Keganasan Bola Sepak: Polis Perlu Bertindak ke Atas Ultras Malaya, Khairy Perlu Waras

Jika mahu menyalahkan FAM bukankah Khairy selaku Menteri Belia Dan Sukan yang bertanggungjawab memantau semua kegiatan sukan di negara ini perlu turut mengambil tanggungjawab gagal mengkoordinasikan kawalan keselamatan untuk satu perlawanan penting seperti ini.

mas-arab
Tindakan sebahagian penyokong bola sepak negara mencetuskan kekecohan di minit-minit akhir perlawanan kelayakan antara Malaysia menentang Arab Saudi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam, malam tadi adalah satu jenayah yang harus dipandang serius.

Ketika majoriti peminat bola sepak negara terhibur dengan permainan menarik separuh kedua, muncul segelintir penyokong Malaysia yang bergelar Ultras Malaya melemparkan suar, bunga api dan mercun ke tengah padang ketika perlawanan masuk minit ke-88 apabila terpaksa dihentikan.

Ketika ini pasukan Malaysia sedang meberi saingan sengit kepada pasukan gergasi asia tersebut dan ketinggalan ketinggalan 1-2.

Berikutan keadaan semakin te­gang, pengadil perlawanan Liu Kwok Man dari Hong Kong terpaksa menghentikan perlawanan, sebelum mengarahkan semua pemain masuk ke bilik persalinan, ketika pasukan keselamatan cuba mengawal keadaan.

FAM_ANJINGBanyak media melaporkan Ultras Malaya merancang berbuat sesuatu di stadium malam ini untuk memalukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kita mungkin menyangka ia sekadar nyanyian memaki pemain atau paparan kain rentang biadap seperti menggambarkan FAM dengan seekor anjing beberapa bulan lalu.

Apa yang berlaku benar-benar memalukan negara memandangkan perlawanan itu juga disiarkan secara langsung ke beberapa buah negara khususnya Arab Saudi.

Kita boleh bertanya apa sudah jadi dengan kawalan keselamatan ke atas penonton yang memasuki stadium? Bagaimana mereka boleh membawa masuk mercun, bunga api dan suar ke dalam stadium?

Tapi hakikatnya kita tidak perlu bertanya apa-apa kecuali mengecam budaya kurang ajar, biadap dan melanggar undang-undang seperti ini! Mereka yang melakukan ini bersalah dan harus dihukum!

Keadaan ini wujud kerana ada pihak sewenang-wenangnya mmebakar api kemarahan peminat fanatik yang mahu menjatuhkan kepimpinan FAM sekarang tanpa melakukan justifikasi rasional langsung.

Lihat sahaja cara Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melalui akaun Twitter yang terang-terangan cuba menyalahkan FAM selain mereka yang membuat kekacauan.

Beliau yang antara lain berkata: “Saya ada di Stadium SA (Shah Alam) malam ini. Melihat sendiri insiden yang memalukan. Baling suar salah. Kawalan Stadium.” Beliau turut mempersoalkan, kegagalan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengawal keadaan.

Budaya apa Khairy cuba bawa? Khairy cuba menjaga populariti beliau di kalangan “perosak” bola sepak ini? Bukankah Khairy sepatutnya mengecam terus tindakan melanggar undang-undang, memalukan negara dan membahayakan nyawa orang lain yang dilaku oleh Ultras Malaya tanpa perlu menyalahkan FAM?

Wajarkah apabila ada kemalangan maut membabitkan pemandu yang cuai dan memandu secara merbahaya maka kita sibuk menyalahkan pihak Polis kerana tidak mengambil tindakan awal?

khairyJika mahu menyalahkan FAM bukankah Khairy selaku Menteri Belia Dan Sukan yang bertanggungjawab memantau semua kegiatan sukan di negara ini wajar turut mengambil tanggungjawab gagal mengkoordinasikan kawalan keselamatan untuk satu perlawanan penting seperti ini.

Sesungguhnya apa yang berlaku sekali lagi mencatatkan sejarah hitam kepada bola sepak Malaysia selepas tidak sampai seminggu pasukan negara mengalami kekalahan memalukan dibelasah 10-0 oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi pada Khamis lalu.

Namun begitu perlu dingat, ini bukanlah kali pertama sekelompok penonton yang kononnya meng­anggap diri mereka penyokong tegar bola sepak Malaysia berbuat demikian. Sebelum ini ketika perlawanan Liga Super kejadian seumpa­ma itu sudah berlaku.

FAM hanyalah sebuah persatuan bukan agensi kerajaan.

Bukankah sepatutnya Menteri dan Kementerian yang terbabit memgambil iktibar dari kejadian-kejadian sebelum ini bekerjasama dengan FAM dan Polis mengatasi isu ini? Menteri Belia dan Sukan tidak sepatutnya cuci tangan seolah-olah beliau tiada apa-apa tanggungungjawab kecuali membuat kenyataan populis.

Khairy atau sesiapa sahaja tidak boleh menggalakkan budaya menentukan sesuatu kepimpinan atau perubahan dibuat secara kekerasan dan mengikut kehendak mereka yang berani kurang ajar dan biadap.

Kita juga mahu Polis melaksanakan semula “law and order” di negara ini. Sudah banyak orang tidak lagi peduli undang-undang negara, dari “holigans bola sepak” sehinggalah kepada “kaki demontrasi jalanan”. Apakah Polis mahu menanti orang mati sebelum bertindak?-

Nota:
Jika FAM bersalah dengan kekalahan 10-0 tempoh hari, apakah hari ini FAM ditadbir oleh orang lain sehingga Malaysia memberi persembahan membanggakan menentang Arab Saudi? Apakah kepimpinan FAM yang lain membawa Malaysia menjuarai Sukan SEA dan Piala AFF sebelum ini? Mereka yang menyalahkan FAM ini, apa kejayaan mereka membangunkan bola sepak negara atau negeri?-MYKMU.NET

9 thoughts on “Keganasan Bola Sepak: Polis Perlu Bertindak ke Atas Ultras Malaya, Khairy Perlu Waras

  • September 9, 2015 at 7:10 am
    Permalink

    Aku x suka Khairy dulu, kini dan selamanya. #GugurkanKJ

    Reply
  • September 9, 2015 at 7:22 am
    Permalink

    sudah lah KJ..yang kau tau nak lepaskan tengkok kau aje. rasa tak pernah nak bertanggungjawab sikit pun. camni kau nak bawak Malaysia ke Piala Dunia? Mentaliti kau pun sama dengan geng Ultras Haramjadah tu..kharrkk ptuii

    Reply
  • September 9, 2015 at 8:22 am
    Permalink

    FAM memang bangsat..awat nak marah khairy?..suruh jelah ultras malaya ambik alih FAM..lepas tu kite tgok ape jadi…kalau takde peubahan kita bangsatkan dorang pulak..itukan budaya kita..saling membangsatkan mana-mana pihak yg tak sebulu dgn kite..dlm UMNO pun mcm tu…org mahathir nak jatuhkan najib…org najib nak jatuhkan org mahathir..semuanya poyo

    Reply
  • September 9, 2015 at 9:14 am
    Permalink

    KJ adalah menteri sukan yang ersangat giler glamour. Buat program FIT Malaysia masuk TV lah. Sebenarnya tak salah buat program seperti itu untuk golongan belia tapi janganlah giler glamour semberono sampai tak tahu yang mana sepatutnya dipersalahkan.

    Yang jelas semalam segelintir penyokong ultras Malaya bertindak liar. Tapi Menteri Belia dan Sukan telah memberi komentar yang kuras WARAS. Dia hanya tahu menyalahkan sahaja.

    Reply
  • September 9, 2015 at 11:35 am
    Permalink

    Alah. Yg buat hal tu semua geng kaki demo. Mana nak takut ataupun serik (dapat pengajaran) bila kena angkut dgn Black Maria pi Balai,kena amek ‘statement’ je, Pastu lepaih balik, buat balik, lepaih balik. Macam muka2 yg buat demo depan Sogo aritu. Sepatutnya , hakim bagi reman 14 hari , baru ada rasa sikit. Yg wajar, mereka2 ni di antar ke pusat pemulihan ‘mental’.

    Reply
  • September 9, 2015 at 12:55 pm
    Permalink

    aku percaya anggota polis yang membuat pemeriksaan(terhadap penonton yang datang) tidak mencukupi bilangannya dimana pemeriksaan lebih teliti terhadap penonton tidak dapat dilakukan…kerana kekurangan ini maka berlaku lagi penonton dapat meloloskan diri membawa suar ke dalam stadium…aku bukan nak salahkan pihak polis, KJ harus beri arahan/cadangan kepada FAM supaya kakitangan FAM dapat ditambah untuk membantu pihak polis membuat pemeriksaan…FAM boleh menggunakan khidmat pengawal keselamatan untuk membantu polis membuat pemeriksaan…jangan fikir tentang kepentingan(keuntungan) penjualan tiket sahaja, kepentingan keselamatan harus juga diberi keutamaan yang sama

    Reply
  • September 9, 2015 at 1:49 pm
    Permalink

    Toi tu pemerhati. PDRM ‘hands are tighted’ Banyak yg dah tak menghormati undang2.
    Pi kat jalanraya dah jelas. Langgar lampu merah, overtake kat double line, potong queve dsbnya. Ini semua gara2 oppo untuk melemahkan semangat Anggota. Silap sikit, jenoh di viral kat You-Tube.

    Walaubagaimanapun kita nyanyi

    “Budak-budak pergi sekolah
    Yg tua berjalan ke kedai
    Polis pimpim menyeberang jalan
    Semuanya selamat sampai.

    Polis sedia berkhidmat, kerna negeri dan rakyat

    Reply
  • September 9, 2015 at 3:58 pm
    Permalink

    minta maaf cakap bukan orang cina(terutama ‘babi belaan DAP’) sahaja dilihat semakin biaDAP sekarang ini, orang melayu pun ada sama semakin tidak beradab sekarang ini maka tidak hairan kenapa anggota polis terpaksa menggunakan ‘taser’ sekarang ini…maksud semakin tidak beradab itu ialah berkelakuan liar & ganas

    Reply
  • September 12, 2015 at 10:52 am
    Permalink

    Khairi ni macam Nuar lah. Pandai cakap tapi buat kerja hampas dan hati busok!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *