Tambang: Akhirnya UMNO & Najib Juga Yang Selesai Masalah

umno_komuter

PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU 2015) tidak seperti mesyuarat parti-parti politik lain di Malaysia ini.  Mesyuarat parti politik, terutama pembangkang, hanya bincang tentang mereka dan politik mereka sahaja, termasuk puja memuja semasa sendiri.

Dalam UMNO, kita tak puja batang tubuh, tapi pertahan institusi, contoh institusi Presiden.  Tak sapa cakap dia rindu Datuk Seri Najib Tun Razak pun dalam perbahasan PAU2015, tapi dalam PKR ada – rindu Anwar la pulak isunya.

Selain itu, PAU2015 bukan sahaja bincang hal UMNO dan yang berkaitan, tapi bagaimana menyelesaikan masalah rakyat secara keseluruhan.  Setiap dihujung PAU, mesti ada hasil yang menguntungkan rakyat, tahun lepas kekal Akta Hasutan.

Tahun ini diskaun tambang.

Benar, yang buat keputusan akhir ialah kabinet dipengerusikan Najib tapi kabinet Malaysia ini bukan bincang hal tambang saja, mereka juga bincang hal lain-lain membabitkan negara.  Kita ada agensi yang bertanggungjawab, mereka inilah yang lihat satu persatu isu dengan teliti sebelum bawa ke mesyuarat kabinet untuk kelulusan akhir.

Ketika kelulusan itu dibawa, kabinet hanya melihat secara dasar sahaja, bukan peinciannya.  Budak atas 7 tahun bayar tambang berapa, budak bawah 2 tahun kena tambang ke tidak, ini semua kabinet tak tengok, hal-hal dasar saja.

Sebab tu dah berpuluh tahun budak umur 7 tahun bayar tambang komuter sama dengan orang dewasa, Menteri KBS baru tahu tahun ini saja, contohlah kita cakapkan ni.

Malaysia ada 13 negeri dan Wilayah Persekutuan, sedangkan hal tambang ERL, LRT dan komuter yang naik selepas 13 tahun baru-baru ini banyak melibatkan orang-orang sekitar Lembah Klang dan beberapa bahagian dalam Negeri Sembilan (bukan keseluruhan negeri pun).

Tapi bila ia dibincang seolah-olah keseluruhan 30 juta rakyat inii juga terbabit, maka UMNO mengambil kiralah pandangan dan seperti mana yang kita lihat, sudah ada beberapa keputusan dicapai dan dalam jangka masa terdekat, akan ada lagi pengumuman-pengumuman yang bakal meringankan sikit beban rakyat Lembah Klang terutamanya.

Bukan sokong kerajaan sangat pun isunya sebab 90% laluan komuter sebagai contoh, adalah kawasan yang diwakili pembangkang.  13 tahun tak naik bukan sokong kerajaan pun mereka ini semua, tapi UMNO, berjiwa besar, masih ambil kira masalah ini walaupun tahu takde untung politik sama sekali.

Tapi itulah UMNO.

Selain potongan separuh harga untuk pelajar sekolah (komuter), untuk sektor Putrajaya (ERL), kita semua masih menunggu apa lagi yang akan KTMB dan syarikat lain yang terlibat akan umumkan seperti mana arahan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dalam penggulungan Sabtu lepas.

Begitupun, apa pun ia, ingatlah, jasa UMNO semua tu.  Sibuk sangat sangat tanya jasa UMNO, itulah salah satu darinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *