Fitnah Najib Pro Israel: Hati-Hati Bila Terlanggar Kepala Lutut Mereka…

Share


najib razakTaksub akan “membunuh” rasional, itulah antara intipati yang boleh penulis simpulkan atas apa yang sedang berlaku ke atas Perdana Menteri Najib Razak.

Taksub tidak dapat dilihat oleh empunya diri, yang lama kelamaan menerbitkan bibit-bibit kebencian kepada golongan sasaran. Taksub, kebencian dan kemudian akan dizahirkan dengan fitnah, atau manipulasi cerita mengikut kehendak pentaksub, waima dengan sekeping gambar.

Penulis rasa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang cuba memburuk-burukkan perdana menteri melalui fitnah seperti ini. Umum mengerti bahawa, Malaysia dari dahulu sangat konsisten kepada perjuangan untuk membebaskan Palestin. Konsistensi ini diteruskan oleh Perdana Menteri Najib Razak melalui ucapannya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu minggu lepas.

Tanpa berselindung, Malaysia tetap menyatakan sokongan terhadap Palestin yang merdeka, di samping mengutuk tindakan menceroboh oleh Israel. Malah, solidariti ke atas saudara sesama Islam dibuktikan pula dengan keazaman Malaysia untuk menerima kira-kira 3000 pelarian Syria yang terkesan dengan perang di negara mereka.

Untuk yang demikian, adalah tidak logik untuk memfitnah Perdana Menteri dengan tuduhan pro Israel. Agak melucukan, apabila ada pula pihak di Malaysia yang menggunakan hujah dari portal Israel untuk membuktikan tuduhan tersebut.

Sudahlah berpaut kepada media asing, media asing tersebut pula ialah Times of Israel.

Tentu mereka-mereka yang tidak suka kepada Perdana Menteri Najib Razak akan memanjatkan doa kesyukuran, kerana kebencian mereka kini disokong pula oleh media asing dan Israel. Sehati sejiwa, sebakul seraga. Benarlah kata Tun Mahathir, “orang Yahudi menakluki dunia dengan proxy”, dan kini proxy Times of Israel sudah bertapak di Malaysia.

Apabila Perdana Menteri Najib Razak memetik kata-kata pendita yahudi, Hillel, untuk dikembalikan kepada Israel, pedihnya bukan kepalang dirasai oleh negara penceroboh itu. Dengan apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim setelah memperlihatkan sokongan ke atas Israel sebelum ini, pendekatan kononnya Najib mesra Israel cuba sebarkan kerana Israel tahu akan ia akan mengundang kemarahan rakyat Malaysia.

Bijaknya media yahudi, yang menggunakan teknik “reverse psychology”. Kalaulah media mereka menyerang Perdana Menteri secara terang-terangan berasarkan ucapan di PBB baru-baru ini, tentu ia akan menambahkan populariti beliau di Malaysia dan dunia Islam.

Soal dua pemimpin ini berjumpa dan berjabat tangan, yang kemudian dimanipulasi kononnya Perdana Menteri Najib Razak bersetuju dengan Israel, ingin penulis ucapkan kepada mereka-mereka semua yang galak menyebarkan fitnah, selamat datang ke dunia moden.

Hati-hati bila bertembung dengan golongan-golongan ini, agar kita sentiasa berhati-hati untuk tidak terlanggar kepala lutut mereka, kerana disitulah terletaknya otak mereka.



16 thoughts on “Fitnah Najib Pro Israel: Hati-Hati Bila Terlanggar Kepala Lutut Mereka…

  • October 5, 2015 at 1:16 pm
    Permalink

    Satetment ‘Friendly’ tu is acknowledgement from Israel newspaper ya.

    Kalaulah pic tu DSAI, sure kecoh TV3 , Utuusex.

    Reply
  • October 5, 2015 at 2:07 pm
    Permalink

    kalau?

    iye lah tu. aku jugak

    Reply
  • October 5, 2015 at 2:15 pm
    Permalink

    apa salahnya najib dan kerajaan malaysia berbaik-baik dengan israel? Di Israel penduduk islamnya ada 17 peratus dan kristian cuma 2 peratus, banyak masjid di israel, dalam tentera israel juga ramai orang islam. tak ada pun dengar rakyat islam israel dianiaya oleh kerajaannya. Konflik dengan palestine bukan isu agama tapi berhubung dengan tanah yang diduduki oleh israel. Bukan semua rakyat palestine islam, 5 peratus darinya arab kristian. bukan semua rakyat israel yahudi. 78 peratus je yahudi. Yahudi, Kristian dan Islam adalah ahli kitab. agama-agama ini pun asalnya dari Nabi ibrahim (Abraham). So tak ada salahnya Najib berbaik dengan israel..kan kan kan ?

    Reply
  • October 5, 2015 at 2:34 pm
    Permalink

    azmi, ajaran sesat warisan Pakatan Retard ko tu tak payah dijaja dalam Mykmu. Tak laku.

    Reply
  • October 5, 2015 at 3:01 pm
    Permalink

    Azmi memang tak salah baik dengan isreal ,salahudin penah baik dengan jenderel kristin yg di lukakan semasa perang salip ,kena ingan yahudi kena bagi bagi balik tanah palestine yg dia duduk cara haram itu dan majid al aqsa tanah suci balik, kau lupa penduduk yahudi ini baik pada kaum badawi momen asli dulu nya mereka orang yahudi masuki islam jika mereka bukan kaum badawi ini bukan orang arab kalau tak dah lama dah mereka kena halau sebab isreal takut di salahkan kerana hapuskan kaum asli yahudi di isreal ,
    Azmi mahu kau berkonsi tanah suci dengan yahudi mereka nak musnah majid tiga paling suci kemudian bina kuil yahudi di atas tanah suci mereka, orang islam dah baik hati bagi kongsi majid ibraham apa lagi yahudi nak kan,
    Jika ikutkan yahudi tak ada tanah suci ia yahudi bangsa terbuang dari mesir buru oleh firaun
    Kalau cuba berfikir kenapa arab kristen dan arab yahudi tak mahu tunduk pada yahudi sebab mereka pentingkan bangsa yahudi mereka mereka bukan penting negara, lagi pun yahudi dia mana mahu berkonsi dengan orang lain,

    Reply
  • October 5, 2015 at 4:56 pm
    Permalink

    LONG LIVE ISRAEL..!

    Reply
  • October 5, 2015 at 5:14 pm
    Permalink

    ada gambar…ada bukti…..berjabat tangan…..senyum manis…….hahahahaha apa mykmu mau menafi lagi………

    Reply
  • October 5, 2015 at 5:45 pm
    Permalink

    Oi cina malaysia, tu yg dulu2 yasser arafat, mahmood abbas dan beberapa pemimpin dari palestin dan negara islam boleh berjabat dengan si jahanam zionis, apasal bila Najib tak boleh? Bersalam tak semestinya bersetuju dan bersahabat baik. Bersalam bukannya ber’liwat’. Ok bai

    Reply
  • October 5, 2015 at 5:47 pm
    Permalink

    SHARIZAL MAZALAM = YAHUDI ZIONIS

    Reply
  • October 5, 2015 at 7:17 pm
    Permalink

    bukan saja aku sokong najib buat baik dengan yahudi, dengan kristian pun aku setuju sebab mereka kan ahli kitab..rukun iman ada mengatakan percaya kepada kitab-kitab..taurat kepada orang yahudi kena percaya..injil kepada orang kristian kena percaya..quran pada orang islam lagi la kena pecaya..tak gitu? kan kan kan?

    Reply
  • October 5, 2015 at 8:43 pm
    Permalink

    Cina malaysia ! Itulah peribadi seorang muslim spt yg di ajar oleh Rasulullah SAW. Malah Rasulullah bukan setakat berjabat dan bermuka manis dengan org Yahudi, tapi baginda sehingga menyuapkan makanan ke mulut yahudi berkenaan yg setiap hari mencerca baginda. Indahnya Islam…

    Reply
  • October 5, 2015 at 8:55 pm
    Permalink

    Ajaran Islam ini begitu indah dan sempurna sehingga tak tergarap oleh pemikiran dan akal yg pendek lagi sempit manusia. Apalagi jika ianya datang dari hati yg tidak ikhlas.

    Reply
  • October 5, 2015 at 9:50 pm
    Permalink

    Kalau berada dalam persidangan peringkat antarabangsa seperti UNGA, amat tipis probabiliti seseorang pemimpin tidak bertembung antara satu sama lain sebabnya dewannya sama, kedudukan berbentuk separa bulat dan ahli sidang mengadap ke arah Pengerusi.

    Walaupun secara protokolnya mungkin bahagian tempat duduk ketua-ketua negara/kerajaan negara membangun dan sedang membangun terasing (contoh G8, G20 dll), namun saya yakin kesempatan untuk bertembung antara satu sama lain secara tidak terancang, ada. Itu tidak kira lagi peluang di dewan jamuan atau bilik-bilik rihat. Jangan lupa di pintu keluar masuk pun boleh bertembung.

    Kalau seseorang itu biasa dengan menghadirkan diri dalam pertemuan antarabangsa, pertembungan sebegini tidak menjadi isu besar. Itu logik.

    Reply
  • October 5, 2015 at 10:07 pm
    Permalink

    CM banyak sangat makan babi pasal tu akalnya pendek..macam kaki babi.

    Reply
  • October 6, 2015 at 1:05 pm
    Permalink

    aku tak sokong buat baik kat israel.. diorg memang tak nak keamanan terhadap palestine.. tengok klip netanyahu berucap hari tu pon dah membuktikan yang diorg tak nak keamanan di timur tengah tu.. keganasan israel patut dikengkang dan buat masa ni tak de sape pon yg cukup kuase nak halang israel tu.. solution konflik israel palestine ni hanye lah buat solution 2 negara dan recognise palestine sebagai satu entiti negara official dan ini komfem tak kan dipersetujui oleh israel..

    nak kate negara kite tak de produk israel pon aku rase budak2 jer percaya.. kalau sape percaya lagi memang budak2 tak abis belaja la.. contoh senang, medical kite tu pon penuh syarikat israel.. siap ade barang medical dari israel rebranding semata2 nak bawak masuk malaysia.. jadi dengan dunia tanpa sempadan sekarang ni kite pon tak boleh elak nak kene deal ngan israel tapi tak semestinye kite kene setuju n baik ngan diorg..

    pasal najib ngan bibi tu memang logik la diorg akan terserempak.. dah nama pon semue pemimpin berkumpul kat satu tempat kalau tak terserempak tu memang rare la..

    eh jap.. israel bukan kat middle east gak ke? hehehe!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *