Saifuddin Abdullah bakal ganti Azmin melalui Langkah Rawang ?

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan terdapat gerakan Langkah Rawang bagi menggantikan beliau dengan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang kini menyertai PKR, Datuk Saifuddin Abdullah untuk memimpin negeri ini.

Malah, beliau turut menyifatkan dakwaan itu tidak benar dan hanya satu spekulasi semata-mata.

“Apa dia Langkah Rawang? Tidak ada, janganlah dengar spekulasi. Sa­ya tidak pernah dengar (Langkah Ra­wang) sebab itu tidak betul,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Kelmarin, sebuah blog, Babab.net melaporkan terdapat desas-desus menyatakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang bakal dikosongkan dan Mohamed Azmin akan disingkirkan sebagai Menteri Besar manakala Saifuddin menggantikannya.

Menurut laporan tersebut, khabar angin semakin kencang bertiup dalam kalangan pemain politik PKR malah ramai yang melihat usaha ke arah itu semakin giat dirancang dan digerakkan.

Laporan itu turut mengaitkan gerakan berkenaan dengan kemungkinan tindakan Moha­med Azmin yang menidakkan permintaan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi me­nyingkirkan Pas daripada memegang jawatan Exco kerajaan negeri.

Mohamed Azmin dalam pada itu berkata, partinya telah menghantar resolusi baharu kepada Majlis Tertinggi pakatan pembangkang untuk menyatakan pendirian bahawa mereka akan terus bekerjasama dengan Pas dan semua parti pembangkang.

“Senario di Pulau Pinang berbeza sebab PKR ada kerjasama dengan DAP dan Amanah melalui pakatan pembangkang.

Sumber Utusan

4 thoughts on “Saifuddin Abdullah bakal ganti Azmin melalui Langkah Rawang ?

  • October 23, 2015 at 8:51 am
    Permalink

    Menghitung hari… apa2 pun bole jadi

    Reply
  • October 23, 2015 at 10:10 am
    Permalink

    segalanya mungkin & jika tidak benar aku mohon maaf terlebih dahulu kerana mahu mengatakan sekiranya benar si pudin akan menggantikan azmin sebagai MB Selangor yang baru tidak lama lagi, maknanya anwar telah mengotakan janjinya kepada si pudin semasa si pudin sedang menyapu KY Jelly pada suatu masa dahulu

    Reply
  • October 23, 2015 at 12:26 pm
    Permalink

    Pening aku dgn politik PKR ni…

    Reply
  • October 23, 2015 at 12:47 pm
    Permalink

    In PKR anything can happen. Kalau tanya Azmin dia takkan mengaku punya dan kalau tanya Saifuddin dia jugak akan jawab tak tahu apa-apa. Kalau tanya kepada perancang Langkah Rawang dia akan cakap “ini spekulasi nakal”.

    Dalam politik apa yang diorang cakap biasanya 120% berbeza dari apa yang diorang fikirkan. Tak kira puak mana pun.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *