Ahmad Bashah 
MB Kedah?

Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dikatakan semakin jelas apabila Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah disebut-sebut bakal menggantikan beliau.

Ahmad Bashah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata dikatakan mendapat sokongan padu daripada pemimpin-pemimpin UMNO dan sebahagian besar wakil rakyat negeri itu untuk dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu.

‘‘Setakat ini boleh dikatakan sah, Ahmad Bashah akan menggantikan Mukhriz tetapi segala-galanya bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti. Tetapi apa yang pasti pemilihan Ahmad Bashah mendapat sokongan hampir seluruh pemimpin UMNO Kedah.

‘‘Tambahan pula, difahamkan beberapa pemimpin meletakkan syarat, kalau Mukhriz mahu ‘diturunkan’, beliau harus digantikan oleh Ahmad Bashah bukan calon lain,’’ kata satu sumber ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Dikatakan juga pelantikan Ahmad Bashah dijangka dilakukan selewat-lewatnya akhir bulan ini dalam usaha pucuk pimpinan menyelesaikan segera kemelut politik UMNO Kedah yang tercetus berikutan tindakan pemimpin UMNO negeri itu semalam yang menyatakan hilang keyakinan terhadap Mukhriz.

Sumber itu juga menjelaskan, Ahmad Bashah dilihat calon paling layak untuk menggantikan Mukhriz berikutan kedudukannya sebagai pemimpin paling kanan dan pernah menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah sebelum ia diambil alih oleh Mukhriz.

‘‘Memang ada calon-calon lain disebut untuk menggantikan Mukhriz tetapi dari segi kelayakan, pengalaman dan hubungan di peringkat akar umbi, Ahmad Bashah dilihat ada kelebihan,’’ kata sumber itu.

Di ALOR SETAR, selain Ahmad Bashah, ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar turut dilaporkan antara tiga ‘Ahmad’ yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar baharu.

Ahmad Bashah yang juga Pengarah Pilihan Raya Umum Barisan Nasional Kedah pada 2013 ketika dihubungi memberitahu, masih terlalu awal untuk beliau memberi reaksi berhubung perkara tersebut.

Utusan

14 thoughts on “Ahmad Bashah 
MB Kedah?

  • January 22, 2016 at 7:37 am
    Permalink

    Marah dengan gambar dia lalok tersebar … kut

    Reply
  • January 22, 2016 at 9:04 am
    Permalink

    Ceria sket politik kedah ni…. selalu senyap je.
    Bln rezki ko la mukhriz.. ko pun dh kaya, apa ada hal kan?

    Cuma nk ingatkan umno kedah…. jgn berani2 cuba utk cipta alasan2 yg bole bikin umno kalah… rakyat yg susah nnti dan byk yg tergadai kemudian hr.

    Tentunya umno lbh baik utk memimpin dr PH.. ini krn PH dihuni oleh mrk2 yg belum “kaya”… sementelah umno pula sebaliknya, jd jika PH yg perintah maka akan lbh byk “kerosakkan” berlaku. So pd asasnya umno lbh baik sedikit dr PH.

    So kedahan… up to u!!!

    Reply
  • January 22, 2016 at 9:12 am
    Permalink

    Skrg giliran si ahmad bashah yg tgh mimpi basah mau jadi kaya…kedahan…apalagi…kasi hentam itu anak penyamun

    Reply
  • January 22, 2016 at 9:29 am
    Permalink

    mari saksi kan pertunjukkan sarkis di kedah dengan badut2 pencen terlatih..

    Reply
  • January 22, 2016 at 1:12 pm
    Permalink

    kasi boncet lg itu perut..

    Reply
  • January 22, 2016 at 5:41 pm
    Permalink

    Kelulusan LCE je mamat ni

    Reply
  • January 22, 2016 at 9:25 pm
    Permalink

    Hang menang pn mukhriz sbb team ahmad bashah la buat kerja kt hang…azimi daim tu org kulim pn tk mau…hang pi lantik jd setpol hang..che det dok kalut sapu projek zaman dia jd pm..tk dan nk peturun ilmu politik kt hang..tu yg hang pening…

    Reply
  • January 22, 2016 at 9:28 pm
    Permalink

    Lce dulu bkn periksa mcm la..pk hang ada phd kot bodoh…dlm politik ni yg penting pandai kerja…bola tu tk yah pening..Dr Vida pn boleh settle

    Reply
  • January 22, 2016 at 9:30 pm
    Permalink

    Rasa la dulu pak hang suka tendang org la ni anak dia plk kena tendang…Allah Maha Kaya..hang bg cuti thaipusam ingat nk kekal lama..tengok tekandas teguih..kata rajin turun pondok…tk guru mana bg hang bg cuti thaipusam tu..

    Reply
  • January 23, 2016 at 12:51 am
    Permalink

    bila kera dpt bunga

    Reply
  • January 23, 2016 at 1:18 am
    Permalink

    Sabanar nya Datuk2 gila pankat…tak malu

    Reply
  • January 23, 2016 at 3:45 pm
    Permalink

    Untuk melantik seorang MB memerlukan prerogative Sultan atas cadangan PM.Maknanya PM cadang sultan endorse. Kuasa berjalan seiring maka terlantiklah seorang MB. Tidak menjadi jika tiada restu salah seorang dari mereka.

    Cuma Mukhriz lain sikit. Bapaknya cadang, PM setuju lalu mohon sultan beri restu.

    Untuk turunkan mudah sahaja kerana boleh dibuat tanpa endorse dari mereka bertiga sebagaimana yang sedang berlaku sekarang. Diharapkan Mukhriz faham kerana dia dimintak turun oleh suara majoriti bukan sebagaimana cara bapaknya yang nendesak PM untuk turun atas penyertaan nya sendiri. Hingga kini belum menjadi. Bukan kerana PM itu Najib atau Najib itu PM tetapi desakkan mereka hanya berlandaskan cerita dongeng, karut dan fitnah. Dasar busuk hati atas tujuan perut, duit dan kroni.

    Semua orang boleh argue until cows come home, tapi hakikatnya memang jelas dan nyata untuk dilihat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *