Pegawai Tun Mahathir, Tony Pua Antara Disebut Justo?

Spekulasi sedang bertiup kencang petang ini ialah pencuri maklumat PetroSaudi dan 1MDB, Xavier Andre Justo, telah memberi beberapa nama orang Malaysia yang berjumpa beliau termasuk nama pegawai khas Tun Mahathir.

Semalam pasukan Polis Di raja Malaysia yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Penyiasatan-Undang-undang) Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh telah menemubual warga Switzerland itu selama 90 minit di Penjara Reman Bangkok di Bangkok.

Dipercayai antara nama yang disebut oleh Justo ialah Sufi Yussof yang merupakan pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sejak tahun 2000.

Justo dikatakan memberi lebih kurang 10 nama rakyat Malaysia yang terbabit dalam urusan mendapatkan maklumat daripada beliau.

Antara nama lain yang dikatakan disebut ialah Datuk Khairudin Abu hassan, Mathias Chang, Tony Pua dan pemilik The Edge Media Group Tong Kooi Ong. Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan dibuat memandangkan Justo hanya memberi nama ringkas dan gambaran sahaja bukan identiti penuh mereka.

Sementara itu, beberapa bulan lalu Tony Pua ada menafikan bahawa beliau pernah berjumpa Justo dalam isu 1MDB.

Justo sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International dengan menggunakan maklumat daripada data 90 gigabit yang dicurinya daripada syarikat itu.

Dia ditangkap pada 22 Jun di pulau Koh Samui dan dihukum tiga tahun penjara pada 17 Ogos selepas mengaku mencuri data itu, termasuk dokumen dan e-mel.

7 thoughts on “Pegawai Tun Mahathir, Tony Pua Antara Disebut Justo?

  • December 16, 2015 at 8:54 PM
    Permalink

    Tiadakah pegawai Najib dan Tun M membuat satu genjatan senjata dan memberikan peluang kepada kedua-dua pemimpin ini mencari titik temu dan jalan penyelesaian? Kerana, pergaduhan ini amat merugikan dan memalukan.

    Reply
  • December 17, 2015 at 9:55 AM
    Permalink

    Payback time. Its like a game of chess. Time to checkmate or else..

    Reply
  • December 17, 2015 at 11:27 AM
    Permalink

    Masa zaman reformasi sekitar tahun 1998, Mahathir PM masa tu. Kawalan keatas media memang amat teruk. Aku nak beli HARAKAH pun mcm nak beli benda terlarang. Beli HARAKAH pun mamak kedai tu siap bungkus dlm suratkhabar lama. Kalau aku tak silap sesiapa nak beli HARAKAH masa tu kena jadik ahli PAS dulu.
    Skrg Mahathir dok bising semacam tu yg aku tak faham.

    Reply
  • December 17, 2015 at 3:35 PM
    Permalink

    Arab gila pun tak kasi derma RM2.6 bil…ha..ha..the best statement so far!

    Reply
  • December 17, 2015 at 4:18 PM
    Permalink

    Pertelingkahan begini memang memalukan tetapi jika seorang mantan hanya berdiri dengan satu niat iaini niat untuk memperomosikan kebencian…maka usaha berdamai menjadi sifar tanpa prospek baik.

    Seolah2 tak ada penjelasan yang mantan itu boleh terima kecuali pihak satu lagi menjawab dengan cara menghafal skrip yang dia sediakan mengikut kehendak dan cita rasa nya (mantan) sendiri.

    Jika ada yang mendakwa bahawa mantan ini bermusuh dengan semua PM yang terdahulu dan yang terkemudian dari nya serta dengan semua timbalannya…. ini lah fakta bukan dakwaan kosong. PM najib hanya mangsa terkini.

    Reply
  • December 18, 2015 at 3:26 AM
    Permalink

    Arab gila mmg x bg derma..yg gila adalah ex pm yg x pernah terima derma tetapi meminta minta kerajaan bantu ank anknya dan kroni kroninya sahaja..sbb bg dia derma salah

    Reply
  • December 19, 2015 at 3:37 PM
    Permalink

    2.6b aku mane jib..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.