PAU 2015: Bermula Dengan Langkah Yang Janggal

Oleh AB JALIL BACKER

Keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk mengehadkan pendengaran perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 ke dalam Dewan sahaja merupakan satu langkah yang canggung dan kurang bijak.

Adalah tidak masuk akal UMNO yang telah membuka ruang demokrasi pemilihan begitu besar dari 2000 perwakilan kepada 144 ribu orang perwakilan, hari ini mahu mengurangkan liputan perbahasan Perhimpunan.

Sungguhpun keputusan ini memberi kebaikan kepada pembahas untuk membangkitkan isu-isu sensitif tanpa perlu khuatir diputarbelit oleh media, namun ia juga menjadi satu tamparan hebat kepada imej Presiden UMNO , Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Keputusan ini hanya akan menimbulkan persepsi bahawa Presiden UMNO cuba mengurangkan tekanan dalam parti ke atas dirinya. Ini menimbulkan tanggapan bahawa PAU 2015 akan menjadi medan membelasah Presiden sehinggakan ia terpaksa diadakan secara tertutup.

Percayalah dengan mengadakan persidangan secara terhad ini, ia akan mengakibatkan lebih banyak khabar angin, gosip, fitnah dan adu domba muncul berdasarkan mesej, Whatsapp dan rakaman video “separuh jalan”. Media akan tetap mencari sumber berita. Bukankah lebih baik mereka mendapat berita secara langsung berbanding pihak ketiga yang akan menyebabkan lebih banyak manipulasi?

Pada 1998 dan 1999 keadaan lebih panas tetapi ia tidak menghalang penayangan perbahasan di luar dewan bagi membolehkan ahli UMNO dan majoriti rakyat mengikuti perbahasan sekaligus memahami citra politik parti terbesar dan tertua di Malaysia ini.

Memang benar ada usaha untuk menghasut pembahas menyampaikan isu secara biadap dan bertujuan merosakkan imej Presiden sebagai usaha terakhir mendesak beliau meletak jawatan.

Namun itu bukan alasan untuk mengehadkan liputan media kerana saya percaya pada akhirnya, Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mampu menjawab semua persoalan berbangkit sekaligus menunjukkan sikap kepresidenan beliau yang sebenar.

Sepatutnya, jika mahu diadakan secara tertutup, permintaan harus datang daripada perwakilan dan pembahas bukannya dari atas. Barulah nampak kepentingan mengadakan perhimpunan ini secara tertutup kerana perwakilan mahu membincangkan isu sensitif parti dengan serius.

Pada hemat saya, sesiapa sahaja yang mencadangkan cara ini sebenarnya hanya akan menimbulkan lebih banyak syak wasangka dan kemarahan ahli UMNO kepada Presiden.

Saya khuatir, presiden akan dilihat lemah dan akan dijadikan bahan ketawa masyarakat selepas perhimpunan ini.

30 thoughts on “PAU 2015: Bermula Dengan Langkah Yang Janggal

  • November 25, 2015 at 3:11 pm
    Permalink

    Hidup Najib !! errr…errr , next PAU dia akan buat kat rumah dia saja, tak lah banyak pembaziran kan ?? ni yang aku suka sangat kat Najib !! hehehehe…

    alooo…jalil hang nak kena gam ke ?? kunta kinte malam tadi hang jatuh katil ke apa ? hehehehe….

    Reply
  • November 25, 2015 at 3:15 pm
    Permalink

    Inilah yg menunjukkan kematangan Mykmu dlm memberi pandangan yg wajar demi kelangsungan dan kepentingan parti. SYABAS!!!

    Reply
  • November 25, 2015 at 3:27 pm
    Permalink

    kematangan MYKMU ?? hehehehe…

    Reply
  • November 25, 2015 at 3:30 pm
    Permalink

    hehe…duitnye dh matang….

    Reply
  • November 25, 2015 at 3:54 pm
    Permalink

    Setuju dengan saudara Ab. Jalil.

    Reply
  • November 25, 2015 at 4:22 pm
    Permalink

    Adakah Umno memang sudah hilang sokongan oleh ahli sendiri dan rakyat secara keseluruhan ? walau kita tak rasa begitu tapi itulah yang dilihat oleh pihak pembangkang.

    Ini kerana terdapat tentangan ahli secara terbuka. Ada yang dipecat atas sebab itu dan ada ramai dalam senarai KIV bakal dipecat.

    Namun Umno pernah begini dahulu, malah lebih terok dari ini hingga dibatal penubuhan. Ahli dibelah dua jadi A dan B . Umno jadi kuat setelah pulih selepas itu dan kembali demam kini. Namun sukar dianggar, adakah keadaan ini kearah yang lebih sukar atau sedang berada dipuncak paling sukar dan akan kembali pulih selepas ini. Kita lebih cenderung mengambilnya bahawa keadaan ini memang sudah tertulis. Hal yang sudah tertulis tidak boleh diubah kecuali dengan doa. Namun doa juga tidak termakbul lantas keadaan terus kearah jalan yang memang sudah disuratkan untuknya.

    Allah tidak menetapkan destini, namun atas zatNya Dia mengetahui apa bakal berlaku. Disinilah tafsiran qada’ dan qadar perlu kita fahami sedalam2nya supaya pengambilan kita tidak tersasar dalam penghadhaman satu rukun dalam rukun yang 6 ini.

    Kita amat berharap pencerahan dari mana2 saudara/i kita dalam MYKMU tentang rukun ini untuk kita kongsikan. Maka jika ada seorang dua ustaz atau ustazah yang juga suka keportal ini bantulah kami dengan satu pencerahan buat pemahaman kita bersama. Sentuhlah soal rukun sahaja tanpa menyentuh soal politik .

    Reply
  • November 25, 2015 at 4:55 pm
    Permalink

    Masih mengharapkan pencerahan dari Mykmu.net lagi?????

    Semua maklumat depan mata. Najib dgn jelas sembunyikan sesuatu.

    Reply
  • November 25, 2015 at 4:57 pm
    Permalink

    bagus jugak PAU 2015 tidak ditayangkan secara langsung menerusi TV1, TV2, TV3, TV9, NTV7, 8TV, ASTRO AWANI, BERNAMA, TV ALHIJRAH.. penonton boleh terus tengok drama, tak payah nak bagi laluan kepada PAU ni.

    Reply
  • November 25, 2015 at 5:04 pm
    Permalink

    Kepada ahli UMNO sekalian, dengan keadaan kepimpinan UMNO yang diketuai oleh rejim Najib yang sanggup mengkhianati parti, sanggup fitnah parti, malahan merosakkan ekonomi negara, menyusahkan rakyat jelata, maka adalah sangat perlu supaya Najib ditumbangkan segera kerana makin lama Najib berkuasa bersama kuncu-kuncunya makin hancur negara ini dikerjakan oleh mereka itu.

    Dasar petualang negara dan bangsa seperti Najib ini memang tak guna, dasar pengkhianat.

    Saya menyokong penuh gerakan 5000 ketua cawangan yang akan mengadakan perhimpunan mendesak Najib supaya berundur dan menghadapi perbicaraan di mahkamah atas dakwaan kegiatan salah lakunya itu.

    Saya juga berharap ahli-ahli UMNO turut sama dengan ketua-ketua cawangan masing-masing, dengan 5,000 cawangan, setiap cawangan hantar 10 orang pun cukuplah menjadikan 50,000 ahli UMNO yang aktif mendesak Najib, jika Najib masih ingkar tidak mahu mendengar keluhan akar umbi, gerakkan lebih banyak cawangan dan kumpul sekurang-kurangnya 50 orang ahli UMNO setiap cawangan, buat perhimpunan raksasa 500,000 ahli UMNO yang bersatu dan bersetia menyelamatkan parti dari pertualangan jahat Najib dan kuncu-kuncunya itu.

    Kini hanya ahli-ahli UMNO mampu untuk mendesak Najib supaya dia berundur, dan jika dia berundur pun, jangan bagi muka kepadanya, petualang seperti Najib perlu dihukum, Najib perlu diheret ke mahkamah dan dihukum atas segala kepertualangan yang dia buat selama ini.

    Wujudkan gerakan rakyat secara besar-besaran, jika Ferdinand Marcos yang begitu diktator di Filipina pun dapat ditumbangkan dengan gabungan gerakan rakyat, maka kita di Malaysia pun perlu bertindak perkara yang sama, kerana perangai Najib dengan perangai Marcos tu sama, tamak kuasa, merompak harta negara, melingkupkan negara dengan polisi jahanam yang menguntungkan Najib tapi menjahanamkan negara.

    Perjuangan perlu diteruskan untuk menyelamatkan Malaysia, Barisan Nasional, dan UMNO demi kepentingan agama, bangsa, dan tanah air tercinta ini.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    Reply
  • November 25, 2015 at 5:07 pm
    Permalink

    Makin lama makin terserlah dah gaya kepimpinan lemah PM najib .. malu la bila dah berdegar2 kata sy pahlawan .. saya paling telus .. la la jadi camni ..

    Reply
  • November 25, 2015 at 5:13 pm
    Permalink

    Lupa cakap,
    Abu ya Ini. a ba ta pada ingat aku masih kecih. a ba ta pak haji mata buta ingat tercium Anak dara rupanya tercium botot kuda rupa Abu golangan peliwat rupa nya he.he.he.he

    Reply
  • November 25, 2015 at 5:16 pm
    Permalink

    Tindakan Najib untuk menghalang Tan Sri Muhyiddin dari berucap dalam perhimpunan agung UMNO adalah kerana Najib takut ahli-ahli UMNO akan bangkit menentang kezaliman Najib selama ini.

    Walaupun Tan Sri Muhyiddin dihalang berucap dalam perasmian pergerakan pemuda, wanita dan puteri kelak, akan tetapi kebangkitan ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi yang menjadi perwakilan sudah tidak dapat dibendung, apakah Najib mampu nak gunakan wang untuk beli semua perwakilan supaya menyokong dirinya? Berapa ringgit yang Najib nak beri seringgit, dua ringgit, tiga ringgit?

    Kini ahli-ahli UMNO semakin sedar bahawa jika Barisan Nasional kalah dalam PRU 14 kelak, maka mereka akan kerugian macam-macam perkara, selama ini kerana Barisan Nasional berkuasa, maka banyak manfaat yang diperolehi oleh ahli-ahli UMNO dan ahli parti komponen lain dalam Barisan Nasional.

    Oleh itu gerakan massa melibatkan 50,000 atau lebih elok lagi 500,000 orang perlu digerakkan untuk menyingkirkan Najib dan menghentikan segala kezaliman serta perbuatan khianat dia terhadap parti, negara, dan rakyat selama ini.

    Ahli-ahli UMNO sudah tidak boleh tunggu lagi, kini lebih kurang 2 tahun lebih sahaja lagi untuk PRU 14, jika UMNO tidak diselamatkan sekarang, kelak dalam menghadapi PRU 14, Barisan Nasional akan tersungkur, di masa itu ketua-ketua cawangan, ahli-ahli UMNO yang mendapat manfaat semasa UMNO berkuasa akan kehilang segala keistimewaan itu.

    Apakah rela dibayar oleh Najib dengan dua tiga ringgit untuk menyokong segala perbuatan buruk Najib itu sedangkan ahli-ahli UMNO akan kerugian berjuta kali ganda lagi apabila Barisan Nasional kalah dalam PRU 14 kelak.

    Oleh itu, sila buat bertindak segera, teruskan desakan, adakan perhimpunan beramai-ramai, tak perlu kumpul di semua tempat, adakan di setiap negeri, di satu negeri kalau kumpulkan 10,000 orang pun cukuplah, maka ada 13 negeri dan wilayah persekutuan, maka akan jadi 140,000 orang, kalau gerakan ini berterusan, Najib tidak akan dapat untuk mengelakkan diri lagi, samada dia letak jawatan dan berhadapan dengan tindakan mahkamah melibatkan jenayah yang dia buat selama ini atau pun pihak berkuasa mengambil tindakan untuk menangkap Najib untuk mengelakkan protes yang lebih besar hingga menyusahkan pihak berkuasa pula.

    Teruskan perjuangan, tumbangkan Najib dan kuncu-kuncu, selamatkan UMNO, selamatkan Barisan Nasional, selamatkan Malaysia demi agama, bangsa, dan tanah air.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    Reply
  • November 25, 2015 at 5:19 pm
    Permalink

    Keputusan Majlis Tertinggi UMNO, bukan keputusan najib jangan malu ia Abu ya. Lupa tun m penah ada mesyuarat tertinggi tetup untuk memecat anwar kesayangan dia sebab tak dengan cakap

    a ba ta pak haji mata buta ingat tercium Anak dara rupanya tercium botot kuda, rupa, Abu ya golangan peliwat rupa nya he.he.he.he

    Reply
  • November 25, 2015 at 5:31 pm
    Permalink

    Keputusan Majlis Tertinggi UMNO konon, itu pun selepas Najib tabur dedak kepada para MKT keparat dasar pengkhianat itu, maka mereka pun menyokonglah dengan riang tanpa mempedulikan pengkhianat mereka terhadap parti.

    Tun Dr. Mahathir tak pernah buat mesyuarat tergesa-gesa dan tunggu Anwar pergi ke luar negara terlebih dahulu, Tun Dr. Mahathir beri peluang kepada Anwar untuk memberi keterangan dalam perjumpaan.

    Malahan kes Anwar itu melibatkan kes jenayah, sedangkan Dato’ Hamidah dipecat dari UMNO bukan sebab beliau buat jenayah berdasarkan undang-undang negara, hanya kerana beliau bersama-sama dalam program melibatkan Tun Dr. Mahathir, itu jenayah ke? Dalam akta apa? Akta Najib Zahid Raof Yusoh dan Tengku Adnan?

    Dato’ Hamidah tidak buat pun program dengan pihak pembangkang, tetapi program bersama negarawan ulung Malaysia yang ahli UMNO dan merupakan Presiden UMNO selama 22 tahun, jadi apahal nak pecat Dato’ Hamidah pula?

    Malahan pasal apa bila Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie ada di Malaysia, Najib takut nak buat mesyuarat MKT itu? Pasal apa pada mulanya kata tangguh pada 27 November 2015, tetapi kemudiannya bila Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie ada urusan di luar negara sehingga 25 November maka Najib percepatkan MKT kepada 24 November pula?

    Sebabnya Najib pengecut nak berhadapan dengan Tan Sri Muhyddin dan Datuk Seri Shafie dalam mesyuarat MKT, itu jawapannya.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    Reply
  • November 25, 2015 at 5:32 pm
    Permalink

    Siapa kata mahyuddin di halang berucap, dia cakap tak akan rasmikan myusarat agong umno itu ..itu abuya cakap macam keling

    Reply
  • November 25, 2015 at 5:38 pm
    Permalink

    Tan Sri Muhyiddin adan Datuk Seri Shafie Apdal dipecat dari jawatan di dalam jemaah kabinet kerana bertanyakan isu 1MDB serta isu RM 2.63 bilion dalam akaun Najib, tak ada pun apa-apa jenayah yang dibuat oleh Datuk Seri Shafie Apdal atau Tan Sri Muhyiddin, mengapakah mereka dipecat dari jawatan di dalam jemaah kabinet pula?

    Pasal apa Najib tak terangkan kepada rakyat Malaysia, pasal RM 2.63 bilon itu, derma untuk UMNO atau derma untuk kerajaan? Bukan apa sekejap derma untuk UMNO, lepas tu bertukar derma untuk kerajaan pula, mana satu yang betul?

    Ahli-ahli UMNO sekalian, apakah perlu lagi menyokong diktator zalim seperti Najib ini? Kerana nak larikan diri dari jenayah pengubahan wang haram, maka Najib sanggup khianati parti, sanggup fitnah parti.

    Oleh itu, tindakan tegas perlu dilakukan oleh ahli UMNO semua, buatlah perubahan demi kelangsungan UMNO dan Barisan Nasional.

    Sedarlah bahawa kepentingan UMNO dan 3 juta ahli UMNO lebih penting dari nafsu serakah Najib dan beberpa orang kuncunya itu. Apakah perlu mengorbankan kepentingan sebuah parti yang merupakan wadah perjuangan bangsa bumiputera dan mengorbankan kepentingan 3 juta ahli UMNO serta mengorbankan 30 juta rakyat Malaysia kerana nak menjulang segala pengkhianat Najib terhadap parti dan negara ini?

    Buat perhimpunan besar-besaran, apa yang penting kini Najib perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan UMNO, Barisan Nasional dan Malaysia demi agama, bangsa, dan tanah air.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    Reply
  • November 25, 2015 at 5:43 pm
    Permalink

    Bodoh betul System Baru ni, bila Tan Sri Muhyiddin dihalang untuk merasmikan sayap-sayap pergerakan UMNO, maka dia dihalanglah untuk berucap dalam perhimpunan sayap-sayap UMNO itu, apa punya bengaplah si System Baru ni, itu pun tak boleh nak fikir ke?

    Malahan pasal apa pada tahun ini bermacam sekatan dibuat, pemerhati asing sudah disekat untuk hadir, kemudian petugas media pun disekat, tak cukup dengan itu selama ini ada siaran langsung ucapan dari para perwakilan, tapi tahun ini semua itu disekat,pasal apa?

    Jawapannya adalah Najib dan kuncu-kuncu takut dengan bayang-bayang mereka sendiri, mereka takut dan gelabah tak tentu hala bila para perwakilan mengkritik Najib di pentas persidangan.

    Malahan diharap para perwakilan akan ‘boo’ Najib bila dia beri ucapan kelak, inilah cara untuk mengajar pemimpin keparat, dasar pengkhianat parti, sanggup fitnah parti untuk larikan diri dari jenayah pengubahan wang haram.

    Teruskan perjuangan wahai ahli UMNO sekalian, selamatkan UMNO, selamatkan Barisan Nasional, selamatkan Malaysia, demi agama, bangsa, dan tanah air.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    Reply
  • November 25, 2015 at 5:53 pm
    Permalink

    Masa Perhimpuan Agung UMNO kelak, buatlah slot khas jemput Guinness World Book Of Record dan The Malaysia Book of Record untuk mengumumkan peneriam sumbangan secara individu terbanyak dalam sejarah dunia kepada Najib, setakat ini tak pernah lagilah ada orang terima sumbangan secara individu sebanyak USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion, Obama dan Mitt Romney sendiri pun masa kempen pemilihan Presiden Amerika sebelum ini pun terima sumbangan USD 775 juta, kalau bahagi sama banyak kepada mereka pun, setiap seorang terima sumbangan sebanyak UD 387.5 sahajalah, itu pun dari bermacam-macam penderma, tetapi Najib terima sumbangan dari satu pihak penderma sebanyak USD 700 juta, suatu rekod dunia, Raof Yusoh, Tengku Adnan, Zahid, Salleh Keruak, Ahmad Maslan, Rahman Dahlan, Shahrir bolehlah tayang muka tangkap gambar dengan Najib yang dinobatkan sebagai penerima derma dalam jumlah yang terbanyak di dunia, USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion, Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, boleh tayang sepanjang tahun berita tersebut.

    Sedarlah semua.

    Slaam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    Reply
  • November 25, 2015 at 6:24 pm
    Permalink

    Kita semua kena ingat. Ini cubaan terakhir geng anti-Najib, anti-Umno, pro-Madey untuk singkirkan Najib. Kalau masa Pau ni tak berjaya maknanya Najib akan kekal.

    Reply
  • November 25, 2015 at 8:32 pm
    Permalink

    Janggal with latest news…….kevin morais was killed because he was involved in drafting charge sheets for the president and his spouse. There is a pen drive that contained the damning evidence…janggal janggal

    Reply
  • November 25, 2015 at 9:48 pm
    Permalink

    Haha. Sekor lagi macai bodoh percaya dengan dakwaan charge shit. Desperate betul nak kenakan Najib sampai semua benda dicuba untuk kaitkan Najib. Habis apa cerita India yang kena tangkap tu? Kevin Morais kena simen? Cuba tanya orang yang simen tu. Mana tau pernah jadi body guard Najib haha.

    Reply
  • November 25, 2015 at 10:43 pm
    Permalink

    Najib x nk sbb 2,3 ekor perwakilan isu akan diputar belitkan. Skrg masih tempoh kritikal, dlm setahun percayalah kedudukan Najib akan sgt kukuh dan TSMY bknlah ancaman lg pd beliau…

    Reply
  • November 25, 2015 at 10:54 pm
    Permalink

    harap abu bakar pergilah ke kelab chedet untuk memaparkan tulisan saudara, kasihan pula saya melihat saudara …

    Reply
  • November 25, 2015 at 11:46 pm
    Permalink

    Memula ok gaklah baca pendapat en Burn ni..baca bawah2, keluar lagi statement lama..

    p/s:sebenarnya pendrive tu kandungannya En Burn yang tulis he3

    Reply
  • November 26, 2015 at 1:52 am
    Permalink

    Abu Bakar.. jaga anak sendiri la..

    Reply
  • November 26, 2015 at 4:01 am
    Permalink

    semak mata komen panjang2. kemaruk sangat nk menulis , buat novel.

    Reply
  • November 26, 2015 at 6:42 am
    Permalink

    oi baru bakaq kau ni dah gila ke? ke ada penyakit otak tak lawas, taip panjang2 . kalau nak berkarya sangat kirimlah kat harakah dan sinar harian…

    Reply
  • November 26, 2015 at 8:38 am
    Permalink

    Alhamdulillah.

    Abd. Jalil….

    Yg diketahui adalah sebahagian KW Najib juga dah mula bersuara dan melihat kebenaran.

    Memang Terok….

    Nampaknya dah kuat berhujah dgn agama, syukurlah MUNGKIN dah nampak jalan yg sebenar.

    System Baru….

    walaupun dia tahu banyak salahlaku Najib tapi mungkin sebab pangkat dlm KW terlampau tinggi dan banyak masyuk, kenalah tonyoh kasi bersih najis2 yg dibuat Najib. Jangan lupa pakai Dettol atau anti bakteria lain, khususnya kena check tahap kesihatan jantung.

    Apa2 pun selamat menjalankan tugas kpd KW2 Najib.

    Reply
  • November 26, 2015 at 12:24 pm
    Permalink

    System Baru dan seangkatan dengannya termasuk mykmu writers are proven beyond reasonable doubts bangsated. To me they no longer have maruah. When they shouted working for the malays, muslims abd the country, just laughed out loud.

    They will eat shit because it smells RM. They lick balls because thry get contracts…..etc etc

    Abu Bakar and sdra jalil….keep up our hopes of getting umno back to the right path.

    Pasal kes kevin morais…..tunggu kita lihat. Pasal altantuya, masa menentukan. Pasal death of founder of ambank…..in the pipeline….

    Reply
  • November 26, 2015 at 12:30 pm
    Permalink

    hehehehe..bebudak BR1M, tak ada debate yang menyakinkan, main serbu tak pakai helmet, kekadang aku tengok kelakar pun ada, kekadang sedih pun ada…terpaksa lah turunkan tahap pemikiran ke level bebudak BR1M ni, untuk buat hiburan acah-acah depa ni…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *