Hamid Bador Langgar Rantaian Arahan Bukti Ada Konspirasi Menjatuhkan Perdana Menteri

Share

Abdul Hamid BadorKenyataan bekas orang nombor dua Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador, bahawa beliau ada berbincang dengan Tan Sri Ghani Patail mengenai isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Kita masih tertanya-tanya apa relevan pembabitan orang nombor dua Cawangan Khas ini berkenaan kesalahan dalam 1MDB kerana jika ada ia merupakan kes jenayah korporat dan rasuah.

Dari cara Hamid membuat kenyataan semalam menggesa Ghani Patail tampil “bergaduh” dengan Perdana Menteri menunjukkan beliau mempunyai hubungan yang sangat mesra dengan bekas Peguam Negara tersebut.

Ini menimbulkan tanda tanya mengapa beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Ghani sedangkan tugas Cawangan Khas ialah mengadakan risikan dan pengumpulan maklumat bagi menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Dari pemerhatian biasa, Cawangan Khas tidak sepatutnya mempunyai hubungan istimewa dan mesra dengan Peguam Negara kerana mereka tidak mempunyai kaitan dan kerjasama yang diperlukan.

Bukti dan pengumpulan maklumat Cawangan Khas tidak sepatutnya sampai terus ke meja Peguam Negara kerana ia tidak boleh dijadikan bukti dan saksi di mahkamah.

Hamid Bador perlu memberi justifikasi mengapa beliau berhubung terus dengan Peguam Negara tanpa melalui Ketuanya, Pengarah Cawangan Khas dan Ketua Polis Negara.

Hamid sendiri mengakui beliau setia kepada Tun Mahathir. Kemudian mengakui beberapa kali bertemu Ghani Patail termasuk beberapa hari sebelum Ghani dilucutkan kuasa Peguam Negara.

Kesemua ini menunjukkan ada rancangan untuk memalu dan menjatuhkan Mohd Najib Razak. Hamid Bador sepatutnya sekarang dihadapkan ke Tindakan Tatatertib Polis Di Raja Malaysia kerana bertindak di luar “chain of command” yang sepatutnya.

7 thoughts on “Hamid Bador Langgar Rantaian Arahan Bukti Ada Konspirasi Menjatuhkan Perdana Menteri

  • October 5, 2015 at 9:41 am
    Permalink

    Israeli online newspaper The Times of Israel has praised Prime Minister Datuk Seri Najib Razak for calling for a new dawn in Muslim-Jewish relations during his speech at the United Nations general assembly in New York on Thursday.

    In a report, the paper said although Najib was critical of Israel’s actions during a recent violence at the Al-Aqsa mosque in Jerusalem, he had also called for improvements in Muslim-Jewish relations, which the paper said was a departure from the generally hostile tone taken by previous Malaysian prime ministers against Israel.

    “Despite Razak’s criticism, it was notable for a Malaysian leader to speak positively about Judaism and to recognise Israel as a legitimate interlocutor.

    “Malaysia is a formally Muslim state and some of Razak’s predecessors were hostile to Israel and to Jews,” it said.

    Najib quoted the Torah and Judaism in his speech, referring to the sage Hillel’s quote in calling for a new dawn in the Muslim-Jewish relationship.

    Reply
  • October 5, 2015 at 9:42 am
    Permalink

    Kat Malaysia ni bukan nak tangkap penjenayah, tapi Whistlerblower.

    Reply
  • October 5, 2015 at 9:42 am
    Permalink

    Asal sebut berbincang mesti dikaitkan dengan ‘konspirasi nak menjatuhkan’.
    Itu sajakah yang mykemut dan penjilat-penjilat yang seangkatan dengannya boleh perkatakan.

    Tak gitu sireh..

    Reply
  • October 5, 2015 at 10:28 am
    Permalink

    Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.

    Perdana menteri berkata beliau sebenarnya bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap dan beliau pula selepas itu.

    “Bukan saya jumpa… terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap,” beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai gambar beliau yang dikatakan bertemu dengan Nethanyahu yang disebarkan di laman sosial.

    Beliau berkata demikian pada akhir lawatan kerja ke Itali selama 3 hari mulai Jumaat.

    Beliau berkata pada masa itu pemimpin itu sedang menunggu keretanya.

    “Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh menteri luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan wakil tetap Malaysia di PBB,” katanya.

    Najib berkata jika beliau mengadakan perjumpaan dengan perdana menteri Israel itu tentulah ia dalam keadaan yang lebih formal.

    Beliau berkata orang ramai dapat membezakan perkara yang benar dan sebaliknya.

    “Apa-apa boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi gambaran salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial,” katanya. – Bernama, 4 Oktober, 2015.

    Reply
  • October 5, 2015 at 6:15 pm
    Permalink

    klu x besalah ape nk takut.nk gulingkn pm,pm najib tu raja ke.pak lah ltk jwtn x da masaalah pun.

    Reply
  • October 5, 2015 at 10:11 pm
    Permalink

    Pak Lah letak jawatan sebab ada masalah.

    Pak Lah letak jawatan untuk selesaikan masalah.

    Reply
  • October 8, 2015 at 8:25 am
    Permalink

    Habislah…tak lama lagi semua masuk jel lah…kaki2 ampu pun kena sumbat sekali sebab terima bayaran dari duit “derma”

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *