PM: Diskaun 
atasi beban 
rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap diskaun pengangkutan awam yang diumumkan baru-baru ini dapat meringankan beban rakyat terutamanya golongan sasar.

Menerusi akaun Facebook miliknya hari ini, Najib berkata, beliau baru-baru ini mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 30 peratus kepada pelajar, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas bagi perkhidmatan Express Rail Link (ERL).

“Selain itu, diskaun sebanyak 50 peratus turut akan diberi kepada pengguna KTM Komuter yang berusia tujuh hingga 18 tahun termasuk pelajar universiti dengan Kad Siswa 1Malaysia.
“Saya berharap dengan pengumuman ini akan dapat memberi manfaat dan meringankan beban kumpulan sasar,” katanya.

Utusan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.