YPEIM: DAP Okestra Serangan Ke Atas Institusi Islam?

Share


yapiemSerangan ke atas Yayasan Pembangunan Ekomomi Islam Malaysia (YaPIEM) dirancang oleh mereka yang menjadi alat kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP), untuk memenuhi agenda parti tersebut meruntuhkan institusi-institusi Islam di negara ini.

Selepas Kumpulan 25 (G25) yang berfahaman “Islam Liberal” menyerang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) minggu lalu, kini giliran Yapiem menerima serangan tersebut melalui National Oversight and Whistleblowers (NOW) atau dalam bahasa Melayu, Badan Pemantauan dan Penyalur Maklumat Negara.

Serangan ke atas Yapiem mendakwa ia sepatutnya menjadi badan kebajikan untuk umat Islam telah membayar gaji dan elaun berpuluh ribu kepada ahli politik dan keluarga mereka, merupakan satu taktik jahat ala komunis untuk meruntuhkan institusi-institusi agama.

Pertama, perlu kita tahu bahawa Yapeim merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 yang berorentasikan ekonomi dan kebajikan. Sejak ditubuhkan pada 13 Oktober 1976, YaPEIM memfokuskan kepada usaha untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan melalui pendekatan membangunkan ekonomi Islam dengan melibatkan diri dalam sektor perniagaan.

Dengan kata lain, Yapiem perlu berniaga dan mewujudkan peluang ekonomi untuk membantu orang Islam lain. Yapiem tidak menutip zakat atau sekadar badan kebajikan berorientasikan sumbangan dan geran. Justeru keputusan pembayaran gaji, elaun, bonus dan perlantikan adalah keputusan berasaskan perniagaan.

Salah satu program pembangunan ekonomi Islam yang paling berjaya ialah program Ar Rahnu YaPEIM yang kini telah dilaksanakan melalui 202 buah cawangan di seluruh negara.

YaPEIM merupakan pelopor dan peneraju dunia dalam memperkenalkan instrumen Ar-Rahnu sejak 1993. Setiap tahun sejak 1993, program Ar-Rahnu terbukti telah menjana keuntungan yang memberansangkan. Tahun ini sahaja, YaPEIM berjaya menjana pendapatan mencecah RM83juta. Keuntungan ini telah meningkat sebanyak RM11juta berbanding RM72juta tahun 2014.

Pada hari ini, Rezab Pendapatan YaPEIM terus bertambah dengan Aset Bersih sebanyak RM138juta pada tahun 2014 dan dijangka bertambah menjadi RM160juta sehingga Disember tahun 2015. Jumlah Aset keseluruhan YaPIEM berjumlah RM1.034 bilion.

Melalui program Ar-Rahnu dan pelbagai sektor perniagaan berkaitan, YaPEIM berjaya menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada bantuan (geran) kerajaan dalam pengurusan dan operasinya.

Malah keuntungan yang dijana melalui aktiviti pembangunan ekonomi, jugalah yang digunakan untuk menjayakan pelbagai program kebajikan YaPEIM seperti Skim Kecemerlangan Pelajar (miskin) Nasional – SANTUN (melibatkan 5,200 orang pelajar miskin dan anak yatim yang cemerlang), Program Sinar Kasih dan Skim Khairat Nasional (dengan kumpulan sasar 200 ribu keluarga yang berdaftar di bawah e-Kasih), Program Pembangunan Komuniti dan Program Pembangunan Keusahawanan (mencecah 120,000 orang pada penghujung tahun 2015).

Orang Islam Cepat Melenting

Kedua, tujuan Yapiem mengadakan program sumbangan termasuk melalui Skim Potongan Gaji Bulanan ialah untuk memberi peluang kepada masyarakat Islam di negara ini turut membuat kebajikan dan mendapat pahala melalui skim-skim yang sumbangan yang diperkenalkan bukannya kerana Yapiem tiada wang.

Hakikatnya, Yapiem sebagai pengusaha pajak gadai Islam terbesar di negara ini merupakan ancaman kepada sistem konvensional dan anda sendiri pasti tahu siapa yang terancam dengan perkembangan ini.

Umat Islam di negara ini merupakan kumpulan manusia yang cepat melenting dan mudah percaya fitnah biar pun Allah beberapa kali berfirman dalam al-Quran mengingatkan dosa fitnah dan bercakap keburukan orang lain.

Hanya kerana membuat potongan gaji RM 20 sebulan untuk Yapiem mereka beranggapan sudah berhak mengherdik dan memaki pengurusan Yapiem tanpa membuat penyelidikan dahulu.

Ketiga, sungguhpun perlantikan Lembaga Pengarah Yapiem dibuat oleh kerajaan, namun mereka beroperasi seperti organisasi perniagaan dan kebajikan biasa yang membuat keputusan berasaskan perniagaan.

Yapiem ialah yayasan berasaskan perniagaan dan kebajikan. Ia bukan pengurus dana kerajaan untuk kebajikan. Pembayaran elaun dan program Yapiem dibuat secara bebas berasaskan keuntungan perniagaan mereka.

Apa salah jika anak seorang Timbalan Presiden atau Timbalan Pengerusi Yapiem juga turut bekerja di Yapiem jika beliau membantu mengembangkan perniagaan Yapiem? Lainlah jika beliau tiada kelayakan atau mendapat kontrak secara tidak betul.

Sumbangan orang ramai pada Yapiem hanya digunakan untuk program bantuan kebajikan. Pengurusan dan pentadbiran diuruskan menggunakan hasil perniagaan mereka.

Adakah kita mengharap sebuah Yayasan yang mempunyai perniagaan yang bernilai ratusan juta ringgit membayar elaun seperti seorang pengurus pasaraya?

Rafizi sendiri yang hanya beberapa tahun bekerja dengan Petronas sudah mempunyai wang jutaan ringgit dan sekarang hidup melebihi gaji beliau sebagai Ahli Parlimen.

Serangan terbuka ke atas institusi Islam membabitkan tuduhan salah guna wang dan ke arah korupsi bertujuan memalukan institusi Islam yang banyak membantu umat Islam ini.

Jika benar mereka percaya ada kesalahan berlaku, buatlah laporan kepada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukannya membuat sidang akhbar berunsur pertanyaan supaya mereka bebas memburukkan orang tetapi terlepas dari tindakan undang-undang.

Tunggu, anda akan lihat banyak lagi serangan ke atas institusi Islam yang kemungkinan besar dirancang oleh DAP.

Orang Islam hari ini lebih percaya DAP dari perintah Allah dalam al-Quran. Mereka bergaduh soal tuduhan rasuah sampai sanggup merosakkan agama sedangkan Allah sendiri mengingatkan jangan membuat tuduhan tanpa sebarang bukti jelas.

Mereka seolah-olah sudah tidak percaya bahawa Allah akan menghukum mana-mana pemimpin yang merompak harta rakyat. Umat Islam di negara ini pada hari ini sudah menjadi pendakwa, hakim dan juri sekaligus. Betulkah mereka memahami ajaran Islam? -MYKMU.NET



10 thoughts on “YPEIM: DAP Okestra Serangan Ke Atas Institusi Islam?

  • November 13, 2015 at 5:30 pm
    Permalink

    Bersatulah umat Islam menghadapi fitnah dajjal

    Reply
  • November 13, 2015 at 7:55 pm
    Permalink

    Kita tak pasti samada ini fitnah atau sebaliknya, namun jika ini benar maka JAKIM harus perhalusi semula perlantikkan2 yg membabitkan dan yg boleh menimbulkan fitnah dan sebagainya. Isu utama bukan krn wang imbuhan atau apa, tp organisasi sebgitu haruslah tdk dimonopoli oleh mana2 keluarga bagi mengelakkan kekhilafan dan menolak sangka buruk berlaku. Jika ini tdk berlaku maka isu ini pasti tidak timbul. Penstrukturan itu perlu jika keadaan sebegini bwrlaku walaupun mrk2 ini adalah org yg berkaliber dlm menjayakan misi n visi sesebuah orgamisasi kecuali sykt kepunyaan sendiri.
    wallahu aklam.

    Reply
  • November 13, 2015 at 9:04 pm
    Permalink

    Hati-hati tuan Menteri

    Jangan ikut jejak Sharizat. Mula2 bertempik dan nafikan, akhirnya terjerat bila pihak lawan keluar bukti slow2 satu persatu. Make sure semua invois, claim dan aset dan surat perlantikan sempurna dan boleh jawab.

    Kes 1MDB payah nak lekat sebab berbelit dengan terma kewangan dan bon yang orang kampong payah nak faham.

    Kes lembu dalam kondo dan kes ini amat mudah untuk dipropaganda oleh pihak lawan.

    Tak payah warning terus saman sahaja. Nanti jadi macam Wall Street Journal pulak.

    Reply
  • November 14, 2015 at 12:22 am
    Permalink

    Tak tahu lagi cerita sebenar tapi tidak salah bagi sesiapa hatta orang kafir sekalipun untuk mendedahkan segala kejahatan di kalangan orang Islam sendiri..

    Reply
  • November 15, 2015 at 8:55 pm
    Permalink

    Sy cuma nk yapeim sahkan jer, adakah betul pengerusi tu bukan setakat terima elaun bulanan sebagai pengerusi dan elaun keraian, malah elaun untuk jawatankuasa2 bawah yapeim pun dia sapu? Begitu juga adakah dia juga terima elaun dari institusi2 di bawah yapeim? Kalau betul ini berlaku, sy rasa tk salah benda ni dimaklumkan kepda orang ramai. Maknany pembangkang berjasa lah sebab mewar warkan maklumat ini.
    Sebagai pengerusi, tk cukup ke dengan elaun pengerusi dan elaun keraian yang diterimanya? Yg lain tu kalau nak sangat pegang jawatankuasa kecil atau pengerusi kat institusi bawah yapeim tk payah lah ambik elaun. Buat keje kerana Allah SWT..

    Reply
  • November 16, 2015 at 3:00 pm
    Permalink

    Kenapa pula pendedahan penyalahgunaan kuasa ditafsirkan sebagai “serangan”..??? Satu penilaian yang menjijikan..

    Reply
  • December 2, 2015 at 11:50 am
    Permalink

    Banyak orang DAP mungkin makan babi…tapi mungkin mereka tak makan duit rasuah dan duit pecah amanah. Mana lebih dosanya?

    Reply
  • December 7, 2015 at 9:02 am
    Permalink

    napelah macai najib ni bodoh sanga t.dh terang lg bersuluh.x pyh nk salahkn orang lain plak.

    Reply
  • December 18, 2015 at 11:08 pm
    Permalink

    Memalukan agama Islam saja dpt pemimpin spt pemmpin yapim nie… malu ada pencacai yang ada taik kat muka sampai tak boleh beza salahguna kuasa. bila dah jelas pun diaorg ni butakan mata gak.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *