“Surat Tan Sri Syed Mokhtar” Dari Tulisan Amin Yatim

Share

syedmokhtar-aminyatimTan Sri Syed Mokhtar Albukhary menafikan beliau merupakan penulis “Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Najib Razak” yang tersebar luar sejak beberapa hari lalu.

MYKMU.NET boleh mengesahkan bahawa artikel tersebut bukan tulisan Syed Mokhtar kerana ia pernah disiarkan oleh laman ini. Beberapa minggu lalu, MYKMU.NET menyiarkan e-mel pembaca yang menggunakan nama pena Amin Yatim, bertajuk “Warkah Buat Rakyat Malaysia: Najib Razak Umpama Kain Buruk, Kita Sedang Memusnahkan Negara Sendiri” yang antara lain menyenaraikan pencapaian Najib Razak membangunkan negara selama 6 tahun ini.

Namun artikel tersebut muncul semula sejak minggu lalu menggunakan nama tokoh perniagaan terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. “Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Najib Razak” yang tersebar tersebut 99% serupa dengan emel yang kami terima dari Amin Yatim.

Bagaimanapun rata-rata penerima artikel terbabit sebenarnya menerima baik fakta-fakta yang diberikan oleh “Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary” dan menganggapnya satu tulisan yang berani memandangkan hubungan baik beliau dengan Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.-MYKMU.NET

4 thoughts on ““Surat Tan Sri Syed Mokhtar” Dari Tulisan Amin Yatim

  • September 3, 2015 at 3:48 pm
    Permalink

    itu aku cakap pembangkang cuba laga2 orang kita ini gunakan atikal orang kemudian menabah-menabah konon tulisan syed mokhtar itu kerja pembangkang

    Reply
  • September 3, 2015 at 4:50 pm
    Permalink

    Kesemua photo Syed Mokhtar yang kita namapak, dia sedang tersenyum lebar. Senyuman bermakna murninya hati budinya , baik, pemurah dan tiada prasangka sesama manusia.

    Hasil dari senyuman serupa itu lihatlah siapa Syed Mokhtar sekarang. Jadi tuan tuan yang budiman… senyumlah kerana senyuman itu sedekah dan percuma yang memberi rezeki paling lumayan.

    Reply
  • September 3, 2015 at 11:38 pm
    Permalink

    Tanda tangan nama pun dalam huruf kecil. Jadi tak kan dia sign namanya begitu. Jadi dari awal saya sudah teka bukan beliau tulis kerana TS SM adalah kroni Tun M. Tak mungkin dia nak puji DS Najib. Ini apa yang diberitahu oleh kawan-kawan.

    Reply
  • September 4, 2015 at 12:13 am
    Permalink

    najib je yg muka serabut memikirkn kt mana lg aku nk simpan 2.6b tu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *