1MDB, 1Bestari.net: Suka sangat membarai, sedia semua terbarai?

KENAPA PRO-TUN TAK KASI UNSPINNERS TANYA PASAL BESTARI.NET?

Unspinners ada buat dua posting lepas di

http://theunspinners.blogspot.my/2015/10/kenapa-muhyiddin-tak-gagalkan-sambungan.html?m=1

DAN

http://theunspinners.blogspot.my/2015/10/najib-disuruh-rihat-untuk-siasatan-tapi.html?m=1

berkenaan 1Bestari.net.

Kami menggunakan rujukkan artikel oleh beberapa laman web lain termasuk MyKMU dan petikan dari laporan odit negara.

Perlu diketahui bahawa Unspinners sentuh isu 1Bestari.net dah lama. Bukan setakat turunnya TSMY. Masa dia TPM pun …

Cari di http://theunspinners.blogspot.my/?m=0#uds-search-results untuk jumpa banyak posting dari tahun 2014 melibatkan YTL dan Bestari.net. …..

Menurut orang pro-tun, sesuatu isu dan prinsip yang dijuangkan mesti diutamakan jauh melebihi seseorang pemimpin.

Atas prinsip itu, mereka kritik dan serang PM Najib walaupun bukti belum jelas dan hanya data Xavier Justo yg dimanipulasi Clare Rewcastle.

Najib belum nak cerita habis tapi mereka terus serang.

Apa salah kami tanya satu isu yang buat ratusan ribu guru2 benci dengan kerajaan?

Guru-guru hanya tahu orang atas buat hal maka seluruh kerajaan termasuk parti pemerintah disalahkan. Cerita sebenar tak diketahui.

Mereka hebahkan isu derma RM2.6 billion yang dah disebut SPRM tiada kena mengena dengan 1MDB tapi melenting bila TSMY ditanya tentang Bestari.net yg dah telan duit rakyat RM4.07 billion.

1MDB baru pinjam kurang satu billion dari kerajaan untuk jangkamasa pendik. Duit gomen untuk modal baru 1 juta diguna. Belum loan default dan belum hilang lagi duit.

Ok ok belum terbukti hilang.

Nampaknya mereka bukan saja tak pedulikan isu Bestari.net tapi lakukan serangan character attack dan labelling mcm pembangkang terhadap Unspinners dan MyKMU pula.

Contoh serangan seperti berikut

yes+monopoly

SIAPA LULUS PROJEK 1BESTARINET?

Projek 1Bestarinet telah digunakan oleh puak penjilat tegar Najib untuk menyerang Muhyiddin.

Blog The Unspinner menyenaraikan kelemahan YTL dalam melaksanakan projek 1Bestarinet dan mengaitkannya dengan Muhyiddin yang merupakan Menteri Pendidikan ketika projek 1Bestarinet mula dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan.

Portal MyKmu menyalahkan Muhyiddin yang dikatakan menjadi penyebab ramai guru menyokong pembangkang kerana tidak puas hati dengan pelaksanaan 1Bestarinet.

Semua tuduhan ini dipintal dan dikitar semula setelah Muhyiddin mula mendedahkan satu persatu penyelewengan 1MDB yang melibatkan Najib.

Banyak tuduhan yang dilemparkan kepada Muhyiddin sebagai Menteri Pendidikan. MyKmu mempertikaikan kenapa Muhyiddin tidak dipanggil oleh PAC untuk menjawab segala kelemahan 1Bestarinet.

MyKmu lupa bahawa PAC telah memanggil KSU KPM untuk menjelaskan beberapa perkara berkaitan kelemahan pelaksanaan 1Bestarinet.

Kenapa Muhyiddin tak dipanggil oleh PAC? Jawapannya, tanyalah Pengerusi PAC, bukan Muhyiddin.

Muhyiddin juga dikatakan tidak mengambil cuti untuk membolehkan 1Bestarinet disiasat oleh SPRM. Ini bertentangan dengan gesaan Muhyiddin supaya Najib bercuti untuk membolejkan siasatan bebas dilakukan ke atas 1MDB.

Persoalannya, bila masa SPRM siasat projek 1Bestarinet? Ada kertas siasatan ke? Muhyiddin terlibat ke? Kalau tiada siasatan, kenapa Muhyiddin perlu bercuti.

Sekarang Muhyiddin bukan lagi Menteri Pendidikan atau Timbalan Perdana Menteri. Tidak timbul lagi soal cuti atau tidak. Jika SPRM nak siasat, maka siasatlah.

IMG-20151028-WA0036

Ramai yang tidak tahu bagaimana projek 1Bestarinet diluluskan oleh kerajaan. Ada yang kata tiada tender terbuka. Ia diluluskan oleh Muhyiddin menerusi rundingan terus. Ini tak betul.

Pertama, perolehan 1Bestarinet dibuat menerusi tender terbuka, bukan rundingan terus. Ia telah melalui proses biasa perolehan kerajaan. Bukan seperti 1MDB yang tak diketahui hujung pangkalnya dan ke mana duit berbillion ringgit dilebur.

Kedua, jika rundingan terus pun, Muhyiddin tak ada kuasa untuk memberi kelulusan. Hanya PM sahaja yang ada kuasa untuk meluluskan projek rundingan terus di Malaysia. Diulang sekali lagi, HANYA PERDANA MENTERI SAHAJA YANG ADA KUASA UNTUK MELULUSKAN PROJEK RUNDINGAN TERUS. Muhyiddin Perdana Menteri ke?

Jadi, siapa sebenarnya yang meluluskan projek 1Bestarinet yang dibuat menerusi tender terbuka? Muhyiddin ke? Bukan Muhyiddin! Muhyiddin tiada kuasa untuk meluluskan apa-apa projek atau tender. Yang kata Muhyiddin luluskan projek 1Bestarinet sebenarnya tak tahu proses macamana perolehan kerajaan dibuat, atau sengaja buat-buat tak tahu.

1Bestarinet telah melalui proses tender di KPM mengikut proses biasa perolehan kerajaan, dinilai oleh agensi-agensi pusat seperti MAMPU dan EPU, dan kemudiannya diangkat kepada Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan oleh Najib sendiri selaku Menteri Kewangan.

Yang meluluskan projek 1Bestarinet sebenarnya ialah Najib sendiri. Inilah fakta yang cuba ditutup oleh penjilat tegar Najib seperti MyKmu dan Unspinner.

Kalau Najib yang meluluskan projek 1Bestarinet, kenapa Muhyiddin yang dipersalahkan?

FB_IMG_1446005770758

Harap mereka dah cukup faham peraturan dan proses yang tertera dalam Akta Kontrak Kerajaan.

FB_IMG_1446023614989

Harap mereka faham bagaimana proses tender terbuka boleh dimanipulasi oleh Lembaga Perolehan disatu-satu Kementeriaan dengan menggunakan Jawatankuasa Teknikal..

Harap mereka tahu sejarah kontrak proposal direct YTL yang kemudiannya baru masuk sebagai open tender dan ada pegawai cina yang letak spec ikut spec YTL.

Akibatnya dua proposal bawah harga RM2.8.billion kalah!!!!!

FB_IMG_1446175540633

Harap pihak pro-tun tahu juga bahawa tahun 2014 ada review akan kontrak YTL. Begitu panjang senarai kegagalan YTL dibuat Auditor tapi masih dilanjutkan.

Kenapa? SIAPA ORANG DALAM YANG BANTU?

Banyak lagi kisah dalaman boleh diterbaraikan ala 1MDB jika cara menyerang ala pembangkang tanpa etika digunakan terhadap kerajaan dan sesama penyokong kerajaan.

Kalau 1MDB boleh diserang begitu teruk oleh pemimpin dan penyokong parti pemerintah sampai persepsi pemimpin dan parti UMNO begitu teruk sekali, apa salah salahlaku lain diterbarai sekali?

Banyak berlaku conflict of interest yang diketahui dan cara persekongkolan antara pihak tertentu melalui arahan orang tertentu yg bertulis supaya pegawai kerajaan tertinggi mudahkan cara ikut kehendak orang tertentu.

Sama-sama jatuh … apa macam?

dari The Unspinners.

4 thoughts on “1MDB, 1Bestari.net: Suka sangat membarai, sedia semua terbarai?

  • October 31, 2015 at 1:10 pm
    Permalink

    Midin dah kena nasi kangkang YTL ….sanggup gadai maruah

    Reply
  • October 31, 2015 at 1:25 pm
    Permalink

    Sape pompuan rambut blonde dlm gambar tu? Mana Pn Sri Noraini?

    Reply
  • October 31, 2015 at 8:41 pm
    Permalink

    meroyan panda najib ni.yg bt taik pun geng umno jugak.umno mudah lupa

    Reply
  • November 1, 2015 at 7:00 am
    Permalink

    Jawablah rockers dulu kes fnc lembu siapa punya kerja?,pak lah terpaksa tanggun malu?
    Jawapan rockers kes 1bestari siapa punya kerja?,najib terpaksa tanggun malu ini

    Siapa pegang siapa ketua Jabatan pertanian semasa kes fnc lembu Dan siapa kerja Jabatan pendidikan semasa kes 1bestari itu

    Jawapan mudah je macai rockers bela lalang ytl ini kes 1bestari ini

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *