Kenaikan Tol Satu Kebijaksanaan Ekonomi dan Politik

Share

Oleh Ab Jalil Backer

Keputusan kerajaan tidak membayar pampasan kepada pemegang konsesi lebuh raya di sekitar Lembah Klang adalah satu kebijaksanaan pengurusan ekonomi dan politik.

Kerajaan dianggarkan perlu memperuntukkan sekitar RM 1.08 bilion setahun sekiranya mahu menghalang semua kenaikan. Angka ini merupakan satu angka yang cukup besar dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kejatuhan harga minyak, komoditi dan mata wang negara.

Dengan jumlah sebesar ini kerajaan boleh menggunakan untuk pembangunan luar bandar atau memberi subsidi langsung kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Lebih dari itu, lebuh-lebuh raya ini adalah alternatif kepada jalan raya tanpa tol yang telah wujud. Justeru, wajarkah kerajaan membayar pampasan yang besar hanya untuk memberi kesenangan dan “kemewahan” perjalanan kepada mereka yang berkereta dan peniaga sedangkan ramai lagi rakyat di luar bandar memerlukan bantuan dan pembangunan?

Kita mungkin marah kenaikan tol ini kerana beranggapan ada antara syarikat konsesi sengaja mencari untung lebih. Tapi ia bukan salah kerajaan. Kemarahan harus disalurkan kepada syarikat-syarikat terbabit jika kita percaya mereka mengaut keuntungan berlebihan.

Mungkin ada kelemahan dari segi perjanjian tol yang lalu, namun kita perlu sedar bahawa pengguna ada pilihan untuk tidak menggunakannya.

Kerajaan tidak ada kemampuan kewangan untuk membina lebuh-lebuh raya ini sekelip mata. Jika kita menolak jalan-langsung jalan bertol ini dan menunggu kerajaan membinanya, hari ini kita mungkin tidak ada pilihan sama ada mahu menggunakannya atau tidak.

Sekurang-kurangnya, hari ini kita ada pilihan jika mahu cepat, kita bayar lebih. Jika kita fikir tidak berbaloi maka guna jalan alternatif.

Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang cuba menjadi hero kenaikan tol ini dengan menggesa penangguhan kenaikan adalah naif politik.

Apakah mereka tidak tahu bahawa majoriti pengundi di Lembah Klang terutama di kalangan golongan pertengahan dan elit yang banyak menggunakan lebuh-lebuh raya ini telah menolak Barisan Nasional dalam dua pilihan raya lalu.

Justeru adakah wajar kerajaan memperuntukkan wang berbilion ringgit untuk menampung gaya hidup mereka di Kuala Lumpur.

Lebuh raya bukan keperluan asas, ia adalah barang mewah. Kerajaan tidak seharusnya dipertanggungjawabkan untuk membantu gaya hidup “mewah” warga kota sehingga menjejaskan pembangunan luar bandar.

Selebihnya, majoriti pengundi di Lembah Klang telah menolak Barisan Nasional, maknanya mereka telah kehilangan kuasa lobi politik untuk mempengaruhi dasar kerajaan. Ini adalah realiti demokrasi yang perlu mereka sedari.-MYKMU.NET

Nota:

Mulai esok Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-Silk, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) akan menaikkan kadar tol mengikut perjanjian asal setelah kerajaan enggan menampung sebarang kenaikan.

9 thoughts on “Kenaikan Tol Satu Kebijaksanaan Ekonomi dan Politik

  • October 14, 2015 at 3:51 pm
    Permalink

    Sejak bila kerala kutty supply dedak pulak?
    Bila dah kebuloq, pemakan-pemakan dedak dah tak kesah dah. Semua kira lantak biaq licin..

    Reply
  • October 14, 2015 at 4:00 pm
    Permalink

    aku menghargai MB selangor azmin ali yg menolak pembinana lebuhraya KIDEX dan DASH………………..ini semua helah BN utk mengaut keuntungan…………betul tak…………………???????

    Reply
  • October 14, 2015 at 4:06 pm
    Permalink

    itulah sebenarnya hakikat yang tersirat dlm fikiran najib…sebenarnya 20 tahun lepas kerajaan tak payah bagi subsidi pada lebuhraya dan petrol/desel…gunakan kan duit tu untuk pembangunan luar bandar….apabila kita bicara soal luar bandar dan golongan b40 , siapa
    kah mereka itu ? …..mereka inilah pengundi setia bn walaupun ribut taufan melanda .oleh itu bela lah mereka….fikirlah apa yang tersirat bukan yang tersurat……….realitynya najib 100 kali lebih baik dari dr mahathir dari semua segi..kalau anda tak percaya fikirkan dgn jujur , lihat reality sekeliling ,lihatlatlah apa yang masyarakat dapat …..kalau ada berita dari glongan kafir yang membawa berita , maka siasat lah kebenaranya , jgn percaya bulat bulat kerana tujuan merka adalah cuma untk menghancurkan islam……………………PAS ni nampaknya dengan mursyidul am baru nya fikiran mereka dan halatuju mereka ada jelas dan mental mereka kembali tenang…

    Reply
  • October 14, 2015 at 4:10 pm
    Permalink

    apalah sengal cina malaysia tu , buat projek mesti ada untung …cuba kau bayangkan kalau tak de lebuhraya……tapi itu aku rasa tak boleh lawan DEIG projek 30b , yang terang terang masuk poket siapa hek ?????

    Reply
  • October 14, 2015 at 4:16 pm
    Permalink

    sebenarnya pengundi cina kena tipu dengan dap , adakah mereka sedar berapa kerusi perlimen majority cina daripada 222 kerusi…dan adakah mereka sedar apa akan terjadi pada mereka kalau tak ada wakil cina dalam parlimen…..dan senarnya hakikat bahawa dap dapat peneng sebab bantuan pas….aku rasa paspun dah rasa berdosa pada agamanya……lain kali bacalah utusan malaysia jangan baca harakah – paper merapu tu , semua berita tak betul , fitnah..cuba fikirkan sejenak

    Reply
  • October 14, 2015 at 5:34 pm
    Permalink

    Sebenarnya anwar dan tun m buat konsis berat belah. sekarang rakyat jadi mangsa nya suruh tun m dan anwar itu betul balik perjanjin itu cina malaysia, jalah tol utara selatan tak naik pun.

    Reply
  • October 14, 2015 at 6:34 pm
    Permalink

    Kalau kita fikir dari segi lojiknya…subsidi yg selama ini kerajaan beri pada konsessi2 tol ini adalah duit rakyat…rakyat bermakna setiap masyarakat yg menjadi warganegara malaysia tak kira kedudukkannya, pendapatanya, miskinnya, kayanya, tuanya, mudanya, berkeretanya, belorinya, berbasikalnya, jalankakinya dsb.

    Jadi dimana adilnya yg tidak menggunakan tol ini terpaksa membayar subsidi tersebut?.

    Pemakan bangkai ni faham ke tak faham?…

    Reply
  • October 29, 2015 at 8:23 pm
    Permalink

    haha…at last najib ikut juga jejak tun m.naikkan tol.alasan x blh byr sabsidi.inilah umno.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *