Sudut Pandangan: Kenapa Mahathir & Co Marah SOSMA?

Share

imageSangat tidak masuk akal dan luar biasa apabila Tun Mahathir Mohamad terpaksa berpakat dengan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafei Apdal, Tan Sri Ling Liong Sik, Tan Sri Ong Kee Teat dan Tengku Razaliegh Hamzah untuk membantah penahanan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012), SOSMA.

Bertentangan dengan dakwaan Mahathir and Co. SOSMA bukanlah penahanan tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada zaman beliau. Tahanan SOSMA akan mendapat perbicaraan terbuka di Mahkamah bukannya seperti tahanan ISA yang bebas ditahan di bawah keputusan Menteri Dalam Negeri.

1. Seorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana pihak yang berkenaan dengannya jika dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.

2. Seseorang yang ditangkap hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera yang boleh, mengapa dia ditangkap.

3. Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.

4. Pihak yang ditangkap boleh ditahan selama 24 empat jam bagi tujuan penyiasatan.

5. Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada 28 hari.

6. Peranti pengawasan elektronik boleh dipasangkan pada tertuduh yang dilepaskan.

7. Jaminan tidak boleh diberikan kepada seseorang yang dipertuduh atas kesalahan keselamatan.

8. Semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.

9. Semasa perbicaraan, Mahkamah tidak boleh memerintahkan Pendakwa Raya mengemukakan apa-apa maklumat yang dianggap sensitif dan memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara.

10. Seseorang tertuduh yang dipenjarakan di bawah seksyen ini, hendaklah ditahan sehingga semua rayuan dibereskan.

Ini bermakna di bawah SOSMA, mereka yang disyaki menggugat keselamatan negara akan mendapat perbicaraan yang adil berbanding ISA.

Ketika ISA,

Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangka mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan

Justeru untuk “seven old guards” mengadakan sidang akhbar mengutuk penahanan dan perbicaraan di bawah SOSMA tetapi menghalalkan ISA pada suatu masa lalu sangat melucukan.

Mahathir harus belajar membenarkan Undang-undang dan Mahkamah mengadili orang yang dituduh bukannya membuat keputusan mengikut hawa nafsu sendiri seperti zaman pemerintahannya.

Mengapa Mahathir takut perbicaraan di bawah Sosma ini? Adakah telah banyak kesalahan dan kejahatan Mahathir and Co untuk mensabotaj ekonomi negara bagi menjatuhkan Najib Razak akan terdedah nanti?

Jika tidak, mereka boleh sahaja menanti 23 Oktober ini untuk mendengar perbicaraan ini dan membuat kesimpulan sendiri sama ada perbicaraan tersebut adil atau tidak.

9 thoughts on “Sudut Pandangan: Kenapa Mahathir & Co Marah SOSMA?

  • October 12, 2015 at 10:33 pm
    Permalink

    Bagi aku tun macaiday ulang kesalahan sama macam tun hussein onn nak campur urusan sama Lepas besara dia akan lakukan kesilapan sama

    Reply
  • October 12, 2015 at 10:42 pm
    Permalink

    Pelik bin ajaib…madey sendiri isakan musuh2nya…dia boleh bantah sosma.

    Yg 6 org tu sejak bila jadi pak angguk madey?…yg sedihnya muka2 yg dah tak laku..

    Reply
  • October 12, 2015 at 11:17 pm
    Permalink

    Penjilat-penjilat dan pemakan dedak kat sini suda gelabah. Kerala kutty sudah mulakan langkah PADAYAPPA….kebuloq la lepaih ni penjilat-penjilat. Dedak sudah kena angkut….

    Reply
  • October 13, 2015 at 12:01 am
    Permalink

    Woiii mamak kutty, sekurang2nya SOSMA beri peluang pesalah dibicarakan. ISA ko tahan bertahun2 tanpa berikan apa2 perbicaraan. Ko x nampak betapa hipokritnya ko…anak Selangor ni Red Bean Army detected. Hati2 dgn anak Selangor Agen daPIG

    Reply
  • October 13, 2015 at 9:36 am
    Permalink

    anak selangor specis penjilat jubur x basuh,,,kuat makan taik anak selangor ni..tu pasal bangang x habis2…

    Reply
  • October 13, 2015 at 10:32 am
    Permalink

    Khairuddin dan Mathias kan org kuat Mahathir…sebab tu dia meroyan..dua org itu lah yg ditugaskan ‘kacau” Najib..sekarang dua org tu sdh tdk boleh kacau lagi..itu yg Kutty marah gila tuh…

    Reply
  • October 13, 2015 at 11:12 am
    Permalink

    Betul tu antara musuhnya yang telah diISAkan ialah Anwar, Ku li, Musa Hitam, Nik Aziz,Fadzil Nor,LKS,LGE, Hadi Awang, Shahril Samad, Zahid Hamidi, Ibrahim Ali dan ramaai lagi. Kenapa sekarang nak bantah SOSMA?

    Reply
  • October 13, 2015 at 1:17 pm
    Permalink

    AS tu saja jadi provocator je dalam mykmu ni. Attention seeker. Distractor.

    Tak perlu layan sangat puak-puak laknatullah tin kosong tak ada isi ni..

    Reply
  • October 13, 2015 at 1:44 pm
    Permalink

    It seems that the tide has now turn, where the hunter has now become the hunted.

    This is getting interesting, but knowing Mahathir is a smart man, I am sure he still has a trick or two up his sleeve untuk jatuhkan Najib Razak.

    Apparently, Najib Razak is not that dumb after all.

    May the best man win.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *