Gobind Singh Perlu Desak Tony Pua Letak Jawatan Bukannya Hasan Arifin

Mengapa Ahli Parlimen DAP Gobind Singh tidak pernah mendesak Tony Pua meletakkan jawatan dari  Jawatankuasa  Kira-Kira Wang Negara (PAC) apabila beliau dilaporkan turut terlibat dalam komplot jual beli dokumen yang dicuri oleh Justo dari PetroSaudi.

Berlainan pula tindakan beliau terhadap ahli Parlimen Barisan Nasional. Gobind Singh tanpa berlengah-lengah lagi menuntut peletakan jawatan Pengerusi PAC, hanya kerana Datuk Hasan Arifin  mengeluarkan kenyataan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak semestinya akan dipanggil memberi keterangan dalam siasatan  1Malaysia Development Bhd (1MDB).

hasan arifin tony gobind

Untuk makluman, pembongkaran rakaman perbualan melalui aplikasi WhatsApp membuktikan bahawa Pua memang terlibat secara langsung dalam usaha memutarbelit dokumen yang telah dicuri oleh Xavier Justo dari Petro Saudi International itu.

Pada 22 Julai lalu, Tony Pua menafikan beliau mengenali atau pernah mendengar nama Justo sehingga dia tertangkap di Bangkok melalui laman portal pro pembangkang The Malaysian Insider.

Namun pada 8 September lalu , apabila dokumen pengakuan Justo dan semua rakaman perbualan WhatsApp Justo terbongkar, Pua  akhirnya terpaksa mengaku bahawa dia terlibat memperkenalkan broker Justo iaitu Clare Rewcastle-Brown kepada editor The Edge iaitu pihak yang dikatakan membeli dokumen curi Justo.

Dokumen ini berkemungkinan besar boleh digunakan oleh Pua dan pembangkang untuk memutar belitkan fakta tentang 1MDB sekaligus menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan BN.

Oleh itu, ini merupakan alasan yang cukup kukuh untuk mendesak Tony Pua meletakkan jawatan dari PAC yang sedang terlibat dengan siasatan terhadap 1MDB. Beliau dilihat menyalahgunakan kedudukan beliau untuk menipu rakyat dalam siri ceramah yang kononnya ‘membongkar 1MDB’.

Dalam usaha Gobind Singh menjustifikasikan desakan perletakan jawatan Hasan Arifin pula, beliau seboleh-bolehnya mengaitkan kenyataan Hasan kepada pemberita berhubung perkara itu adalah “memalukan” dan menunjukkan beliau tidak bebas untuk terus menjadi pengerusi panel ahli Parlimen yang dianggotai kedua-dua bahagian politik itu.

Bagaimana pula dengan Tony Pua? Selain daripada pembongkaran bukti-bukti whatsapp dari Justo yang mengaitkan Tony Pua dengan pembelian dokumen curi dan tindakan mengubahsuai dokumen tersebut, Tony Pua juga dilihat begitu agresif menabur fitnah terhadap 1MDB dalam siri ceramah beliau dan juga kenyataan-kenyataan dalam portal pro pembangkang.

Gobind hanya berminat kepada gurauan dari Hasan Arifin, dengan terus mendakwa  cubaan Hasan meremehkan isu sama ada Najib akan dipanggil memberi keterangan mengenai 1MDB, mengatakan beliau hanya “nak cari makan”sebagai mencemarkan kredibiliti beliau dan menjadikan Hasan tidak bebas dalam siasatan panel  terhadap 1MDB. Dengan itu Hasan Arifin tidak layak sebagai pengerusi PAC.

Gurauan  Hasan  “Janganlah, saya pun nak cari makan juga.” ditafsir oleh Gobind Singh sebagai jauh lebih teruk dari penglibatan Tony Pua dalam pembelian dokumen curi Justo.

Sebenarnya kita tahu bahawa pembangkang sentiasa berat sebelah setiap kali melibatkan mereka. Apa sahaja yang pembangkang lakukan tetap dianggap betul, begitulah sebaliknya. Walaubagaimanapun kebenaran tetap akan dapat mengalahkan kebathilan. Kita tunggu keputusan PAC bulan Disember ini.

5 thoughts on “Gobind Singh Perlu Desak Tony Pua Letak Jawatan Bukannya Hasan Arifin

  • November 18, 2015 at 10:51 pm
    Permalink

    Poyo betul Singh ni…bajet bagus sgt.

    Reply
  • November 19, 2015 at 8:55 am
    Permalink

    Singh ni dengan sengaja dan dengan sedar cuba mengaibkan kaum Melayu & Islam secara amnya dengan bersikap sgt2 tdk adil.

    Apapun kita kena tepuklah dada tanya iman.. angkara mrkkah, mrk jd begini atau kita dan bangsa kita sendiri yg mengundang segala isu2 sebegini??

    Tak rugi mengaku silap dan betulkannya.

    Reply
  • November 19, 2015 at 10:11 am
    Permalink

    Ini tanah melayu sukahati la nak buat apa, klu tak setuju kamu semua imigran cina & singh boleh berhijrah ke tempat asal kamu…

    Reply
  • November 19, 2015 at 2:36 pm
    Permalink

    Dapigs selamanya memperbodhkan rakyat, yang percaya pada mereka ini dah memang hati kelam hitam dan tidak menerima apa jua hidayah kembali kepangkal jalan.

    Reply
  • November 19, 2015 at 6:10 pm
    Permalink

    Ini hal biasa..pembangkang tau kalau mereka mewar2kan Najib mensodomi lelaki pun tetap ramai yang percaya walaupun Najib xngaku sambil angkat sumpah dan walaupun Najib sanggup menyerahkan DNAnya utk diuji secara saintifik.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *