Rahman Dahlan Saman Malaysiakini

Share


Kenyataan Media
Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan
November 24, 2015

1. Dewasa ini, telah timbul fenomena di kalangan segelintir media online yang lebih cenderung meletak tajuk berita sensasi dan laporan yang diambil luar daripada konteks sebenar.

2. Fenomena ini menyebabkan banyak pihak terpaksa meluangkan masa yang banyak untuk menjawab dan memperbetulkan laporan portal media online yang mengelirukan pembaca.

3. Saya sedia maklum dalam era yang dipacu kepantasan internet, masyarakat menuntut agar berita disiarkan dengan kadar segera. Situasi ini telah mendorong sesetengah (bukan semua)portal media online menjadi lebih tergesa-gesa dalam menyiarkan laporan mereka.

4. Sebagai contoh, semasa sidang media saya di Hari Perancang Bandar Sedunia di JW Marriot, 3 November lepas, saya telah menyentuh tentang bagaimana untuk menjadikan sesebuah bandar itu agar lebih bingkas (resilient) dalam menghadapi tekanan sosial dan ekonomi termasuk bencana yang mungkin menimpa bandar tersebut.

5. Saya juga bercakap tentang tekanan yang dihadapi oleh bandar-bandar seluruh dunia alaf ini, seperti pencemaran alam, pengangkutan awam, kos sara hidup, perumahan mampu milik dan tahap keselamatan makanan (food security) semasa bencana.

6. Berdasarkan huraian saya diatas, saya ditanya oleh wartawan-wartawan yang hadir tentang dua perkara, yang pertama tentang kenaikkan kadar tol lebuhraya dan yang keduanya tentang migrasi penduduk dari kawasan bandar ke kampung akibat kos sara hidup yang tinggi di bandar.

7. Sebagai penjelasan, lazimnya saya tidak menjawab soalan-soalan yang tiada kena-mengena dengan kementerian saya, tetapi memandangkan isu kenaikkan tol dan isu migrasi penduduk dari kawasan bandar ke kampung akibat kos sara hidup yang tinggi di bandar adalah isu nasional maka saya mengambil pendekatan untuk menjawab isu tersebut.

8. Dalam jawapan saya bagi isu kenaikkan tol, saya telah menekankan bahawa di mana ada jalan bertol sudah pastilah ada jalan alternatif tanpa tol. Sekiranya kita mengambil jalan alternatif, kita mungkin akan berhadapan dengan kelewatan berpunca daripada kesesakan lalu lintas dan lampu isyarat. Oleh yang sedemikian, kita terpaksa melaburkan lebih banyak masa untuk sampai ke destinasi pilihan.

9. Dalam jawapan yang sama, saya juga menegaskan bahawa ini adalah satu bentuk “trade off” atau timbal balas kerana lebuhraya dan jalan bertol adalah sebahagian daripada cara kita untuk memendekkan perjalanan.

10. Tetapi malangnya, jawapan saya semasa sidang media tersebut telah disalah erti menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa saya menggesa mereka yang enggan membayar tol supaya bangun awal.

11. Ekoran daripada itu, saya telah terdedah kepada kemarahan dan caci maki orang ramai, terutamanya warga netizen.

12. Dalam jawapan saya, saya tidak pernah mencadangkan apatah lagi menggesa orang ramai supaya bangun awal untuk mengelak dari membayar tol. Saya hanya memanjangkan pendapat bahawa di mana ada laluan bertol pastilah ada jalan alternatif tanpa tol.

13. Selanjutnya saya menggambarkan sekiranya sesiapa memilih laluan tanpa tol, mungkin mereka akan berhadapan dengan kesesakan lalu lintas dan lampu isyarat. Oleh yang sedemikian, sekiranya kita memilih jalan alternatif tersebut kita mungkin perlu melaburkan lebih banyak masa, termasuk kemungkinan perlu bangun awal atau bangun pada masa biasa tetapi memulakan perjalanan lebih awal.

14. Manakala dalam isu kenyataan “balik kampung” yang timbul dalam sidang media yang sama, saya telah ditanya tentang soal kenaikkan kos sara hidup yang akan mendorong penduduk kota untuk pulang ke kampung.

15. Terhadap soalan tersebut, saya telah menjawab bahawa saya percaya bahawa konsep “reverse migration”dari bandar ke luar bandar boleh mengurangkan tekanan kepada sistem perbandaran. Saya telah melontarkan komentar bahawa proses migrasi dari luar bandar ke bandar yang terlampau cepat di negara kita telah menekan sistem perbandaran seperti perumahan, pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dalam sebuah bandar tersebut. Perkara-perkara ini sebenarnya adalah asas perbincangan persidangan Hari Perancang Bandar yang diraikan pada hari itu.

16. Seantero dunia, rata-rata kerajaan menyokong konsep reverse migration atau sekurang-kurangnya berusaha untuk melambatkan proses migrasi bandar untuk mengurangkan tekanan seperti pencemaran alam, kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam, kos sara hidup dan pengganguran dalam bandar.

17. Saya juga menegaskan bahawa kehidupan di kampung bukan lagi seperti dulu, hampir semua kampung-kampung di negara ini sudah lama menikmati kemudahan asas yang lengkap.

18. Malangnya, Malaysiakini memilih untuk memuatnaik sebuah video Voxpop yang memaparkan pendapat orang ramai berhubung kenyataan saya yang telah diedit tentang “reverse migration” tanpa memberi konteks sebenar jawapan saya.Kenyataaan tidak lengkap ini memberi gambaran seolah-olah saya tidak sensitif dan memperlekehkan warga kota sehinggakan ianya menjadi satu bahan jenaka dalam media sosial untuk menghina saya.

19. Hakikatnya, dalam sidang media itu, bukan sahaja saya menyeru agar mereka yang ingin berhijrah kembali ke kampung untuk bercucuk tanam, saya juga telah menyeru penduduk yang tinggal di bandar untuk mengamalkan konsep kebun komuniti (community gardening). Idea community gardening bukan baru malahan sudah dipelopori di seluruh dunia. Ia juga adalah salah satu teras utama yang akan menaikkan daya tahan (sustainability) kehidupan di kota.

20. Malaysiakini juga dengan sengaja tidak melaporkan gesaan saya agar pemaju perumahan di bandar dapat menyediakan satu kawasan di beranda dalam unit-unit pangsapuri supaya warga kota dapat mengamalkan konsep menanam sayur-sayuran seperti cili.

21. Ekoran dari video Voxpop itu, saya sekali lagi telah menjadi mangsa tohmahan orang ramai yang tidak mendapat maklumat lengkap dari Malaysiakini.

22. Walaupun media online sangat dekat di hati saya, tapi apa yang dilakukan oleh Malaysiakini sudah melampaui batas kewarasan etika kewartawanan dan merosakkan reputasi saya.

23. Saya bersetuju bahawa,media, termasuk portal berita online, adalah satu institusi check and balance. Mereka bertanggungjawab untuk melaporkan berita secara telus. Mereka boleh mengkritik, namun kritikan mereka haruslah bersifat konstruktif demi kebaikan bersama.

24. Sidang media hari ini bertujuan untuk memperbetulkan sebarang salah faham berkenaan dengan kenyataan media saya dan membersih nama baik saya.

25. Maka dengan itu, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini. Biarlah tindakan saya ini menjadi satu peringatan bahawa media online perlu bersifat lebih profesional, tidak mengkompromi fakta dan tidak bertujuan menghina. Sesungguhnya saya percaya media online mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai salah satu daripada ejen pemangkin yang penting dalam mendokong evolusi negara bangsa.

26. Akhir sekali, walaupun tindakan undang-undang ini adalah terhadap Malaysiakini, saya juga mengekalkan hak saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal-portal berita online lain yang telah mencemarkan reputasi saya.

111

1111

11111



16 thoughts on “Rahman Dahlan Saman Malaysiakini

  • November 25, 2015 at 11:38 am
    Permalink

    Damages has been done. Sama dengan apa yg terjadi dengan Ahmad Maslan dan juga PM dalan isu kangkung. Penghinaan, fitnah, caci maki sudah menjadi witir harian sebilangan rakyat di negara ini. Kita malas utk mencari kebenaran dan asal sumber penuh. Akhirnya kita di tipu oleh golongan bani dajjal, disebabkan sikap terburu-buru dan sikap tanpa usul periksa

    Reply
  • November 25, 2015 at 11:41 am
    Permalink

    Rahman Dahlan bersama-sama Tengku Adnan dan Najib fitnah UMNO dengan mengatakan UMNO menerima derma RM 2.63 bilion tu apa cerita? Parti sendiri pun sanggup difitnah oleh Tengku Adnan dan Rahman Dahlan ni, kerana ditabur habuan oleh Najib, maka mengutiplah ayam dan itik mematuk hampas kelapa. Najib pula fitnah UMNO sebab nak larikan dari jenayah pengubahawan wang haram melibatkan RM 2.63 bilion di dalam akaunnya itu, hinggakan sanggup fitnah UMNO, sanggup burukkan UMNO sedemikian rupa.

    Ketua cawangan dan ahli UMNO sekalian, apa tunggu lagi petualang seperti Najib dan kuncu-kuncunya ini perlu dihumban keluar dari UMNO, mereka inilah petualang yang sebenarnya.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    Reply
  • November 25, 2015 at 11:48 am
    Permalink

    Sedarlah semua, sebenarnya Najib, Rahman Dahlan, dan Tengku Adnan serta beberapa orang lagi kuncu Najib memfitnah UMNO, oleh kerana telah terbongkar bahawa terdapat wang berjumlah RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta di dalam akaun peribadi Najib di AmBank, maka Najib telah fitnah kata wang itu adalah wang derma untuk UMNO, sedangkan satu sen haram pun tak diberikan kepada akaun UMNO, macam mana boleh kata derma kepada UMNO pula?

    Malahan Tengku Adnan dan Rahman Dahlan pun turut bersekongkol dengan Najib, mereka turut menyokong fitnah Najib itu, maka mereka pun turut sama fitnah UMNO.

    Begitu juga dengan Zahid Hamidi, Wan Adnan Wan Mamat, Aziz Kaprawi dan beberapa kuncu Najib yang lain, mereka ini telah fitnah kerajaan, kononnya wang RM 2.63 bilion dalam akaun peribadi Najib di AmBank itu adalah wang derma untuk kerajaan, tetapi satu sen haram pun tak serahkan kepada akaun kerajaan, macam mana mereka boleh kata itu derma untuk kerajaan pula?

    Semuanya dijoli oleh Najib dengan sesuka hatinya dan sebahagian kecil ditabur kepada para pengampu untuk terus menyokong segala kegiatan salah Najib itu. Selebihnya berjumlah USD 650 juta bersamaan lebih kurang RM 2.3 bilion dilarikan ke Singapura pula.

    Sampai sekarang mereka tak dapat jawab mengapakah samada wang itu derma kepada UMNO atau kerajaan, mengapakah wang itu dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan lansung tak diserahkan hatta satu sen pun kepada UMNO atau kerajaan, pasal apa Najib joli sesuka hatinya dan larikan wang itu ke Singapura?

    Hingga kini mereka tak dapat nak beri jawapan, kerana kalau mereka jawab makan akan terdedah perbuatan jahat mereka itu.

    Oleh itu marilah ahli UMNO sekalian dengan diketuai oleh ketua cawangan masing-masing supaya adakan perhimpunan beramai-ramai di hadapan pejabat bahagian masing-masing dan gerakkan rapat umum di hadapan Seri Perdana untuk mendesak Najib supaya letak jawatan atau dipecat dari parti.

    UMNO tak perlukan penghianat seperti Najib ini, kerana nak lepaskan diri pendakwaan jenayah pengubahan wang haram, maka parti pun dia sanggup fitnah, betapa kejinya manusia sebegini.

    Sedaralh semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    Reply
  • November 25, 2015 at 11:59 am
    Permalink

    Citer pun tak guna pak abu..saman lah…pum pang pum pang..tong kosong kuat bunyinya.

    Reply
  • November 25, 2015 at 12:09 pm
    Permalink

    Saman apa lagi, Anina dah buat tindakan mahkamah terhadap Najib, tapi Najib pecat Anina pula dari ahli UMNO, sekarang ni kerana Dato’ Hamidah Osman terlibat denga program melibatkan Tun Dr. Mahathir, itu pun dipecat juga, sudah gila Najib dan para kuncu-kuncu serta penyokong membawa malapetaka seperti Anak Nogori ini.

    Aku nak saman buat apa lagi, report polis dah dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin mengenai salah laku Najib, tetapi apa yang pihak polis buat? Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar lebih rela jilat tapak kaki Najib bila Najib tabur habuan, amanah tugas membela undang-undang pun sudah disepak ke longkong oleh Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara konon, kau tu polis macam cerita hidustan, cerita tamil, jenis pegawai polis keparat yang bersubahat dengan golongan ahli politik penjenayah sahajalah.

    Teruskan ahli UMNO sekalian untuk mengadakan protes besar-besaran, adakan perhimpunan beramai-ramai di hadapan pejabat bahagian masing-masing, sampai bila kita semua nak biarkan Najib bermahajaralela menjahanamkan parti, Najib khianat UMNO, Najib fitnah UMNO bila Najib katakan wang RM 2.63 bilion itu wang derma untuk UMNO, tapi satu sen haram pun tak diberikan kepada akaun UMNO, disonglap sesuka hati oleh Najib dan larikan bakinya ke Singapura, macam mana Najib kata wang itu derma kepada UMNO sedangkan Najib songlap sesuka hatinya wang itu dan larikan bakinya ke Singapura, UMNO tak dapat satu sen pun wang itu, apa kejahanya semua ini?

    Ahli-ahli UMNO sekalian perlu sedar, UMNO dikhianati dari dalam bukan dari ahli bahawa atau pemimpin kecil, tetapi dari pemimpin besar, presiden yang diangkat oleh ahli telah khianat parti, apa guna ada presiden yang sanggup khianat parti, Najib perlu ditumbangkan dengan segera untuk selamatkan UMNO, Barisan Nasional dan Malaysia.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    Reply
  • November 25, 2015 at 12:39 pm
    Permalink

    Oku (orang kua t umno) semua bwh tapak kaki najib n ros.cash is king.

    Reply
  • November 25, 2015 at 12:41 pm
    Permalink

    Anything to do with rahman dahlan isca waste of time Nd resourcex.

    Ignore him. If you can convince him to go back to sabah…thats the most ideal sekali dengan salleh keruak.

    Rahman, i am also a sabahan and we know who you are bro…haha

    Reply
  • November 25, 2015 at 12:52 pm
    Permalink

    Lembaga Disiplin UMNO ni wujud lagi ke? Apahal tak ambil tindakan terhadap Najib, Rahman Dahlan, Tengku Adnan yang memfitnah UMNO dengan mengatakan wang RM 2.63 bilion dalam akaun peribadi Najib di AmBank itu sebagai wang derma kepada UMNO sedangkan tak ada hatta satu sen pun wang itu diberikan kepada akaun UMNO oleh Najib, semuanya dijoli dan disonglap sesuka hati oleh Najib dan larikan bakinya ke Singapura.

    Pasal apa hingga kini Lembaga Disiplin UMNO tak ambil tindakan lagi? Semua dalam Lembaga Disiplin UMNO tu dah kena beli dengan Najib ke? Tengah melancap beramai-ramai di tepi longkang sambil mengharapkan Najib tabur habuan ke korang ke?

    Lembaga Disiplin konon, disiplin kepala otak korang sahajalah, Najib dan kuncu-kuncu jelas buat tindakan yang mencemarkan maruah parti iaitu memfitnah parti, tapi lihatlah apa yang dibuat oleh Lembaga Disiplin, mereka ni pun dah jadi tak guna, dah kena beli oleh Najib, semua dah jadi kerbau dicucuk hidung mengikut segala telunjuk Najib, sanggup jual maruah diri kerana habuan.

    Oleh itu kalau nak diharapkan kepada MKT dah tak boleh diharapkan kerana majoriti ahli MKT adalah pengikut fahaman CASH IS KING yang menjadi kuncu suruhan kerana ditabur habuan oleh Najib.

    Nak harapkan Lembaga Disiplin UMNO pun dah tak boleh diharapkan, samalah juga, dah jadi pengikut fahaman CASH IS KING yang menjadi kuncu suruhan kerana ditaburi habuan oleh Najib.

    Bila Dato’ Hamidah Osman turut serta dengan program melibatkan Tun Dr. Mahathir, beliau dipecat, sedangkan program melibatkan Tun Dr. Mahathir adalah program yang bukan melibatkan Lim Kit Siang ke atau mana-mana pemimpin pembangkang, pasal apa Dato’ Hamidah dipecat secara zalim seperti itu, mengikuti program bersama negarawan serta tokoh hebat sepanjang zaman UMNO iaitu Tun Dr.Mahathir adalah salah besar pada pandangan MKT dan Lembaga Disiplin UMNO ke?

    Bagaimanakah pula Najib, Tengku Adnan, dan Rahman Dahlan yang fitnah parti mengenai wang RM 2.63 bilion dalam akaun peribadi Najib itu serta Zahid, Aziz Kaprawi dan Wan Adnan Wan Mamat KBU Kuantan yang fitnah kerajaan mengenai wang RM 2.63 bilion dalam akaun peribadi Najib itu, pasal apa mereka ini tak dikenakan sebarang tindakan pun? Lembaga Disiplin UMNO dan MKT UMNO ni dah gilakah buat kerja bodoh dan gila sedemikian rupa?

    Ahli UMNO sekalian, buatlah tindakan drastik segera untuk selamatkan parti, adakan perhimpunan besar-besar mendesak Najib dan kuncu-kuncunya letak jawatan, lagi lama mereka berkuasa dalam UMNO, lagi hancur UMNO dikerjakan oleh mereka itu.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    Reply
  • November 25, 2015 at 3:17 pm
    Permalink

    Aik !! makin kurang bebudak BR1M kat sini ? apa dah jadi…

    Reply
  • November 25, 2015 at 3:51 pm
    Permalink

    Terasa agak mual ketika asyik baca perkara sama dari tulisan Abu Bakar, walau sudah dijawab banyak kali pun masih ulang benda sama.

    1.Jangan ingat apa yang ditulis tu betul belaka. Saya akui ada juga beberapa point dari Abu Bakar boleh diterima akal, tapi bab menuduh orang yang tak sependapat dengan anda sebagai menerima duit upahan dari DS Najib, sebangai pengampu, pemakan dedak dan pelbagai gelaran buruk bukanlah satu nilai yang baik dari tulisan Abu Bakar.

    2. Abu Bakar boleh menulis apa sahaja di ruangan ini, memberikan pendapat yang bombastik dan sarkastik, tetapi apabila ada pihak-pihak yang menjawab tuduhan dan mempertahankan DS Najib, lantas beliau akan terus melabel orang-orang yang tidak sealiran pemikiran dengan beliau dengan pelbagai gelaran-gelaran negatif. Anda mahu orang lain menerima tulisan dan pemikiran anda namun orang lain mempunyai pendapat berlainan, jadi salahkah kami ini mempertahankan apa yang kami percaya?

    3. Nasihat saya, anda jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jika tidak anda akan menjadi lebih kurang sama saja dengan penyokong-penyokong pembangkang yang akan menggelar orang lain dengan gelaran buruk.

    4. Jika anda memberikan komentar ilmiah, anda juga harus bersedia dengan kritikan.

    5. Menuduh PM sebagai penyeleweng, menuduh menteri-menteri yang berdiri bersama dengan PM sebagai pengecut dan pembodek tidaklah bertepatan, kerana sebarang keputusan dibuat adalah secara kolektif, bukanlah keputusan secara individual. Sekarang bukanlah era diktator seperti Mustafa Kemal mahupun Stalin.

    6.Menyeru rakyat menolak kepimpinan PM adalah hak anda, namun jika kami masih kekal menyokong kerana kepercayaan kami dengan PM, kerana bagi kami, penjelasan, bukti serta penerangan yang diberikan, membolehkan kami menilai sama ada ia benar atau tidak. Jika anda tidak menerima penjelasan dan bukti, itu juga hak anda. Anda berhak untuk percaya atau tidak percaya.

    7. Saya pernah berdiri teguh dengan kepimpinan Tun Mahathir ketika krisis pemecatan Anwar Ibrahim dan juga krisis ekonomi, tatkala ramai kawan-kawan dam ahli keluarga saya menyokong Anwar Ibrahim, mereka menggelarkan Tun M dengan gelaran buruk-buruk, menghina beliau serta kaum keluarga beliau, namun saya percaya dengan kepimpinan beliau, dan saya juga amat yakin bahawan tindakan beliau betul pada ketika itu. Dan kini, saya juga yakin dengan PM Najib Razak, beliau akan melakukan dengan betul juga. Saya pasti.Wallahualam

    Reply
  • November 25, 2015 at 4:46 pm
    Permalink

    En Abu Bakar bukan dari kem Najib itu saya faham. En. Abu Bakar nak kritik Najib go ahead. Tapi pengulangan yang berulang-ulang dan lari dari konteks tajuk utama menjadikan saya mual. Dah macam Moo la pulak cuma Moo jauh lebih bangang.

    Saya setuju dengan burpp cumanya dulu saya anti Tun M kerana termakan dengan hasutan Anwar and the gang. Sekarang saya tidak mahu anti kepada mana-mana individu. Kalau terbukti Najib bersalah so be it.

    Reply
  • November 25, 2015 at 4:59 pm
    Permalink

    Anakbochek

    Anda betul. Kalau DS Najib salah, he will deserved it. Itu yang kita mahukan bukan? Begitu juga dengan Khir Toyo, saya menyokong beliau dan berpendapat beliau tidak bersalah, tapi apabila beliau didapati bersalah, ok fine, he deserved it.

    Reply
  • November 25, 2015 at 5:47 pm
    Permalink

    tu la. banyak tengok astro sangat, ulang berulang ulang tayang menda sama. adussss

    Reply
  • November 25, 2015 at 11:29 pm
    Permalink

    Ramai rupanya yg open minded ni..aku setuju..tapi Anwar Berahim tetap aku percaya memang kaki jubor. Ada satu pendapat drpd Tun M yang masih aku pakai sampai sekarang..katanya(lebihkuranglah)”ada yang mengundi UMNO bukan sebab mereka suka sgt dengan UMNO tapi takut pemerintahan ini jatuh ke tangan orang asing @ yg lagi teruk perangainya”.Sori klu petikan tu tak berapa betul..takut2 abu bakar spin pulak.sekian

    Reply
  • November 26, 2015 at 1:55 am
    Permalink

    Abu Bakar anak pompuan tu elok bagi jadi Bohsia sahaja.. haa..haa

    Reply
  • November 26, 2015 at 4:26 am
    Permalink

    apa macam abu bakar , RAP , rockers , dan segala suku sakat mooo ? berani ke terima perbezaan pendapat dengan berhujah dgn hujah baru tanpa guna bahan recycle atau panggil org lain yg berbeza pandangan dengan kau dgn gelaran yg buruk2 ??

    aku rasa tak mungkin la kau org gentleman kan.. sebab dalam hati korg penuh kehitaman . tengok abu bakar. dia panggil menteri2 umno kaki lancap .

    rap. dia panggil org yg tak sefahaman dgn dia budak2 BR1M . seolah2 br1m tu 1 kemaksiatan .

    Rockers . selamba panggil org2 yg kat sini OKU.(Org kuat UMNO) .

    Jadi aku memang tak mengharapkan langsung pun budi bicara berhemah dari malaon2 ni sebenarnya. takde guna berbahasa baik dgn org2 super kurang ajar dan biadap mcm kau org ni semua.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *