Peluncur Israel : Ikhlaskah DAP Dan Amanah Nasional Dalam Isu Anti-Zionis?

ISU peluncur Israel iaitu Yoav Omer dan Noy Drihan dilarang daripada mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (ISAF) agak panas semalam apabila Pemuda Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin mempertikaikan keputusan tersebut.

Namun begitu Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar pula mahukan tindakan protes terhadap Israel perlu diterjemahkan dalam setiap perkara, bukan hanya sukan semata-mata.

dap perak

Kini kita turut melihat DAP Perak pula menarik balik kenyataan seorang pemimpinnya yang membidas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung sekatan yang dikenakan ke atas dua atlet Israel daripada mengambil bahagian di Malaysia.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menegaskan bahawa Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin telah menarik balik kenyataannya semalam dan bahawa kenyataan itu juga tidak mencerminkan pendirian parti di negeri itu.

Persoalannya, adakah DAP benar-benar ikhlas dengan kenyataan mereka ataupun sekadar tindakan populis semata-mata memandangkan majoriti rakyat Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keganasan dan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Mereka dilihat cuba memanipulasikan isu ini apabila DAP Perak tetap menyokong pandangan bahawa sukan sepatutnya melampaui sempadan politik dan perlu berkecuali daripada politik. Ini agak bertentangan dengan kenyataan anti-zionis mereka.

Kita tahu bahawa DAP tidak suka apabila pendapat mereka ditentang oleh rakan-rakan sepakatan mereka. Sebelum ini DAP dan PAS telah berpatah arang berkerat rotan ekoran tidak sependapat dalam isu hudud.

Sepanjang kerjasama diantara PAS dan DAP, kita dapat lihat dengan jelas betapa PAS sekadar menurut kata dan arahan DAP semata-mata. Cuma sekali sahaja mereka tidak sehaluan dengan DAP maka terputuslah pakatan diantara mereka.

Kini Amanah pula dilihat tidak sehaluan dalam isu dua orang peluncur Israel ini. Namun begitu DAP cuba “dilihat” sehaluan walaupun ada “tapi”. Sejauh mana hubungan mereka akan dapat dipertahankan memandangkan kita tahu bahawa DAP mahukan rakan sepakatan yang bersama dengan mereka patuh 100% arahan DAP.

Walaubagaimanapun kita perlu tunggu dan lihat sahaja untuk mengetahui keputusannya. Amanah agak berbeza dengan PAS. Ahli-ahli mereka cenderung pro-DAP. Rakyat sedang memerhatikan setiap langkah mereka. Percayalah bahawasanya bangkai gajah tidak akan mampu ditutup.

Untuk makluman ISAF YWC 2015 yang berlangsung hari ini hingga 3 Jan 2016 menerima penyertaan 446 pelayar muda dari 80 negara termasuk Brazil, Argentina, Mexico, Rusia dan Afrika Selatan.

2 thoughts on “Peluncur Israel : Ikhlaskah DAP Dan Amanah Nasional Dalam Isu Anti-Zionis?

  • December 27, 2015 at 10:01 PM
    Permalink

    Naib pemuda Amanah je yang bidas… Mana dia suara presiden Amanah pula??

    Tengah sedap makan babi dengan tokong ke?

    Reply
  • December 28, 2015 at 12:46 AM
    Permalink

    Penyokong hizbollah seperti mat sabu boleh benarkannya pelek betul mat sabu ini

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.