Ka Siong nafi dakwa biasiswa JPA dihapuskan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menafikan sekeras-kerasnya beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan menghapuskan dan memansuhkan program biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Presiden MCA menyelar tindakan pihak-pihak yang menyebarkan fitnah tersebut menerusi media sosial seperti WhatsApp dan laman blog.

“Saya tidak pernah cakap kerajaan menghapuskan biasiswa JPA, bila masa pernah saya cakap, apa yang disebarkan itu adalah tidak benar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

UTUSAN ONLINE


One thought on “Ka Siong nafi dakwa biasiswa JPA dihapuskan

  • January 22, 2016 at 1:10 AM
    Permalink

    gantunglah penasihat2 yg x guna tu. potong gaji elaun menteri

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.