MCA dan Gerakan desak DAP mohon maaf atas isu keretakan kaum.

Polarisasi sosial dan ke­tegangan sentimen perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini berpunca daripada angkara DAP yang berterusan bermain dengan api perkauman.

Sehubungan itu, Gerakan dan MCA hari ini mendesak DAP supaya tampil memohon maaf serta bertaubat atas tindakan mereka selama ini yang dilihat akan membawa kehancuran kepada kehidupan bermasyarakat di negara ini.

Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng menegaskan, taktik DAP untuk mengapi-apikan sentimen dalam kalangan masyarakat telah pun bermula sebelum Bersih 4.0 apabila Penasihatnya, Lim Kit Siang memijak gambar beberapa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang.

Kata beliau, DAP seterusnya te­lah merampas perhimpunan haram Bersih 4.0 dengan matlamat buruk dan agenda politik untuk menunjukkan kuasa melalui demonstrasi jalanan yang menyaksikan kebiadaban penyokong-penyokongnya.

“Bukti ini jelas menunjukkan bahawa DAP yang memulakan budaya tidak sihat ini. Kita perlu faham kenapa tidak munculnya himpunan baju merah pada Bersih 1, 2, 3 tetapi apabila Bersih 4.0 ada perhimpunan baju merah. Ini kerana reaksi kepada kebiadaban tersebut.

“Kita kena lihat ada kain ren­tang minta hapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) pada perhimpunan baju merah. Kenapa ada SKJC sahaja kenapa tiada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT)?

“Ini kerana DAP telah pun menanam kebencian dan cuba mengapi-apikan sentimen antara kaum. Oleh itu kami mengutuk sekeras-keras­nya tindakan DAP dan mahu DAP bertaubat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Dalam pada itu, Lian Ker berkata, tindakan penyokong-penyokong DAP memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyinggung perasaan dan hati masyarakat Melayu.

Menurutnya, provokasi-provokasi politik oleh DAP tidak wajar dilakukan memandangkan negara sedang dilanda krisis ekonomi global dan kejatuhan nilai ringgit.

“Sedarlah bahawa pembinasaan negara dapat berlaku dalam sekelip mata tetapi pembinaan negara mengambil tempoh masa yang lama, begitu juga jambatan silaturahim dan hubungan baik antara kaum dalam negara ini,” katanya.

Utusan

2 thoughts on “MCA dan Gerakan desak DAP mohon maaf atas isu keretakan kaum.

  • October 1, 2015 at 8:30 pm
    Permalink

    Amat setuju sekali. Dalam sejarah selepas Mei 13, kita tidak dikejutkan dengan sebarang demonstrasi yang melampau selain dari perhimpunan kecil kesatuan sekerja. Tetapi kita “berperang ideologi dan perpecahan sokongan apabila Anwar mengapikan pemecatannnya pada 1998 dan seterusnya pada pasca 2008 di mana demonstrasi jalanan menjadi senjata untuk menggertak pemerintah. Perhimpunan Hindraf, Reformasi, Bersih 1,2,3,4 merealisasikan kemuncak permainan politik untuk memerah sokongan dan meraih simpati. Di kesemua demo itu api perkauman telah ditiup di sebalik rejim reformasi, “ubah” dan “jatuhkan”.

    Pada hal kita telah dapat mewujudkan kesepaduan dan penerimaan kepelbagaian walupun berlainan kepercayaan dan budaya. Cuba kita tinjau pra1998. Semua kekecohan berelemenkan perkauman dapat dibendung ataupun didamaikan demi mewujudkan negara sejahtera. Tetapi kerakusan parti politik berfahaman melampaui sempadan solidariti itu jelas menanam benih anti-establishment yang cepat merebak dengan adanya media sosial dan rantai jaringan mereka.

    Memang patut mereka dipersalahkan.

    Reply
  • October 1, 2015 at 11:28 pm
    Permalink

    Gendang yang dipalu oleh DAPig ba-alif-ba-ya dan Aim-Si-A sama je bunyinya. Pemainnya sahaja pakai baju warna berbeza. Topi masih sama.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *