Tuduhan Salah Guna Dana Yapiem: Jamil Khir Beri Tempoh 24 Jam Untuk Minta Maaf

Share


menteri-agama-islam-jamil-khir-baharom-kabinet2Oleh Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom

Merujuk kepada kenyataan media Akmal Nasir (Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) merangkap Ketua Cabang Keadilan Johor Bharu) pada 13 November 2015. Sesungguhnya dakwaan yang mengatakan saya menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang (misleading) daripada fakta sebenar.

Kunjungan saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 – 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaan saya terutamanya YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di Amerika Syarikat dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1000 orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan Kanada.

Melalui strategi penganjuran bersama secara “Strategi Lautan Biru” khususnya yang melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada, beberapa program besar telah diatur dan dilaksanakan.

Program-program tersebut melibatkan kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek motivasi Kenegaraan dan Keusahawanan; Simposium Perdana Perkahwinan Kekeluargaan, Pengurusan dan Isu-isu Semasa Negara; Kursus Pra Perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan JAWI; Kelas Pengajian untuk isteri-isteri dan Kakitangan Wanita Kedutaan; menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dan pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia. Program dan pertemuan ini melibatkan pelbagai kumpulan sasaran yang diadakan di Indianapolis dan Washington DC, Amerika Syarikat.

Bersempena dengan perasmian Mid West Game di Amerika Syarikat itu juga, beberapa acara sukan telah dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) di Indianapolis termasuklah acara golf yang dikelolakan secara bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia AS di Washington yang saya turut terlibat bersama TYT Duta dan kakitangan kedutaan.

Justeru dakwaan kononnya program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabaran Perdana Menteri. Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya.

Adalah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya. Segala perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan.

Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan. Saya sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang melibatkan diri saya atau agensi di bawah seliaan saya.

Dengan ini, saya menuntut Akmal Nasir, Pengarah NOW dan The Malaysian Insider menarik balik segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam. Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya.



7 thoughts on “Tuduhan Salah Guna Dana Yapiem: Jamil Khir Beri Tempoh 24 Jam Untuk Minta Maaf

  • November 13, 2015 at 7:34 pm
    Permalink

    Halalkah rezeki Akmal Nasir dgn kerja memfitnah ini?

    Reply
  • November 14, 2015 at 12:52 am
    Permalink

    SAMAN SAJA BARU ADA AKAL , ASYIK KERJA SPIN DAN MEMBERFITNAH PUAK PAKATOON HOPE

    Reply
  • November 14, 2015 at 1:29 am
    Permalink

    YB Dato’,

    Rasanya tidak wajar membelanjakan ratus ribu sekadar utk prog motivasi dan msin golf shja. Sayangnya duit rakyat.

    Reply
  • November 14, 2015 at 4:11 pm
    Permalink

    berita baru diterima..

    “Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir tidak akan minta maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom”

    http://www.malaysiakini.com/news/319516

    So bolehlah diteruskan saman tu..

    Reply
  • November 14, 2015 at 4:33 pm
    Permalink

    Kalau rasa mmg x betul… boleh saman aje NOW.

    Reply
  • November 14, 2015 at 5:13 pm
    Permalink

    Dah menjadi satu kelaziman mana2 agensi Kerajaan yang menganjurkan sesuatu aktiviti akan membiayai perbelanjaan VVIP yang dijemput mereka. Lebih2 lagi bila agensi tersebut bernaung di bawah VVIP tersebut. Sudah tentunya agensi2 ini akan memberikan kemudahan dan layanan yang sebaik mungkin kepada jemputan mereka itu.

    NOW pula tak bercakap kosong kerana menyertakan bukti dokumen kecualilah jika bukti dokumen itu disanggah ketulenannya. Sekiranya tampered or fabricated, menjadi kewajipan untuk menyanggah dan bawakan bukti sekali agar fitnah dapat ditamatkan dengan segera.

    Sekiranya ia tulen, Isunya disini adalah… wajarkah perbelanjaan yang kelihatan agak mewah tersebut dibuat oleh YAPEIM yang pastinya mengundang tanggapan negatif dari rakyat..? Dan mengapa ianya turut meliputi kos penerbangan isteri Menteri..?

    NOW pula bijak mengambil peluang dalam situasi rakyat tertekan dengan kos sara hidup selaku suara pembangkang. Yang tak seronoknya, atas kekhilafan pentadbir, nama baik dan integriti institusi ISLAM turut terpalit sama. Pepatah ada berkata, Janganlah marahkan nyamuk kelambu nak dibakar.

    Reply
  • November 15, 2015 at 12:08 am
    Permalink

    slg ade jwtn masa Tulah nk balun.cash is king

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *