Haram Penggunaan Vape: Adakah Satu Kewajaran?

vapeKenyataan dari Menteri Kesihatan bahawa kerajaan sedang mengkaji pengharaman “vape” telah mengundang pelbagai reaksi dari pengguna laman sosial samada menyokong saranan tersebut, atau tidak menyokong atas alasan pelbagai.

Setuju atau tidak, masing-masing mempunyai hujah.

Pengalaman penulis, e-cigarettes ini mula menjadi perhatian ramai sekitar tahun 2010 apabila wujudnya kiosk-kioks di hypermarket-hypermarket dengan konsep “nicotine replacement theraphy”. Umum sedar, kandungan nikotin inilah yang menyebabkan ketagihan rokok, sementara kimia tar itulah yang membawa kemudaratan.

Perkara ini telah disahkan oleh Prof Datuk Dr. Abdul Razak Mutallif, seorang pakar perunding Respiratori Hospital Besar Kuala Lumpur.

Sementara itu, Prof. Madya Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed, Pengetua Akademi Farmasi Malaysia menjelaskan, secara amnya bilangan dan kuantiti bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam wap rokok elektronik adalah jauh lebih rendah berbanding asap rokok yang mengandungi sekurang-kurangnya 4000 bahan kimia berbahaya termasuk penyebab kanser.

Pengarah Unit Kajian Kebergantungan Tembakau, Barts and The London School of Medicine and Dentistry, Prof. Peter Hajek dipetik sebagai berkata, vapers (penggemar vape) tidak terdedah kepada tahap formaldehid yang membahayakan. Berdasarkan bukti-bukti didedahkan, beliau mendapati vape sekurang-kurangnya 95% lebih selamat daripada amalam merokok. Malah, beliau menyarankan agar perokok perlu digalakkan untuk beralih kepada vape.

Jika “apple-to-apple comparison” dibuat ke atas rokok dan vape, penulis pasti rokok akan membawa kemudharatan yang lebih berbanding rokok samada kepada empunya diri, atau masyarakat sekelilingnya.  Yang menjadi persoalan kepada penggemar vape, mengapa vape perlu diharamkan, sementara rokok pula dibenarkan jualannya?

Untuk kerajaan dilihat adil dan logik, penulis sangat bersetuju dengan saranan seorang sahabat, agar kerajaan mengistiharkan vape sebagai sebahagian daripada rokok dan termaktub kepada peraturan-peraturan merokok. Bukan sahaja soal kutipan cukai, kerajaan juga boleh memasukkan nilai tambah tahap keselamatan “mode vape” dengan mewajibkan pensijilan SIRIM ke atas alatan tersebut, sementara “liquid flavor” diserahkan kepada pihak-pihak yang berwajib dalam soal keselamatan dan kandungannya. Malah, peraturan-peraturan baru berhubung vape seperti yang dikuatkuasakan di lapangan terbang juga merupakan satu perkembangan yang baik.

Soal amalan vaping ini menjimatkan, ia sebenarnya bergantung kepada si pengguna. Jika vape ini dijadikan alternatif kepada rokok dan bukannya kos gaya hidup, maka sudah tentu ia akan memberi penjimatan terutamanya kepada pentegar-pentegar rokok mahal seperti Dunhill. Ini juga berdasarkan kira-kira yang penulis minta rakan vaper congakkan.

Penulis juga telah melihat di depan mata, bagaimana seorang rakan perokok tegar, dengan minima 2 kotak rokok Dunhill sehari, beralih kepada vape sekitar 6 bulan, dan kini sudah hampir 3 bulan bebas dari ketagihan rokok dan juga vape. Mungkin ia adalah sebahagian dari kejayaan, dari sejumlah kegagalan vape sebagai alternatif kepada rokok. Ia tetap punya kejayaan.

Melihat pelbagai respons di media sosial, penulis kadang-kadang hanya mampu tersenyum melihat karenah rakyat Malaysia terutamanya perokok yang bermati-matian memburuk-burukkan betapa vape ini berbahaya dan sebagainya. Ia tidak ubah seperti watak ahli politik yang memburuk-burukkan 1MBD kononnya dibebani hutang seolah-olah akan muflis, tanpa mendedahkan fakta nilai keseluruhan aset 1MDB itu sendiri. Antara vape dan rokok, anda baca dan kajilah sendiri “pro and cons”. Jangan melulu.

Jika gambar-gambar wanita sedang “vaping” dijadikan ukuran keburukan vape, penulis faham kebimbangan tersebut kerana mereka terbuai dek trend semasa. Namun, apakah perlu penulis mengajar bagaimana untuk “google” gambar-gambar wanita sedang merokok? Bagaimana untuk perokok-anti-vaper memberi justifikasi foto-foto tersebut?

Akhirnya, ia kembali kepada kepentingan umum; terutamanya kepada mereka yang tidak merokok, dan juga tidak “vaping”. Bak kata sahabat, “Vape ini adalah sebahagian sisi buruk manusia seperti mana merokok, mencerut dan minum arak”

Maka ketahuilah fatwa yang telah dikeluarkan berhubung rokok dan vape.

Sekali lagi, penulis menyokong saranan agar kerajaan mengistiharkan vape sebagai sebahagian daripada rokok dan termaktub kepada peraturan-peraturan merokok. Ini lebih baik dari mengharamkannya dengan meletakkan rokok sebagai tanda aras.

Atau, haramkan terus kedua-duanya!

4 thoughts on “Haram Penggunaan Vape: Adakah Satu Kewajaran?

  • October 29, 2015 at 3:10 PM
    Permalink

    Fatwa kebaangsaan kata rokok itu HARAM.. maka haramkanlah, apa yg susah sgt nak ikut. Apa baiknya merokok pun?? Cuba bagi satu faedah merokok ni?? Yg baik haruslah disokong dan sandaran kita umat Islam paling utama ialah kpd fatwa2 yg telah ditetapkan & ternyata rokok termasuk dlm ketegori yg diharamkan, so haramkan je lah..

    Reply
  • October 29, 2015 at 3:55 PM
    Permalink

    .
    Keberanian politik diperlukan untuk mengharamkan rokok mengikut undang-undang sivil. Kalau kerajaan BN cadang, adakah pembangkang akan sokong? Beranikah pembangkang mencadangkannya di Parlimen?

    Sama-samalah kita berdoa agar rokok, cerut, vape, shisha dan seumpamanya akan diharamkan di tanahair tercinta ini selewat-lewatnya selepas PRU14 nanti.

    Reply
  • October 30, 2015 at 12:33 AM
    Permalink

    haramkan jer haramjadah ni.menyusahkan orang lain yg tak terlibat.orang yg hisap rokok atau vape tidak menghormati hak2 orang yg tidak menghisap rokok.suka hati dia jer nak sembur asap2 beracun tu di merata tempat awam.bangga sangat dia bila sembur racun ke udara.menyusahkan orang lain jer.

    Reply
  • October 30, 2015 at 8:10 AM
    Permalink

    asap sikit bising! semasa asap jerebu jenama ‘kretek serumpun’ meliputi seluruh alam melayu, tak sapa pulak boleh memarahi. Dah 30 tahun…

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.