai Buloh serta meninjau keadaan pesakit dan peralatan yang digunakan di hospital tersebut semalam.

Menurut Perdana Menteri, beliau difahamkan ramai pesakit buah pinggang yang perlu menunggu lama sebelum giliran mereka untuk mendapatkan rawatan hemodialisis di hospital-hospital kerajaan.

“Isu ini timbul disebabkan terdapat lebih 2.5 juta pesakit buah pinggang di Malaysia dan ini membawa kepada permintaan tinggi di hospital-hospital kerajaan yang memberikan rawatan dan perkhidmatan berkualiti pada kadar yang amat rendah, kira-kira 22 kali lebih rendah berbanding hospital-hospital swasta,” ujarnya.

Perdana Menteri dalam akaun Facebook beliau malam ini berkata, kerajaan sedar bilangan mesin hemodialisis yang sedia ada di Hospital Sungai Buloh tidak mencukupi untuk menampung keperluan pesakit-pesakit buah pinggang.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan penambahan beberapa unit mesin hemodialisis yang baharu untuk dihantar ke Hospital Sungai Buloh dalam masa terdekat,” katanya.

Katanya, beliau yakin langkah itu akan membawa manfaat kepada pesakit-pesakit yang memerlukannya.

Utusan

2 thoughts on “Najib umum tambahan mesin
hemodialisis di Hospital Sungai Buloh

  • January 23, 2016 at 9:09 AM
    Permalink

    Nasib baik lah Anwar jadi wakil rakyat Sungai Buloh…
    Cepat-cepat Najib bagi peuntukkan…
    Hospital lain macam mana lak…???
    HE HE HE

    Reply
  • January 23, 2016 at 10:26 PM
    Permalink

    Sebab bilangan agak kurang, alhHamdulillah, kerajaan membuat perancangan untuk menambah mesin hemodialisis itu. Baru tiga hari lepas, kawan dari luar negeri (bekerja di sana sektor swasta) menelefon bertanyakan di mana hendak menghantar ibunya untuk rawatan menggunakan mesin itu sebab sudah tidak mampu untuk pergi ke pusat hemodialisis swasta. Sekali pergi, kosnya hampir RM400 di situ. Aduhhh…

    Bersyukur kita..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.