Hasan Arifin Perlu Mulakan Proses Pecat Tony Pua

DATUK_HASAN_ARIFIN_PARLIAMENT_20102015_TMIKAMAL_ARIFFIN_11

RAMAI orang hairan kenapa perlu wujud perdebatan siapa ada kuasa untuk memecat anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau tidak?  Ini berikutan kedudukan Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dalam PAC yang diragui berikutan kebocoran beberapa maklumat dalaman jawatankuasa tersebut kepada pihak luar, terutama media asing seperti WSJ.

Perdebatan seumpama ini sebenarnya tidak perlu kerana Pengerusi PAC yang baru, Datuk Hasan Arifin sendiri pun boleh memulakan proses untuk menyingkirkan Tony dari jawatankuasa tersebut – apa punlah prosesnya itu.

Nak Parlimen pecat ke, Speaker pecat ke atau Hasan sendiri pecat ke, tak kisahlah tu, yang penting muka Tony Pua ini tak nak lagi nampak dalam PAC.

Inilah masanya  untuk Hasan menunjukkan taring sebagai Pengerusi PAC yang baru.  Jangan buang masa bersoal jawab dengan veteran DAP macam Lim Kit Siang yang sudah tentu akan buat kenyataan-kenyataan menyebelahi Tony Pua.

Lagipun Kit Siang sengaja cari peluang untuk lengahkan perkara ini (pemecatan Tony Pua dari PAC) kerana dengan itu nanti dapat jadikan alasan kononnya kerajaan sengaja melewat-lewatkan prosiding PAC ke atas 1MDB yang tertangguh berikutan perlantikan beberapa orang bekas ahli jawatankuasa tersebut ke dalam kabinet.

Yang Hasan pun satu, selaku Ahli Parlimen yang baru dipilih, tak sepatutnya terikut-ikut dengan rentak Kit Siang atau membuang masa berbalas-balas kenyataan dengan dia (seperti hari ini) kerana memang itulah yang dia nak sangat pun.

Apa yang penting, prosiding berkaitan dengan 1MDB ini perlu diselesaikan segera supaya rakyat tidak ada alasan lagi untuk membenci kerajaan.  Apatah lagi laporan awal Jabatan Audit menunjukkan tidak ada sebarang kesalahan yang dilakukan 1MDB dan perkara ini perlu dimuktamadkan secepat mungkin.

Cabaran lebih besar menanti kerajaan di depan dan benda-benda mudah seperti memecat Tony dari PAC ini tidak perlu dijadikan alasan kenapa prosiding berkaitan 1MDB ini perlu dilengahkan.  Lagi lama perkara ini di heret entah kemana, lagi buruk imej yang kerajaan akan dapat.

10 thoughts on “Hasan Arifin Perlu Mulakan Proses Pecat Tony Pua

  • October 20, 2015 at 3:58 pm
    Permalink

    hek eleh adamyan…hang pulak pandai-pandai suruh orang tu pecat sipolan itu, si polan ini….makin tebal duit dicampak atas meja hang, makin meracau hang macam burung murai, orang tu pun tak tentu nasib dia, kalau dia jujur dia akan dipecat kemudian……kalau dia tak jujur maka akan kekal lah dia di dalam posisi….hang faham kannnn…hehehe

    Reply
  • October 20, 2015 at 4:09 pm
    Permalink

    baguslah kalau boleh pecat si tony tu tapi betul ke dia yg bocorkan makkumat dalaman??? Dulu org cakap ada komplot nak jatuhkan PM secara tdk demokrasi, yg twrdiri dr konco2 pembangkang, last2 rupanya tun m n the gang pulak… oan ke malu tu???

    Jadi tugas hassan yg pertama ialah memastikan benarkah tony yg bocorkan atau ada org lain pulak? Lps tu barulah proceeding pac keatas 1mdb, lagipun audit hanya akan kuar report dlm 2 bln lagi…

    Reply
  • October 20, 2015 at 8:52 pm
    Permalink

    Pecat jelah Tony Pua tu…cina bukit ni wat malu je x layak anggotai PAC

    Reply
  • October 20, 2015 at 9:12 pm
    Permalink

    DARIPADA ENGKAU MELALAK DISINI BAIK CARI JALAN UNTUK SATUKAN BANGSA MELAYU DAN ISLAM UNTUK MENCELAPAK PKR DAN DAP. BANGSA MELAYU NI DAH JADI MACAM DAKI DAH. DIPANDANG HINA. NAK MENGAKU MELAYU PUN MALU. SEBAB TU BANGGA MASUK DAP DAN PKR URBAN KONON. MELAYU KAMPUNG YANG MENYOKONG UMNO DIKATA BODOH. PENYOKONG BODOH TU LA YANG MEJAMIN SURVIVAL MELAYU LUPA DIRI SELAMA INI. INI DIKATAKAN MELAYU TAK SEDAR DIRI.

    Reply
  • October 20, 2015 at 11:58 pm
    Permalink

    Cilaka todi puaka…harap-harap si hsanpin dengarla nasihat gred AA+ pendedak-pendedak mykemut…

    Reply
  • October 21, 2015 at 7:36 am
    Permalink

    tony puaka tidak sepatutnya berada didalam barisan anggota PAC….

    Reply
  • October 21, 2015 at 12:42 pm
    Permalink

    Ya..ya…yang patut ada dalam barisan anggota PAC, ialah adik beradik Kak Mah di Pilah dan adik beradik Najib di Pekan….baru la kena ! kan..? kan… ?kan.. ? hehehehe

    Reply
  • October 21, 2015 at 3:11 pm
    Permalink

    satu bentuk ‘ultimatum’ harus diberikan kepada tony puaka oleh Datuk Hasan Arifin…ultimatum itu ialah tony puaka harus memberi jawapan segera pada masa itu juga sama ada dia sanggup berhenti atau tidak dengan ‘perangainya'(menyalah-guna kedudukan selaku anggota PAC & mendahului peranan PAC dengan ‘menyerang’ lagi mengikut kapasiti & agenda peribadinya terhadap 1MDB dengan pertanyaan2 serta tuduhan2 berbentuk ‘kitar-semula’, tidak tepat & mengelirukan)

    jika tony puaka menolak ‘ultimatum’ itu maka tony puaka harus dipecat dari menjadi anggota PAC…harap Datuk Hasan Arifin sudah pun dapat melantik ahli parlimen pembangkang lain(standby) untuk menggantikan tempat tony puaka sebelum ‘ultimatum’ itu diberikan

    Reply
  • October 21, 2015 at 3:17 pm
    Permalink

    raplahjingaa says:
    October 21st, 2015 at 12:42 PM

    “Ya..ya…yang patut ada dalam barisan anggota PAC, ialah adik beradik Kak Mah di Pilah dan adik beradik Najib di Pekan….baru la kena ! kan..? kan… ?kan.. ? hehehehe”

    tak kelakar pun sebab melalut & mengarut

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *