Cadangan mansuh Jakim, cerminan mahu kembali ke masa lalu

Share


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memberi sumbangan besar ke arah kemajuan Islam di negara ini.

Menulis di laman Facebooknya, Dr Asyraf Wajdi berkata, cadangan anak bekas timbalan perdana menteri, Tawfik Ismail supaya Jakim dimansuhkan mencerminkan keinginan beliau untuk melihat orang Melayu kembali pada masa mereka terbabit dengan alkohol.

“Saya kesal pandangan anak bekas Timbalan Perdana Menteri yang mahu Jakim dihapuskan dan bagi Malaysia untuk kembali ke masa apabila Melayu-Islam terlibat dalam minuman keras seperti wiski dan brandi.

“Untuk maklumat anda, Jakim juga adalah urusetia untuk Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang kewujudannya diterima dan dibenarkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu, yang ditugaskan untuk memelihara kesucian agama Islam di Malaysia,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan beliau berkata, tugas Jakim juga telah berkembang bukan lagi sekadar meningkatkan bidang agama, malah kini termasuk memerangi kebangkitan kumpulan pengganas Daesh (IS) dan ideologi Syiah.

BNBBC



4 thoughts on “Cadangan mansuh Jakim, cerminan mahu kembali ke masa lalu

  • November 11, 2015 at 12:09 pm
    Permalink

    Agak2 arah mana yg si TAWFIK ni nak pergi? JAKIM pum dia “usik”, kasar cara mamat ni gurau.

    Reply
  • November 11, 2015 at 3:53 pm
    Permalink

    Dia ni lahir zaman bila?

    Jakim bukanlah organisasi yang sempurna sangat tapi tapi maukah si tawfik tu makan mihun,kicap atau macam2 makanan lagi yang hentah cina kapir mana yang buat seperti zaman2 60an hingga 80an dulu..belasah je orang melayu makan termasuklah aku sendiri.

    Siapa nak samak troli kat supermarket kalau cina kapir bawak anjing sambil kencing sekali time shoping?

    Bersyukurlah masih ada pihak sepertti Jakim yang menjaga perkara2 seperti ini dan adalah tempat kita untuk mengadu, walaupun kita tahu bukan mudah untuk membina organisasi pemantau yang sempurna dan sentiasa cekap.

    Reply
  • December 18, 2015 at 8:32 pm
    Permalink

    Kenapa pulak kencing kita tak pernahpun nak samak….? Tiada nas dalam teks Alquran kata anjing itu najis…? Kalau ada sila berikan pencerahan ikut Alquran bukannya pada hadis-hasis mauduk….!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *