Himpunan Merah: Riak Kecil Berkocak, Ombak Meninggi Menjadi Gelombang

Red-Shirt-Rally-4Jangan hairan, apabila idea Himpunan Merah dilontarkan, wujud suara-suara sinis yang tidak meletakkan harapan akan kejayaan besar yang dicapai oleh penganjur. Bukanlah bersifat negatif, namun kehambaran sambutan itulah yang sering berlaku apabila himpunan atas nama Melayu dianjurkan, kecuali yang dianjurkan oleh UMNO di dalam salah sebuah stadium di ibu negara sedikit masa dahulu.

Tidak perlu kita perbesarkan tentang kesinisan mereka, kerana ianya lahir dari pengalaman. Ia lebih jujur, kerana menceritakan tentang kebimbangan sambutan berbanding satu lagi golongan yang menghentam kromo idea dan perlaksanaan himpunan merah. Jika tidak menyokong himpunan bangsanya sendiri yang mahu mengingatkan akan hak seperti yang termaktub di dalam perlembagaan sekalipun, rasanya tidak perlu untuk bersikap anti-baju merah sekaligus membunuh semangat Melayu itu.

Orang Melayu sudah lama bersabar atas provokasi-provokasi rekayasa pihak-pihak tertentu. Hatinya seperti ditusuk sembilu, kesabaran dirobek sehingga ngilu, sehingga jiwanya pilu. Hari demi hari, waktu berlalu, Melayu sedikit demi sedikit bangkit dari lamunan, segar dari layu. , 16 September 2015 membuka lembaran baru, untuk sama-sama kita kibarkan panji Merah untuk Melayu, dan juga untuk rakyat bersatu.

Pedulikan tentang angka-angka yang diperdebatkan, kerana hakikatnya Kuala Lumpur tersenyum melihat buminya ditenggelami lautan Merah. Merah bersemangat, persis tahun 1946.

Bukan Melayu tidak perlu khuatir, kerana kejayaan himpunan merah tempoh hari menjadi bukti, bahawa ia bukanlah berlandaskan kebencian kepada kaum lain. Sebaliknya, himpunan merah adalah berkisar tentang betapa sayangnya orang Melayu kepada agama, bangsa dan negaranya.

Ketepikan segala perbezaan, pegang kepada persamaan, akhirnya Himpunan Merah menyatukan cita-cita penyatuan. Dari riak ia berkocak, kocakan kecil kelamaan menjadi ombak, tatkala ombak mula meninggi, nantikan terjahan si gelombang.

Gendang terus dipalu, untuk mengingatkan Melayu, tatkala semboyan berbunyi, segeralah berbakti. Kuala Lumpur sudah merasai, pulau mutiara pula bakal menjadi saksi.

Demi Allah, Melayu tidak akan menyerah kalah!

16 thoughts on “Himpunan Merah: Riak Kecil Berkocak, Ombak Meninggi Menjadi Gelombang

  • September 22, 2015 at 12:51 PM
    Permalink

    Gue sokong melayu .. gue x sokong PM najib ..

    Reply
  • September 22, 2015 at 1:12 PM
    Permalink

    Sokong tak sokong itu hak masing2…didalam keluarga pun belum tentu satu suara…yg penting…kita tunjukkan yg kita bersatu demi ummah.

    Jangan sampai benci dan berdendam sudah…takut kita tidak resional…takut jadi taksub…yg merah dikata rasis, yg kuning dikata hak.

    Reply
  • September 22, 2015 at 1:56 PM
    Permalink

    semua tututan baju kuning dah laksanakan oleh pm
    Tututun baju merah belum dilaksanakan tak orang kecuh pun

    Macai bersih patut sedar diri

    Reply
  • September 22, 2015 at 2:58 PM
    Permalink

    Hehe…admin mykmu xnak bukak artikel pasal kes pergantungan The Edge ke…kha kha kha…nk tgk jugak mcm mane mykmu bagi pusing ayat kha kha kha

    Reply
  • September 22, 2015 at 3:40 PM
    Permalink

    Saya sokong umno dan najib

    Reply
  • September 22, 2015 at 6:58 PM
    Permalink

    Saya sokong Islam dan Melayu. Saya sekeluarga anakcucu sokong 100 peratus Datuk Seri Najib.

    Reply
  • September 22, 2015 at 7:02 PM
    Permalink

    Sahabatsey yang selalu hentam sey kek sini Abu Bakar,mano kau poie jang.Dulu laie dah den kaba an jgn jolok sarang toboan,haa kan kau dah ngelupur sakan.Apa pun aku doakan sedara kita Abu Bakar dah insaf dan dah bertemu jalan kebenaran di hadapan.Aminnnnnnnnnnnnnnn

    Reply
  • September 22, 2015 at 11:33 PM
    Permalink

    Demi anak cucu dan keturunan ku, aku rela berputih tulang dari berputih mata. Awas pengkhianat.

    Semboyan sudah berbunyi. Kitar gegarkan Pulau Mutiara.

    Reply
  • September 23, 2015 at 8:08 AM
    Permalink

    ‘ Demi Allah, Melayu, tidak akan menyerah kalah !…… Demi UMNO dan kelangsungan bangsa Melayu di bumi bertuah ini, aku akan tetap menyokong kepimpinan Najib.

    Reply
  • September 23, 2015 at 8:34 AM
    Permalink

    abu bakar malas nk layan macai bodoh.buang karan je.

    Reply
  • September 23, 2015 at 12:58 PM
    Permalink

    rockers..aku rasa lu la penjilat jubur x basuh yg paling tegar,,,rockers kalau jilat jubur cina bersih mcm baru lepas basuh gan air,,,kha kha kah

    Reply
  • September 23, 2015 at 2:44 PM
    Permalink

    Taat pada pemimpin menjadi teras perjuangan aku selama ini..dan akan kekal ke akhirnya…In syaa Allah..kekal bersama UMNO dan kepimpinan Najib.

    Reply
  • September 23, 2015 at 5:20 PM
    Permalink

    Aku rasa saudara Abu Bakar tu Khairudin Abu Hassan la

    Hehehehe

    Reply
  • September 26, 2015 at 8:05 PM
    Permalink

    umno blh hidup kewtanpa cina?anak melayu suka merempit mlm mggu.emak bapak sibuk cr duit nkwmenampung kos yg semakin tggi.songkok tinggi buat ape ?bodek projek @ jual projek.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.