Pemecatan Hamidah Gusarkan Mahathir?

Share


Semalam kita dikejutkan dengan berita pemecatan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Kita tahu bahawa beliau telah banyak melakukan perkara-perkara yang melanggar disiplin parti dan pendirian beliau mahu menyingkirkan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak bukan lagi rahsia.

Cuma kita agak keliru memandangkan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan untuk menumpukan kepada usaha mengukuhkan hala tuju perjuangan parti selain membincangkan langkah-langkah bagi mengukuhkan parti, dan bukannya mengenai pemecatan 7 pemimpin utama parti yang dikaitkan dengan masalah disiplin.

hanidah mahathir

Mungkinkah Hamidah telah membuat gerakan rahsia yang boleh mengancam keselamatan parti dan negara sehingga memaksa pihak Majlis Tertinggi UMNO bertindak sedemikian. Kita tahu bahawa MT UMNO merupakan pihak yang tidak akan membuat keputusan melulu dan tanpa sebab.

Tambahan pula mesyuarat MT yang berlangsung kira-kira sejam setengah itu banyak membincangkan mengenai persediaan parti mengadakan Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur pada 8 hingga 12 Disember depan.

Pengumuman Mesyuarat Majlis Tertinggi memecat Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat daripada parti itu dibuat oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak selepas mesyuarat Majlis Tertinggi di bangunan sementara Parlimen.

Demi memastikan perjalanan parti dalam semua aspek berjalan dengan lancar, kukuh dan terus mendapat keyakinan rakyat, semua golongan yakin Umno parti yang berdiri dalam keadilan dan prinsip serta amalan yang baik dalam parti maka keputusan telah dibuat untuk memecat Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman kerana pelanggaran disiplin.

Sebelum ini Hamidah dengan lantang dan angkuh mengatakan bahawa beliau tidak gentar dipecat daripada Umno ekoran desakkan beliau agar Perdana Menteri berundur. Walaupun beliau mengatakan yang prinsipnya mendahulukan parti berbanding pemimpin namun kita tahu bahawa sebenarnya beliau mempunyai kepentingan peribadi sebagaimana juga Mahathir.

Hamidah turut menggunakan isu 1MDB sebagai alasan untuk mendesak Datuk Seri Najib berundur sedangkan pihak audit dan beberapa agensi yang lain telah mengesahkan bahawa tidak wujud sebarang penyelewengan dalam urus tadbir 1MDB. Segala berita negatif yang melanda 1MDB dari mula sehingga kini sekadar persepsi ciptaan pembangkang dan Mahathir yang jelas mempunyai kepentingan peribadi.

Selain daripada itu juga, Hamidah dikatakan membawa suara Mahathir ke mana-mana sahaja beliau pergi. Adakah pemecatan Hamidah dari UMNO telah mengurangkan “sengat” Mahathir? Mungkin Mahathir sedang gusar dan resah kini. Tambahan pula beberapa perancangan besar beliau untuk menyingkirkan PM telah gagal.

Adakah Hamidah memainkan peranan utama untuk menghuru-harakan Perhimpunan Agung UMNO kali ini? Jika benar, maka Mahathir mungkin terkena serangan jantung pula kali ini.

Kita semua tahu bahawa Perdana Menteri kita merupakan seorang yang berhemah serta cukup tegas dalam kelembutan beliau mentadbir negara. Faktor-faktor tersebutlah yang membuatkan Mahathir serta pembangkang terjerat dalam kerakusan kuasa mereka sendiri.



21 thoughts on “Pemecatan Hamidah Gusarkan Mahathir?

  • November 25, 2015 at 11:14 am
    Permalink

    Apa agaknya ahli2 umno khususnya atayu rakyat amnya FIKIR bila tun m & tsmy yg juga melakukan perkara yg sama atau lebih dr hamidah tp “terlepas”???

    ternyata kem najib mmg baekk..???

    Reply
  • November 25, 2015 at 11:25 am
    Permalink

    Tun M & TSMY tak akan terlepas. Ada habuan for each of them. Ini soal strategi yang berbeza. Masa yang dipilih juga kena sesuai.

    Reply
  • November 25, 2015 at 11:31 am
    Permalink

    Hamidah elok pun kena pecat dijuga Cuba menhasut umno Perak supaya lawan najib, zamberi telah bagi teguran pada nya tapi tak dengar oleh nya malah sangup mebelakangkan ketua umno Perak orang macam ini elok buang je.

    Reply
  • November 25, 2015 at 11:36 am
    Permalink

    yeay.. Malaysia akan ade diktator… Yeay..
    Yang bangal ahli umno.. Pemimpin songlap duit terang terang pun boleh kater bukan
    Patut la umno ni sarkis
    Label dari taun 60an tu
    Sarkis sarkis
    Yang kene pecat tu sarkis belom jinak
    Sarkis jinak semua makan dedak
    Hahahahahahahahajah

    Reply
  • November 25, 2015 at 11:52 am
    Permalink

    Sedarlah semua, sebenarnya Najib, Rahman Dahlan, dan Tengku Adnan serta beberapa orang lagi kuncu Najib memfitnah UMNO, oleh kerana telah terbongkar bahawa terdapat wang berjumlah RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta di dalam akaun peribadi Najib di AmBank, maka Najib telah fitnah kata wang itu adalah wang derma untuk UMNO, sedangkan satu sen haram pun tak diberikan kepada akaun UMNO, macam mana boleh kata derma kepada UMNO pula?

    Malahan Tengku Adnan dan Rahman Dahlan pun turut bersekongkol dengan Najib, mereka turut menyokong fitnah Najib itu, maka mereka pun turut sama fitnah UMNO.

    Begitu juga dengan Zahid Hamidi, Wan Adnan Wan Mamat, Aziz Kaprawi dan beberapa kuncu Najib yang lain, mereka ini telah fitnah kerajaan, kononnya wang RM 2.63 bilion dalam akaun peribadi Najib di AmBank itu adalah wang derma untuk kerajaan, tetapi satu sen haram pun tak serahkan kepada akaun kerajaan, macam mana mereka boleh kata itu derma untuk kerajaan pula?

    Semuanya dijoli oleh Najib dengan sesuka hatinya dan sebahagian kecil ditabur kepada para pengampu untuk terus menyokong segala kegiatan salah Najib itu. Selebihnya berjumlah USD 650 juta bersamaan lebih kurang RM 2.3 bilion dilarikan ke Singapura pula.

    Sampai sekarang mereka tak dapat jawab mengapakah samada wang itu derma kepada UMNO atau kerajaan, mengapakah wang itu dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan lansung tak diserahkan hatta satu sen pun kepada UMNO atau kerajaan, pasal apa Najib joli sesuka hatinya dan larikan wang itu ke Singapura?

    Hingga kini mereka tak dapat nak beri jawapan, kerana kalau mereka jawab makan akan terdedah perbuatan jahat mereka itu.

    Oleh itu marilah ahli UMNO sekalian dengan diketuai oleh ketua cawangan masing-masing supaya adakan perhimpunan beramai-ramai di hadapan pejabat bahagian masing-masing dan gerakkan rapat umum di hadapan Seri Perdana untuk mendesak Najib supaya letak jawatan atau dipecat dari parti.

    UMNO tak perlukan penghianat seperti Najib ini, kerana nak lepaskan diri pendakwaan jenayah pengubahan wang haram, maka parti pun dia sanggup fitnah, betapa kejinya manusia sebegini.

    Sedaralh semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    Reply
  • November 25, 2015 at 12:09 pm
    Permalink

    Dlm soal displin ahli ni jgn lah dikompromi, tak kira dia madey ka, midin ka, sapie ka….langgar saja…kasi pecat..

    Reply
  • November 25, 2015 at 12:14 pm
    Permalink

    Anak Nogori, disiplin parti kepala otak kamulah, bila Najib, Rahman Dahlan, Tengku Adnan fitnah UMNO kononnya wang RM 2.63 bilion dalam akaun peribadi Najib di AmBank itu wang derma untuk UMNO, sedangkan satu sen pun haram tak diberikan kepada UMNO, apa tindakan lembaga disiplin UMNO, melancap beramai-ramai di tepi jalan sambil menunggu Najib tabur habuan kepada mereka sahajakah?

    Kepimpinan UMNO telah rosak, pemimpin yang baik dan berguna kepada parti dicantas dan diainaya secara zalim, tetapi pemimpin keparat yang sanggup khianati parti, sanggup fitnah parti kerana nak larikan diri dari pendakwaan jenayah pengubahan wang haram melibatkan pemimpin keparat itu sahaja yang dijulang-julang secara membuta tuli selepas diberi habuan, maka mengutiplah para kuncu dan pecacai ibarat ayam dan itik mematuk hampas kelapa yang ditabur ke tanah pula.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    Reply
  • November 25, 2015 at 12:18 pm
    Permalink

    Pemimpin UMNO dan ahli UMNO yang sanggup jadi pecacai belaan Najib menyokong Najib secara membuta tuli hanya kerana ditabur habuan oleh Najib hingga sanggup mengkhianati parti adalah lebih teruk dari pelacur, mereka melacurkan maruah diri kerana habuan yang ditabur oleh pemimpin pengkhianat seperti Najib ini.

    Kepada golongan kepara yang sedemikian, teruskan melacurkan maruah anda semua, anda semua jenis manusia yang sanggup jual maruah diri sanggup membela perkara jahat kerana diberikan habuan duniawi, teruskan jadi pelacur murahan, teruskan jual maruah anda seperti pelacur di tepi longkang.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    Reply
  • November 25, 2015 at 12:22 pm
    Permalink

    Terima kasih najib kerana umno pargi membela penyagak, perompak, pencuri, penipu, pembohong

    Terima kasih najib kerana walaupun ramai melayu dalam umno dibodohkan, dibangsat dan maruah mereka dibeli dengan duit yang dicuri, umno akan jadi bahan sejarah

    Terima kasih……..

    Reply
  • November 25, 2015 at 12:44 pm
    Permalink

    Just asking mykmu writers….why tdm must ngelabah?

    Atau najib akan mengelabah bila ada orang opening najib’s skeleton in the cupboard?

    Reply
  • November 25, 2015 at 12:47 pm
    Permalink

    MYKEMUT …bila nk pecat tsmy.apa tggu lg.

    Reply
  • November 25, 2015 at 3:20 pm
    Permalink

    Pemecatan Hamidah gusarkan Tun ?? laaaaa…bodoh punya artikel, apa kena mengena hamidah dengan Tun, aku rasa Tun pun tak kenal sapa tu Hamidah…cuma hamidah adalah seorang dari berjuta ahli UMNO yang dah meluat kat Najib, that the only thing in common.

    makin hati makin ramai ketua cawangan UMNO yang menentang Najib…ketua bahagian hanya boleh gigit kuku !! Duit derma Najib dah tak cukup nak beli semua orang.

    Reply
  • November 25, 2015 at 5:23 pm
    Permalink

    Abu ya berani tak tun m cerita Mana dia dapat di masul ke dalam akaun pribadi dia sila jawab. Ia.
    Sudah Abu ya atikal kau tahap sampah

    Reply
  • November 25, 2015 at 5:29 pm
    Permalink

    badaruddin sila jawab kenapa bila anwar Anak kesayang tun m menyebabkan ekonomi bumiputera boleh jatuh 18% sila jawab, orang gagal perjuang asal dia orang itu adalah sampah ada faham tak , tun m Dan anwar itu sampah menbiarkan orang melayu miskin Dan funsi uda dulu untuk tolong orang melayu meniaga diubah suai untuk kekayanan kroni cina dia. Itu orang sampah.

    Reply
  • November 25, 2015 at 10:47 pm
    Permalink

    Saya percaya pd Najib. Demi kelansungan parti tindakan drastik diperlukan

    Reply
  • November 25, 2015 at 11:46 pm
    Permalink

    Tajuk posting Mykmu paling lawak.

    Yg gelabah puyuh… Najib.

    Yg nak buat PAU 2015 tertutup… Najib

    Yg takut nak pecat Tun, TSMY, Shafie..Najib

    Yg first time lari menyorok, buat mesyuarat MT kat parlimen…Najib

    Yg first time, ketua2 cawangan Umno tak sokong dan tak percaya sampai buat press con, suruh Presiden dan PM letak jawatan…Najib

    Reply
  • November 26, 2015 at 1:57 am
    Permalink

    Bye Bye Madey kutty. anda makin dilupakan bila pembohongan dan fitnah anda makin disedari rakyat. Percayalah madey, masa anda akan tiba juga.

    Reply
  • November 26, 2015 at 4:33 am
    Permalink

    midah yg pertama . yg lain2 akan menyusul. sabar geng pemberontak & pembangang semua. kita tengok siapa yg kena lepas nanti .

    Reply
  • November 26, 2015 at 5:40 am
    Permalink

    28 tahun saya menyokong UMNO…
    Kini, tidak lagi….90% daripada rakan/kawan saya yg menyokong UMNO telah beralih arah….saya percaya 50% daripada peminat MyKmu@penyokong UMNO juga telah beralih arah….semuanya kerana Najib….anda bila lagi ?
    Terima kasih Najib…

    Reply
  • November 26, 2015 at 7:25 am
    Permalink

    Kahkahkah

    Najib dah takut yg teramat sgt sampai PAU kali ni akan buat tertutup je.

    Tarikh2 mesyuarat dan tempat mesyuarat pun dah bertukar2.

    Press con. lepas event pun dah terhad.

    Dlm TV3 suku,Najib pun tak banyak buat live, cuma keluar statement je, mungkin dia tahu, rakyat dan benci sangat nak dengar suara dan tengok wajah dia. Seperkara dia lupa, lain kali jangan letak nama, letak Presiden Umno dan PM je. Dengar nama pun, ramai rakyat hilang selera makan.

    Reply
  • November 26, 2015 at 2:23 pm
    Permalink

    kesian aku ramainya geng2 mamakutty dsini yg desperate,frustonggeng terutama2 sekali Pak Abu,catur silat politik kalah lagi..hebat sungguh PM,TPM,BN,UMNO.syabas.wow!!!!.hati2 bangsaku

    Reply

Leave a Reply to Meriam Buluh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *