Kerja Umat Islam Zaman Facebook ialah Sebar Fitnah

IMG-20151124-WA0140Penulis rasa, tidak payah rasanya penulis bersyarah panjang tentang dosa fitnah. Rasanya semua umat Islam tahu tentang hukum fitnah yang tergolong dalam tujuh dosa besar dan bahayanya lebih buruk dari membunuh. Semua orang tahu.

Tapi, sembang kuat tentang Islam pun tidak guna juga jika kita tetap melakukan fitnah dan bersubahat menyebarkan fitnah, bukan? Tahu hukum, tahu firman Allah dari ayat mana dan surah yang mana yang menyebut tentang fitnah, tapi ada di antara kita yang masih tegar memfitnah.

Baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) telah menjadi mangsa fitnah pihak tertentu. Tidak tahulah siapa yang memulakan fitnah terhadap beliau, tapi ia sudah tersebar secara meluas.

Fitnah itu menyatakan kononnya Ku Nan mahu menghapuskan gelandangan dengan tidak memberi makanan pada golongan kurang bernasib baik itu.

Malah fitnah itu mengatakan Ku Nan ada menyebut untuk bertindak memfailkan saman terhadap mereka yang memberi makanan kepada golongan gelandangan dan ‘mengangkut’ semua gelandangan.

macai fitnah Ku Nan

 

Benarkah Ku Nan ada menyebut sebagaimana yang didakwa? Ku Nan dalam satu kenyataannya menegaskan bahawa beliau tidak pernah berkata sedemikian. Mungkin sudah terbiasa dengan menjadi mangsa fitnah, Ku Nan hanya menanti di saat perhitungan di depan Allah di akhirat nanti…

Sekiranya dirujuk pada kenyataan sebenar Ku Nan, ia tidaklah bermaksud cuba bertindak kejam sebegitu. Beliau hanya menetapkan kawasan yang sesuai untuk bersedekah dan memberikan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar ibu kota. Beliau pun tahu tentang hukum bersedekah…

Sebelum ini, ibu kota Kuala Lumpur itu pernah dicap sebagai ‘bandaraya tikus’ oleh para pelancong dan pengkritik antarabangsa. Sebagai sebuah bandaraya tarikan dunia, sudah tentulah menjadi tugas Ku Nan untuk memastikan ia bukan ‘bandaraya tikus’ sebagaimana yang dikatakan warga asing itu.

Kerana itulah maka beliau menetapkan kepada NGO yang menghulurkan makanan kepada golongan gelandangan untuk berpindah ke lokasi yang lebih sesuai untuk meneruskan niat murni mereka. Bukannya beliau menghentikan atau melarang sebarang sumbangan dari mana-mana NGO sebagaimana yang diperkatakan pun.

Penulis hairan. Kerajaan menerusi usaha Ku Nan sebelum ini membuktikan betapa Menteri Wilayah itu sanggup bersusah payah menjaga kebajikan golongan gelandangan. Pusat Khidmat sementara.

Pusat Khidmat sementara itu dikendalikan DBKL dan dibina atas tanah kerajaan. Terdapat ruang pengagihan makanan, tandas, bilik air, ruang solat dan bilik-bilik yang lebih selesa untuk golongan tersebut.

pusat khidmat g

Penulis melihat, dengan wujudnya Pusat Khidmat itu, maka ia bakal memberi kemudahan dari sudut kebajikan yang lebih teratur dan menyeluruh di mana pihak berkuasa serta NGO dapat menjalin kerjasama yang lebih baik untuk membantu gelandangan sekaligus menjaga kepentingan bandar raya.

Malah, masalah gelandangan ini bukan saja mendapat perhatian Ku Nan, malah beliau turut membawa isu ini kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan kedua-dua pemimpin negara itu turun padang menyelami kehidupan golongan tersebut.

Turun padang pun bukan turun ‘kosong’. Dibawa bersama sumbangan dan oleh-oleh buat para gelandangan di sekitar ibu kota tersebut. Ramai yang rasa lega dengan sikap mesra kerajaan itu termasuk NGO-NGO yang selama ini sering menjaga kebajikan gelandangan.

Jadi, adalah tidak logik pula jika Ku Nan mengarahkan supaya dihapuskan golongan gelandangan, apatah lagi bertindak menyaman mana-mana pihak yang menghulurkan bantuan kepada golongan itu.

Beliau sebelum ini sanggup bersusah payah mencari kerja yang sesuai untuk golongan gelandangan untuk mencari rezeki di celah-celah kota metropolitan itu. Cuba mengubah cara hidup dan memperbaiki status mereka ke arah menikmati kehidupan yang lebih baik. Tapi fitnah pula yang beliau peroleh sebagai balasan?

Tidak dinafikan mungkin ada segelintir NGO yang diresapi sentimen politik pembangkang yang cuba memutar belitkan kenyataan Ku Nan itu. Namun jika bagi NGO yang ikhas membantu, jangankan radius 2 km dari lokasi biasa, malah 4 km dari lokasi tumpuan pun mereka akan tetap menghulurkan tangan membantu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam mengubah nasib golongan gelandangan di ibu negara itu.

Hapus gelandangan macam mana kalau beliau sendiri yang bina Pusat Khidmat Sementara untuk gelandangan?

Peliknya, masih ada lagi yang percaya dengan fitnah itu. Mungkin kurang menggunakan akal yang dikurniakan Allah, mereka percaya pada fitnah itu bulat-bulat. Cuba lihat berapa ramai yang komen, like dan berapa ramai yang sudah ‘share’ status fitnah tersebut.

Cuba bayangkan pula betapa besarnya impaknya dari fitnah tersebut. Berapa ribu orang yang terlibat menyebarkan fitnah dan berapa ramai pula yang akan ‘terpercaya’ dengan fitnah berkenaan. Hukum-hakam dan firman Allah bagaikan ‘pameran’ saja bagi mereka, kan?

Justeru itu penulis menyarankan kepada semua pengguna laman sosial di seluruh negara supaya menggunakan akal fikiran yang rasional, waras dan bertindak memeriksa terlebih dahulu tentang kebenaran sesuatu yang tersebar di laman-laman sosial.

Mungkin benar ia viral seperti yang berlaku terhadap Ku Nan, namun ia tidak semestinya tepat dan benar. Sebelum sebarkan sesuatu, fikir semasak-masaknya. Jika tidak didakwa di dunia, kita tidak mungkin akan terlepas dari dosa tersebut di akhirat kelak, bukan?

Itupun jika kita percaya dan beriman pada hari akhiratlah. Jika tidak percaya pada hari pembalasan, maka ikut sukalah hendak buat apa pun, kan? Jangan sampai SKMM atau PDRM terpacak berdiri depan pintu rumah sudah…

2 thoughts on “Kerja Umat Islam Zaman Facebook ialah Sebar Fitnah

  • November 24, 2015 at 9:39 pm
    Permalink

    Tak faham apa yang mereka ni suka sangat spin cakap menteri, lepas tu buat fitnah , dah bosan dengan pahala ke ?

    Reply
  • November 25, 2015 at 2:57 am
    Permalink

    Abu Bakar ada komen. Anda kan pakar benda2 begini…mesti ramai yg akan beratur mencari Najib dan Rosmah di padang Mahsyar atas fitnah melampau yg dilemparkan pd mereka. Kagum dgn kesabaran dan ketabahan Najib dan Rosmah menghadapi fitnah yg melanda.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *