PROGRAM GOLF AMAL YaPEIM KUTIP RM18 JUTA

GOLF-YAPIEMPROGRAM Skim Korporat Penyayang merupakan kaedah mengumpulkan sumbangan dari sektor korporat di negara ini, telah berjaya mengumpulkan RM18 juta sejak program ini diperkenalkan pada tahum 1997.

Program ini diperkenalkan bukan sahaja memberi faedah kepada YaPEIM dari segi menerima sumbangan, bahkan juga dapat meningkatkan lagi jaringan perniagaan YaPeIM dengan pemimpin korporat dalam negara.

Program Golf Amal YaPEIM merupakan sebahagian daripada Skim Korporat Penyayang yang diwujudkan untuk mengumpul dana untuk disumbangkan pula kepada program amal jariah untuk ummah.



Dalam penganjuran golf amal yang dianjurkan pada 29 September 2013 telah dapat mengumpulkan sumbangan sebanyak RM247,000.

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri (waktu itu) dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyertai Kejohanan Golf Amal anjuran bersama Al Rajhi Bank – YaPEIM.

Dalam program berkenaan, antara syarikat korporat yang sudi menyumbang kepada Skim Korporat Penyayang YaPEIM ialah Al Rajhi Bank, Kuwait Finance House, Bank Muamalat (M) Berhad, Bank Islam (M) Berhad, UEM Group Berhad, South (M) Industries Sdn. Bhd., Island & Peninsular, Fujixerox, Ericool Engineering, Khairul A & Co., Seri Meraga Properties, DBKL, MPH, TH Plantation, Jahowaki dan lain-lain.

Skim Korporat Penyayang merupakan salah satu skim yang diperkenalkan YaPEIM bertujuan menyediakan wadah kepada masyarakat khususnya pemimpin dan Badan Korporat menunaikan tanggungjawab sosial beramal jariah (CSR) dengan cara membiayai/menaja mana-mana program/skim yang dilaksanakan oleh YaPEIM.

Menariknya, semua sumbangan atau tajaan akan mendapat pengecualian cukai di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967.

Skim ini telah dilancarkan semula pada 1 Disember 2000 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri (ketika itu) di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam (JAKIM) Kuala Lumpur. Pelancaran itu dibuat bersempena dengan pelancaran “Kempen Sebulan Beramal Jariah Peringkat Nasional” dan pelancaran “Skim Amal Jariah YaPEIM”

Terima kasih kepada seorang kawan yang mengirimkan berita ini.

SUMBER: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=143538842679708&id=100010707788635&fref=nf

4 thoughts on “PROGRAM GOLF AMAL YaPEIM KUTIP RM18 JUTA

  • December 17, 2015 at 8:45 PM
    Permalink

    YAPEIM perlu berterus terang

    Sila maklumkan bahawa setelah puas mencari tiada lagi golongan miskin dan anak yatim yang masih memerlukan bantuan Yayasan

    Golongan ini sebenarnya telah mampu hidup secara selesa hasil pemerintahan kerajaan.

    Majoriti rakyat Malaysia boleh menerima penjelasan ini kecuali segelintir pentaksub DAPigs

    Reply
  • December 17, 2015 at 10:28 PM
    Permalink

    Aku ingat lagi zaman tun m dulu ,Anwar Dan tun m dulu ada program sukan amal naik kuda amal he.he.he…mungkin ada ingat progaram ITU anwar pun berpura2 sokong sukan berkuda maklum lah anwar INI pelakon terhebat.

    Reply
  • December 18, 2015 at 9:26 AM
    Permalink

    geepuk tak payah sebar idea sesat di sini. Cari tempat lain, OK?!!

    Reply
  • December 19, 2015 at 4:04 PM
    Permalink

    pemakan dedak tersedak ke…

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.