Tolonglah Beri Mahathir Fakta Yang Betul

1. Tulisan terbaru Tun Mahathir bertajuk “THE 2.6 BILLION DONATION?” menyarankan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak dan penyokongnya perlu berhenti meyakinkan rakyat bahawa RM 2.6 B adalah derma. Kata Dr Mahathir tiada sesiapa pun akan percaya.

2. Sebenarnya ramai yang percaya kerana tidak ada penjelasan lain yang logik untuk jumlah tersebut. Jika Tun Mahathir menyatakan ia bukan derma, beliau perlulah memberi bukti apakah projek kerajaan yang memungkinkan Mohd Najib mengaut rasuah sebanyak itu.

3. Dr Mahathir juga menyatakan “Explaining that it was given because of Malaysia’s stand against the Islamic State is absurd as the Islamic State showed their brand of terrorism only in 2014 whereas the money came in in 2013 or before.”

4. Adakah Mahathir mendengar Mohd Najib meneyebut menyebut ISIS/IS atau ia merupakan tafsiran pemimpin UMNO tertentu mengenai penerangan derma politik dari Timur Tengah. Mungkin PM berkata ia merupakan sebagai sumbangan kerana menghargai peranan Malaysia dalam keamanan dunia Islam dan pemimpin terbabit mentafsirkan sebagai menghalang ISIS.

ISIS-HISTORY5. Tapi andainya itu benar, para pembantu Mahathir sepatutnya membuat sedikit penyelidikan di wikipedia sahaja sudah tahu bahawa Islamic State ini sudah muncul sejak 2006. Malang sekali Tun Mahathir menggunakan gosip-gosip politik murahan di Facebook untuk dijadikan rujukan.

5. Dr Mahathir bertanya, “Why 700 million dollars? Surely it is too big for the needs of Malaysian elections, except if it is to bribe the Malaysian electorate. Why should anyone want to bribe the Malaysian electorate so Najib would win. Malaysians have supported the BN without the need to be paid huge bribes by anyone, least of all by foreigners.”

6. Sumbangan pelobi politik antarabangsa kepada negara tertentu atau parti tertentu bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi memastikan kepentingan mereka terjaga terutamanya membabitkan politik antarabangsa. Jika ada hartawan Arab mahu menderma atau membantu UMNO kekal memerintah kerana kepentingan ideologi dan hubungan baik ia bukanlah luar biasa.

7. Adakah Mahathir sendiri berani bersumpah Barisan Nasional dan UMNO di bawahnya tidak pernah menerima sumbangan beratus juta dari jutawan tertentu dalam negara? Sumbangan mereka ini lebih bahaya kerana mereka mempunyai kepentingan perniagaan yang jelas dengan Mahathir.

8. Apabila bersara Mahathir menyerahkan RM 200 juta kepada Abdullah Ahmad Badawi. Ini bakinya. Berapa banyak yang dibelanjakan oleh Mahathir dalam pilihan raya 1999? Dari mana datang wang tersebut? Apakah jumlah yang dipegang Mahathir dalam pilihan raya 1999?

9. Mahathir membuat kenyataan seolah-olah jika benar wang tersebut digunakan untuk pilihan raya, maka ia merupakan cubaan merasuah pengundi. Dalam kamus politik Mahathir beliau sahaja suci, apa orang lain buat semuanya kotor dan hina.

10. Mahathir perlu bezakan antara rasuah politik iaitu memberi wang untuk setiap undi, dengan perbelanjaan pilihan raya untuk program, bantuan orang miskin, kos publisiti, bayaran jentera dan lain-lain. Mahathir boleh membezakannya semasa beliau Perdana Menteri dan terdesak untuk menyekat Anwar Ibrahim, tetapi buat-buat bodoh sekarang ini kerana mahu menjatuhkan Najib.

11. Mahathir juga mencabar Timbalan Perdana Menteri mendedahkan siapa penderma tersebut dan perincian transaksi. TPM tidak ada keperluan dan kewajipan mendedahkan sumber wang tersebut selagi penderma tersebut mahu kekal tanpa dikenali. Sudah tentu orang yang menderma wang berbilion ringgit ini perlu berhati-hati agar beliau tidak menjadi mangsa pihak lain sama ada yang anti-Malaysia atau anti-UMNO sendiri.

12. Apakah jika diberi semua perincian ini Mahathir akan tutup mulut dan berhenti membuat kenyataan karut marut untuk menjatuhkan Mohd Najib? Pastinya tidak. Mahathir seorang keras hati yang tidak akan mengaku salah secara terbuka. Ego beliau terlalu besar.

13. Mahathir juga membuat tuduhan “All these information could have been verified by the task force of four. But Najib dismantled the task force by sacking the A.G., sending the head of MACC on leave, and accusing Bank Negara of leaking Government secrets.”

14. Mahathir salah fakta lagi. Pertamanya tidak ada “task force of four” seperti yang beliau dakwa. Pasukan Petugas Khas hanya terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara dan Polis. Ini disahkan sendiri oleh Peguam Negara kesayangan beliau, Tan Sri Abdul Ghani Patail.

15. Peguam Negara hanya memberi nasihat perundangan bagi siasatan terbabit. Justeru sama ada Ghani atau sesiapa Peguam Negara ia tidak menggganggu proses penyiasatan. Mereka akan merujuk kepada undang-undang yang sama.

16. Mengapa Tun yang beberapa tahun kebelakangan ini membenci Ghani kini mempertahankan bekas Peguam Negara terbabit? Bukankah Tun antara yang menuduh Ghani dengan bermacam tuduhan dalam isu Pulau Batu Putih dan kehadiran warga singapura dalam pejabat Ghani? Apakah kerana Ghani kemudiannya mengikut kehendak Tun untuk menjatuhkan Najib maka ia menjadi lembu suci?

17. Mohd Najib tidak pernah membubarkan Task Force terbabit kerana ia bukan kuasa Perdana Menteri. Penubuhan Task Force pun bukan erti kata sebenar ini kerana mereka menyiasat isu berbeza.

18. Tuduhan Tun bahawa Ketua Pengarah SPRM diarah bercuti sangat melucukan. Jika pegawai Tun ambil masa menyelidik tentu beliau tahu bahawa, Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah menjalani pembedahan di sebuah hospital di ibu negara pada hari Jumaat, 7 Ogos 2015. Berapa banyak Tun perlu berbohong untuk menjatuhkan Mohd Najib?

19. SPRM menyatakan mereka telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada YAB Perdana Menteri. SPRM menyatakan butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri. Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma.

20. SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut. Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB.

21. Ini semua kenyataan SPRM yang dibuat oleh pegawai penyiasat asal yang Tun sendiri kata perlu dikekalkan dan masih kekal sehingga hari ini. Jadi Tun merepek apa sebenarnya?

22. Tun berhadapan dengan krisis fakta dan kebenaran yang serius. Para pegawai Tun Mahathir jagalah integriti dan maruah beliau. Periksalah fakta terlebih dahulu. Janganlah jadikan blog Tun setaraf komen-komen picisan dalam facebook. – MYKMU.NET

48 thoughts on “Tolonglah Beri Mahathir Fakta Yang Betul

  • August 26, 2015 at 9:16 pm
    Permalink

    hehehehe….pembohongan untuk menutup pembohongna…tolong lah cai-cai Najib !! hangpa mencipta lagi banyak pembohongan untuk menutup pembohongan !! kesian la kat Najib…kekadang dia cakap lain, cai-cai kaki bodek dia cakap lain, itu lah yang menjadi….

    kejap derma untuk kerajaan, kejap derma untuk UMNO.
    Kejap duit ada kat cayman Island, kejap duit ada kat singapura
    kejap dalam bentuk cash dan kejab dalam bentuk asset
    kejap pengerusi PAC kejap jadi menteri

    kekadang…aku kesian kat Najib..dia spin sekali, kaki-kaki bodek dia macam editor MYKMU si Lokman ni spin 10 kali…sampai Najib pun tak tahu apa-apa ! hehehe

    alooo…lokman aku tau la hang dok aim nak jawatan timbalan menteri, dulu kat PKR hang tak boleh makan si rafizi…hang lari balik masuk UMNO ! jadi toyol belaan….kat MYKMU ni hang berlakun macam bagus-bagus….bebudak baru peminat-peminat Najib ni tak tau hang punya musibat…mana masuk banyak..kat situ la hang ada !!

    Reply
  • August 26, 2015 at 9:43 pm
    Permalink

    Cukup cukuplah wahai mamak karala. Badan pun sudah mula berbau tanah. Hentikanlah fitnah. Kelak tak sempat mohon maaf pada org yg dia aib dan malukan.

    Kesihan jugaklah dengan pemuja dan penjilat lendir pembohongan mu. Mereka akan dicerca kelak selepas kamu tiada. Mereka kelak akan dikenang sbg perosak negara bangsa.

    Reply
  • August 26, 2015 at 9:52 pm
    Permalink

    Harap zahid sambut cabaran Tun M agar segala persoalan yg diutarakan oleh Tun M terjawab. Tak jadi masalah kpd zahid utk menjawab kerana beliau sudah menyatakan bahawa ada berjumpa dgn keluarga penderma. Semoga jawapan zahid akan mengunci mulut Tun M. Jgn zahid hamidi bertukar jadi zahid komidi udah lah.

    Reply
  • August 26, 2015 at 9:54 pm
    Permalink

    Bila dah hasad penuh dalam dada , inilah jadinya biarpun bertaraf negarawan .

    Reply
  • August 26, 2015 at 9:54 pm
    Permalink

    sebenar is pecah dari Jama’at al-Tawhid wal-Jihad cawangan al qaeda iran pada 2004 lagi ,

    macai ini semua ambil fakta dari sinar ketika cawangan di pahang baca terus terang ini najib tak rasmikan pun cawangan kuatan itu yg rasmikan datuk seri wan adnan
    wan mamat.

    Ini petika akbar sinar=
    KUANTAN – “Beberapa negara lain turut menerima sumbangan wang daripada Arab Saudi selain daripada negara ini.”

    Itu didedahkan Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat berikutan isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Menurutnya penderma sebenar wang tersebut didedahkan dan dijelaskan kepada 146 Ketua Umno Bahagian ketika perjumpaan bersama perdana menteri pada Rabu lalu di mana wang tersebut adalah sumbangan politik dari Arab Saudi kepada negara ini.

    “Ia sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    “Bukan Malaysia sahaja yang menerima sumbangan atau derma daripada Arab Saudi, ada lagi dua tiga negara lain turut menerima sumbangan sama, termasuk masyarakat Islam di Filipina dan (Selatan) Thailand,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Serentak

    Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kuantan di sini, semalam.

    Hadir sama, Ketua Wanita Umno Bahagian, Datuk Zaiton Mat, Ketua Pemuda Umno bahagian, Nara@Nikman Nordin dan Ketua Puteri Umno Bahagian, Roslina Ibrahim yang turut disertai kira-kira 600 ahli dalam majlis tersebut.

    Tambahnya, wang tersebut juga menghargai usaha kerajaan Malaysia yang begitu komited menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

    Menurutnya, Najib yang juga Presiden Umno turut menjelaskan wang tersebut dimasukkan ke akaun peribadi beliau kerana ia adalah sumbangan Arab Saudi kepada Najib dan bukannya kepada parti.

    Menurutnya lagi, penjelasan itu sudah membuatkan semua ketua bahagian berpuas hati dan mengharapkan perkara ini tidak lagi dipanjangkan bagi mengelakkan timbul kekeliruan berterusan di kalangan ahli parti dan rakyat.

    “Buat masa ini, kita menghadapi cabaran sangat berat dan jika krisis kepercayaan berlarutan, ia pastinya menyukarkan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

    “Selaku Ketua Umno Bahagian ini, saya akan membentangkan usul menyokong penuh kepimpinan perdana menteri dan pemimpin Umno yang lain pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian minggu depan yang akan dirasmikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein,” katanya.

    bukannya najib cakap duit itu untuk memerangi is, najib cakap duit dari derma dari arab , tapi Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat yg banggang sangat cakap untuk memerangi is macai abu ya pun putar belik fakta cakap najib cakap.
    Ini susuh nya,umno kena lantik orang tahu berlimu dan tahu isu semasa, tahu perlembagaan parti umno itu, tak ada umno main dan putar belik oleh macai RBA macam abu ya ini

    Reply
  • August 26, 2015 at 9:56 pm
    Permalink

    apa fakta yg betul sebenarnya admin?

    1. wang itu utk halang Isis?
    2. wang itu utk krmajuan Islam malaysia?
    3. wang itu utk pilihanraya?
    4. wang itu utk modal meniaga?
    5. wang itu harta pusaka sedara bau bacang PM kat timur tgh?

    sebab fakta xda .. yg kuar pun merapu dan berbagai versi dari menteri dan cai najib termasuk dlm kmu ni ..

    btw JK ekonomi baru ni dibentuk oleh PM leh belajar cara kutip derma macam tu .. kalau ajk JK ekonomi tu ada 14 org,kali 2.6 bilion sorang ..selesai masalah ekonomi negara. xyah mesy 7hari 7 malam memkirkan prnyelesaian.

    ps .. zaman tun dulu banyak fakta yg jelas,yg mudah dan kuat utk psytroop dan blogger pro bn patahkan hujah pembangkang .. la ni zaman najib mykmu pun jadi merapu

    Reply
  • August 26, 2015 at 9:56 pm
    Permalink

    Aku.ini fakta aku silap
    sebenar is pecah dari Jama’at al-Tawhid wal-Jihad cawangan al qaeda iran pada 2004 lagi ,

    ini fakta sebenar
    fakta sebenar is pecah dari Jama’at al-Tawhid wal-Jihad cawangan al qaeda iraq pada 2004 lagi ,

    Reply
  • August 26, 2015 at 10:07 pm
    Permalink

    System Baru, kau sendiri keliru dengan hujah-hujah kau sebenarnya.

    Sebelum kau begitu galak melalak kata wang derma Rm 2.63 billion tu wang derma untuk UMNO, siap kelentong pasal fasal 27 perlembagaan UMNO bagai, sekarang ni kau beri petikan akhbar mengenai Ketua UMNO Bahagian Kuantan yang mendedahkan kata Najib beritahu mereka bahawa derma tu derma kepada kerajaan pula kononnya untuk menentang IS dan kerana mengamalkan ahli sunnah wal jamaah.

    Mana satu yang betul ni? RM 2.63 billion tu derma kepada UMNO ke atau derma kepada kerajaan? System Baru pun dah bengong dengan dirinya sendiri, sekejap derma untuk UMNO, sekejap derma untuk kerajaan mana satu yang dia yakin pun tak tahulah, diri dia sendiri pun makin bengong je.

    Sedarlah semua.

    Reply
  • August 26, 2015 at 10:14 pm
    Permalink

    Untuk
    Mohd
    Najib
    Organization

    Reply
  • August 26, 2015 at 10:14 pm
    Permalink

    Lagi satu System Baru, berdasarkan pendedahan oleh Ketua UMNO Bahagian Kuantan tu, katanya wang derma RM 2.63 billion tu untuk kerajaan pula, tapi pasal apa masuk dalam akaun Najib dan tak masuk dalam Perbendaharaan Negara?

    Sila kau beri aku Arahan Perbendaharaan nombor berapakah yang membenarkan wang milik Negara disimpan di dalam akaun peribadi pemimpin?

    Malahan sila berikan mana-mana pekeliling perbendaharaan dan surat pekeliling perbendaharaan manakah yang membenarkan wang milik Negara disimpan di dalam akaun peribadi pemimpin?

    Malahan apakah ada undang-undang baharu yang diwartakan yang membenarkan wang negara disimpan di dalam akaun peribadi pemimpin?

    Perlu diingat bahawa fasal 27 dalam perlembagaan UMNO tak terpakai dalam pengurusan kerajaan, itu hanya untuk pengurusan wang milik UMNO sahaja, bukannya wang kerajaan, jangan beri maklumat pander lagi ye.

    Lagi satu, akaun amanah dalam perakaunan kerajaan bukanlah macam akaun pemegang amanah dalam persatuan, ini kerana akaun amanah dalam sistem kewangan kerajaan nama sahaja akaun amanah, tapi tetapi adalah akaun kerajaan juga dan bukannya menggunakan nama peribadi ketua jabatan, tetapi atas nama kerajaan samada kerajaan negeri atau kerajaan pusat berdasarkan milikkan wang tersebut.

    Sila kau jelaskan persoalan yang aku tanyakan itu wahai System Baru.

    Selamat menjawab.

    Sedarlah semua.

    Reply
  • August 26, 2015 at 10:14 pm
    Permalink

    sebenarnya parti2 di malaysia semua terima dana dari luar negara.
    Sebelum isu 2.6 di bangkit pun, kita tahu ada setengah dana di terima dari luar negara, hanya orang baru berjinak2 politik tak tahu pasal dana luar negara. dana
    Tak kira besih ke Yg kotor, semua aku tahu walaupun aku tahu dengar sikit orang cerita, tak kira mana parti pun

    dana parti politik
    Dap ini terima dana dari singapore dan euro kroni peniaga cina.
    Pkr.terima dana dari amerika yahudi dan langkah kajang dari sasakawa jepun.
    Pas tin milo dan para ahli,cerama agama ,geng pasma mat sabu dari iran,
    Umno dari timur tengah dan kroni umno.

    Antara dana aku tengok hanya pas dan umno angap bersih dari jenayah. Yg pkr dan dap dana dia agak pelik sikit

    Reply
  • August 26, 2015 at 10:24 pm
    Permalink

    Alahai System Baru, mana satu yang betul ni, RM 2.63 billion ni sekejap derma untuk UMNO, sekejap derma untuk kerajaan, mana satu yang betul?

    Sebelum ni pun Zahid Hamidi kata wang derma tu adalah wang derma untuk kerajaan, kononnya untuk melawan IS dan kerana mengamalkan ahli sunnah wal jamaah.

    Lepas tu Aziz Kaprawi Timbalan Menteri Pengangkutan pula kata RM 2.63 billion derma kepada kerajaan kerana untuk melawan Yahudi dan DAP.

    Sekarang ni System Baru pusing kata derma untuk UMNO pula.

    Mana satu yang betul ni, makin konfius rakyat dengan gelagat Najib dan kuncu-kuncu serta balacinya ini

    Patutnya Najib kena beri penjelasan mana satu yang betul, apakah RM 2.63 billion tu derma untum UMNO ke atau derma untuk kerajaan? Kalau derma untuk UMNO, apakah Najib berikan wang itu untuk dimasukkan ke dalam akaun UMNO dan dicatatkan di dalam Penyata Kewangan UMNO bagi tahun 2013?

    Kalau wang itu derma untuk kerajaan, atas justifikasi apakah wang itu disimpan di dalam akaun peribadi Najib? Ada peraturan kewangan kerajaan membenarkan perkara sedemikian ke? Malahan derma itu untuk menentang IS dan kerana mengamalkan ahli sunnah wal jamaah ke atau untuk menentang Yahudi dan DAP?

    Mana satu yang betul ni?

    Najib perlu beri penjelasan untuk mengelakkan isu ini tak tentu hala.

    Sedarlah semua.

    Reply
  • August 26, 2015 at 10:44 pm
    Permalink

    Wahai abu baghal al kazzab dan yang seangkatan dengannya,

    Anda semua boleh quote kenyataan siapa sahaja. Anda boleh quote lim kit sial, rapizi al kazzab, tony pu@ka al kazzab, atau akhbar dan penerbitan nyamuk macam SINar Harian, Messiah Kini, Keldaian Daily, KahKahKah Daily dan sebagainya.

    Tapi, yang mana satu paling boleh dipercayai, kenyataan si penerima sendiri atau kenyataan orang lain yang bukan penerima dana berkenaan?

    abu baghal, pergi balik ngaji, OK?!!

    Reply
  • August 26, 2015 at 10:53 pm
    Permalink

    Ahaiii
    Kau boleh cuba tutup mulut org tua tu tapi kau takkan boleh ttup mulut dan fikiran berjuta lagi rakyat yg dah tak tahan dgn pembohongan Najib dan pengampu bodek.

    Post ni pun penuh dgn penipuan dan hasutan.

    Memang semasa Tun bertugas,banyak derma2 yg diterima dan baki wang dikatakan RM 200 juta bukan dlm akaun peribadi Tun tetapi dari Akuan Amanah yg ada 2 penama lain di dalamnya.
    Perbezaan yg amat ketara, 2.6b, adalah dlm akaun peribadi yg boleh dipersoal dgn 1001 mcm pertanyaan.
    Admin ada baca ke tak de baca, task force 1MDB dah dibubarkan oleh peguam negara yg ganti Gani Patail.

    Putar belit yg nyata sekali bila Najib istihar sendiri duit derma bilion2 bukan dari 1MDB, dan Najib meletak ‘fatwa’ sendiri duit tersebut bukan duit rasuah.
    Sedangkan SPRM dah keluar kenyataan duit derma 2.6 b dan RM 42 juta dalam kes SRC masih disiasat. Paling menarik keputusan SPRM ni ada tersiar dlm blog MYKMU ini!!!
    Kan dah terbarai.

    MYKMU juga jgn mendahului siasatan, SPRM mmg sebut duit tu tak ada kena mengena dgn 1MDB, tapi jangan lupa ttg 4 keping surat pengesahan yg mengiringi derma tersebut.
    Rakyat mahu surat ini didedahkan kerana ia mengandungi segala maklumat ttg penderma asal usul, tujuan dsb.

    Jangan goyang kaki sgt bro, kau org check balik knyataan2 Najib dlm press dan media sosial. Najib kata lain, Ahmad Maslan, Rahman Dahlan, Zahid kata lain ttg duit ni. Tambah haru biru bila Wan Adnan gatal2 mengampu Najib yg buat beruk pun tersengih. Tak cukup lagi, si Aziz Kaprawi pun buat lawak mega, duit derma bilion2 nak buat lawan DAP.

    Lawak sedih, begitu terbangsatnya ( pinjam kata Najib ), pemimpin dan pemikir Umno hingga trpaksa guna bilion2 duit nak lawan DAP.
    Paling aneh,Datuk Shahrir yg dah terkantoi mengaku terima RM 1 juta dari Najib pada tahun kes ni dikaitkan. Shahrir tak sebut pun ttg DAP tapi sebut guna utk Majlis Ahli Parlimen je.
    Ahmad Maslan dgn Mas, puteri Umno senyap terus bila nama ‘naik’.
    Sampai sekarang pun tak ada seorang pun ketua2 bahagian dan wakil2 rakyat mengaku terima duit daripada Najib. Agaknya kalau SPRM mintak penyata kewangan cawangan/bahagian/agensi/jabatan, ramai yg tak lena tidur.

    Pencerahan, aku guna terima duit dari Najib sebab banyak blog2 pengampu dan juak2 pembodek dah setuju sgt duit tu DERMA UNTUK NAJIB

    Reply
  • August 26, 2015 at 10:59 pm
    Permalink

    Wahai pencacai najib. Tolong lah jangan lagi bagi jawapan yg konon berbentuk ilmiah tetapi sebenarnya lebih merosakkan reputasi najib. Kesian kat dia. Dia bersilat. Korang berkungfu. Menteri pulak bertomoi. Akhirnya korang membelasah sesama sendiri.
    Macai najib boleh kata ape sahaja pada abu dan yg seangkatan. Hakikatnya macai najib telah membuka satu pekong kepada pekong lain malah yg terpahap dan berbau kohok. Korang sendiri tengok la jawapan korang tu tak ke berbelit.
    Korang tengok pulak tulisan penulis ni. Betul punya konfiden nak memburuk kan Tun M akhirnya membuka segala macam keburukan najib. Kesian najib. Sudah2 lah menuduh orang lain yahudi, pkr, pembankang, rba bagai..korang sebenarnya lebih karat dari lokan tahu tak?
    Soalan dan fakta kami bagi tak pernah berbeza. Fakta korang camane? Tak pernah sama.

    Reply
  • August 26, 2015 at 11:04 pm
    Permalink

    Pelembagaan umno fasar 27 menbenarkan abu ya.

    Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613)

    Perisytiharan mengenai penerimaan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa dari luar Malaysia
    28E. (1) Mana-mana orang yang menerima wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa atau kedua-duanya yang dipindahkan kepada orang itu dari luar Malaysia yang melebihi nilai yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, hendaklah mengisytiharkan amaun itu kepada pihak berkuasa berwibawa dan mengemukakan apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh pihak berkuasa berwibawa. Akta A1467.

    http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_legislation&pg=bm_legislation_act&ac=874&lang=bm

    Ha.ha. abu ya bank negara tahu wang itu, jadi mereka ada hak menghalang nya jika wang itu gunakan untuk kegaganasan abu ya

    Reply
  • August 26, 2015 at 11:09 pm
    Permalink

    Satu cara nak tutup mulut Tun M dan mulut kami pembenci najib. Tunjukkan penyata kewangan UMNO atau ape sahaja utk menjustifikasikan derma RM2.6billion. Sedang cawangan UMNO yg cuma ade RM5,000 dalam akaun pun kadang macam berperang setiap kali persidangan. Inikan pula bahagian2 yang terima berjuta dari hasil pemberian derma yang najib terima dalam akaun peribadi dia.
    Korang pernah attend persidangan UMNO ke tidak? Gaya tulisan korang macam tak pernah. Soalan lagi…Korang ni betul2 ke ahli UMNO? Aku pulak tanya korang.

    Reply
  • August 26, 2015 at 11:14 pm
    Permalink

    Sbb tu saya hilang respek pada madey…dia tak perlu jawapan…dia ego dan bodoh sombong.

    Reply
  • August 26, 2015 at 11:17 pm
    Permalink

    Hu hu hu tuan SB aku dah kata jangan bagi apa2 link dan jawapan kalau ko sendiri tak expert dengannya. Aku tak mahir tapi bila baca beberapa clause tu aku dah boleh tangkap najib dah. Aduh kesian najib. Macai dia jenis macam sb ni. Aduh

    Reply
  • August 26, 2015 at 11:28 pm
    Permalink

    abu bakar pengulas popular..saya tertunggu anda untuk mengulas isu DEIG..mengapa pula anda tidak buat ulasan..adakah ISU DEIG itu halal untuk pemimpin anda?

    Reply
  • August 26, 2015 at 11:32 pm
    Permalink

    adzzam baca pelembagaan umno Fasar 27

    27.2 Tiap-tiap harta alih hendaklah dipegang dan didaftarkan atas nama Pemegang Amanah. Majlis Tertinggi dan peringkat-peringkat lain boleh melantik mana-mana ahli atau syarikat sebagai Pemegang Amanah dan mereka boleh diberhentikan pada bila-bila masa jua pun.

    Aku tengok siapa bodoh pemegang amanah dan akaun amanah berbeza, aku ingat lagi umno haramkan dulu siapa buat sampai akaun umno dan cawangan umno itu telah disekat mahkamah tak boleh keluarkan duit atas arahan mahkamah sebab tun m kalah di mahkamah dengan akta ros itu.

    Kalau betul lah najib bagi satu juta bagi pada Datuk Shahrir dia angota BNBBC chairman apa salahnya. kalau umno di haram sekali lagi pun umno ada duit dalam cawangan yg di amanahkan oleh Datuk shahrir itu jadi tak tutup pejabat umno di johor baru itu ia, macai2 ini mana tahu startegi umno itu ia

    Macai tetap macai itu rba

    Reply
  • August 26, 2015 at 11:57 pm
    Permalink

    Tasyahud Akhir, pembenci najib kroni apek tun m dan macai dap itu he he he ha ha.ha

    Reply
  • August 27, 2015 at 1:29 am
    Permalink

    TDM tu tak payah layan.
    Bagi lah fakta dari langit sekali pun ,ia tak akan memuaskan hati beliau.
    TDM dah jadi mcam budak kecik…
    Jika apa yang dia hajati tidak di penuhi..dia akan terus melalak sampailah apa yg diidam2kan tu dipenuhi.

    Pak Lah dan DSN berhempas membersihkan najis yg beliau tinggalkan .Bermula dari kputusan beliau mengheret DSAI masuk ke dalam UMNO adalah titik permulaan timbul bibit2 perpecahan dan rasuah besar2an dalam UMNO.

    TDM tidak akan duduk diam selagi DSN tidak diturunkan walaupun ia bakal menjahanamkan UMNO itu sendiri.

    Olih itu jgn kita melayan sangat kerenah TDM ni.
    Gunakan segala peruntukkan undang2 utk mencantas orang2 disekeliling belau yg membuat onar memalukan negara dgn membuat aduan kepada kerajaan2 asing mengenai 1MDB.

    Sangat menghairankan pihak berkuasa hingga kini tidak mengambil apa2 tindakkan terhadap beberapa beruk ini.

    Apakah disana ada perkara2 yang belum beres umpamanya masih terdapat pengkagum2 TDM dalam organasasi penguatkuasa dalam pentadbiran DSN.

    .

    Reply
  • August 27, 2015 at 7:54 am
    Permalink

    syabas PM,TPM …CATUR POLITIK hang memang hebat walaupun dserang segenap penjuru,hang mampu tersenyum..kepanasan/kecewa sungguh sikitol tua n Tokong Tua n RBA Dapig n gang3 sama waktu dgnya.kita tengok akan kemana arah Matsembab pengkhianat melayu UMNO yg baru balik dr bercuti..Fitnah2 Dajjal sedang memuncak sekarang.kita berharap KU LI jgn tertipu ,termakan umpan sekali lg dgn geng3 penghancur UMNO 1988 dulu.Dengar nasihat almarhum Tunku Bapa kemerdekaan.awas bangsaku

    Reply
  • August 27, 2015 at 8:07 am
    Permalink

    .

    On August 26th, 2015 at 10:53 PM adzzam wrote:

    “MYKMU juga jgn mendahului siasatan, SPRM mmg sebut duit tu tak ada kena mengena dgn 1MDB, tapi jangan lupa ttg 4 keping surat pengesahan yg mengiringi derma tersebut.
    Rakyat mahu surat ini didedahkan kerana ia mengandungi segala maklumat ttg penderma asal usul, tujuan dsb.”

    KOMEN:

    Rakyat yang BODOH iaitu penyokong dan pendokong Pakatan Retard yang tak faham BAFIA je yang mahu surat itu didedahkan.

    Rakyat yang BIJAK dan FAHAM UNDANG-UNDANG tak buat permintaan yang bukan-bukan.

    Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.

    adzzam, pergi balik ngaji, OK?!!

    Reply
  • August 27, 2015 at 8:18 am
    Permalink

    pelik bin ajaib… tun tnya direct pd jibby tp jibby tak pernah jwb direct.. mesti penjilat tegar dia yg jawab… dri situ kita tahu, nape jibby tak nak jwb direct.. simple… taknak ada locus standi bila msuk court… sbb klau msuk court, he juz can simply say, itu bukan sya ckp.. org lain yg ckp.. point kedua, the only person yg tau the real situation is jibby sorang aje… bukan penjilat tegar… sbb info yg diberi pd penjilat tegar is only half truth… not the whole truth… tu sbb semua respons yg diberikan adalah reactive respons slps dah fikir, apa jwpan yg patut diberi… mcm kita gali lubang baru utk tutp lubang lama… isu lain timbul, kita gali lubang baru lagi n tutup lubang lama… lama2, bila tak cukup tanah utk gali, akhirnya baru stop n tgk ke blkg, byk gila lubang yg dikambus, tak ditutup ngan baik…

    Reply
  • August 27, 2015 at 8:22 am
    Permalink

    “I disagree with Sanusi Junid that Najib is the person that made UMNO weak. Mahathir is the root cause of UMNO weakening. But he did make UMNO strong once during the past 16 years. Statistics don’t lie.

    1999 GE, Mahathir made UMNO lose a staggering 24% of their seas – down 22 seats from 93.

    2004.- Mahathir made UMNO strong by retiring from politics, no longer contesting and keeping quiet and letting his replacement do his work.

    Immediately, UMNO won 53% more seats and jumped from 71 seats to 109 – in the best results ever for UMNO and BN.

    2008: Mahathir made UMNO weak again by continuously attacking and treasonously attacking his own party over years – which made UMNO weak again by losing 38% seats.

    In 2013, Najib won 9 more seats for UMNO – hence strengthening UMNO. Mahathir was also relatively quiet during this period.

    Najib inherited an UMNO that already has partners that have been rendered weak. UMNO with the remnants of supporters of its partners not only have to fend off attacks from the Opposition but also now from those who cling onto Mahathir for meagre amount of morsels to remain relevant in their dreams. It is these attacks that further divided UMNO into the circus it is now. Lest we forget the younger and opportunistic vultures who help pick the flesh off others.

    Thus, this is indisputable proof where we can draw two conclusions:
    1) Mahathir is the main cause of UMNO weakening.
    2) If you want UMNO to be strong, ask Mahathir to shut-up.”

    I have said this again and again. STFU and let the authorities do their work. The more you feed fuel to fire, the bigger it will burn.

    But not everyone has the brain power to understand simple logic such as that.

    If you go back to the early 1980s, it was Mahathir who prodded Sulaiman Palestine to mount a challenge against Tun Hussein Onn. Then urged Ku Li to take on Musa Hitam. Those in their 30s wouldn’t remember how UMNO split into Team A and Team B after Ku Li in turn challenged Mahathir and UMNO was declared illegal soon after. And because of the Team A and Team B spat, Mahathir changed the UMNO constitution into the form it is now and changed how an UMNO President is elected. Oh! How can we forget that because of the Team A and Team B thing Mahathir fired several ministers as well – Pak Lah, the late Ajib Ahmad and a few others.

    Then Mahathir also lost Kelantan in 1990 to PAS. That was the biggest blow to BN that time, only to be outdone again during his time in 1999. Who remembers the Wan Mokhtar-Yusuf Noor spat and why it happened?

    Musa was too smart for Mahathir. Everyone knew this. The MM (Mahathir-Musa) partnership was more a “don’t step on my toes and I don’t step on yours” relationship. In the end, Mahathir used the mishandling of the Memali incident to oust Musa Hitam. He did not stop at that. He had Ghafar Baba as his deputy, but his real sight was on Anwar.

    Ghafar was that pleasant and docile deputy everyone would have loved to have, but not as a successor. Anwar had a lot of following especially from his former organisation, ABIM. Mahathir used the late Rahim King’s organisation, Kelab Bekas Komando Malaysia, to pave the way for Anwar’s rise and to remove any opposition to Anwar. In the end, Ghafar, a true UMNO loyalist, was dropped in a disgraceful manner helped by hidden hands.

    UMNO was weak. Members were tired of Mahathir who had by then overstayed his welcome. The only reason they were still supporting him was because of his choice for deputy – Anwar Ibrahim. Finally, UMNO had found a young and energetic character to be able to replace Mahathir and everyone waited for that day.

    Of course, unbeknownst to both Mahathir and the Special Branch then, Anwar was engaging in unhealthy activities that the DAP had known since 1984 but brought it to the surface in 1997 by the late Karpal Singh, and subsequently given the title “Sheikh al-Anwar al-Juburi” by some people’s new hope: Mat Sabu.

    Naturally when Mahathir fired Anwar and sacked the latter from UMNO, the party weakened even further. In the 1999 elections even Sanusi fell victim to the people’s wrath against Mahathir. Members of the Actors Studio were seen taking to the streets in support of the “Reformasi” movement giving ad hoc interviews to Maria Ressa from CNN then saying “We are tired of Mahathir! He must go!”

    READ MORE HERE

    Reply
  • August 27, 2015 at 8:39 am
    Permalink

    Ada pulak org nak naikkan isu DEIG. kalau tak puas hati lapor pada SPRM je. Ambik tdkan kalau Azmin salah.

    Najib and his teams have to create thousand of lies just to cover one lie.

    You just need to give out a simple straight answer – if you are right. majority rakyat Malaysia tak bodoh macam sytem baru, anak nogori, rapplahjingga, bena, Gunting, tarabas dan setra dgnnya…depa ni keje pun haprak knowledge pun kurang.

    So no point arguing with stupid people…..

    Reply
  • August 27, 2015 at 8:59 am
    Permalink

    Mahathir perasaan orang kampung sokong dia….kasihan. kah kah kah kah.. Pernah ke dia bagi duit kat orang kampung semacam Dato Najib beri pada hari ini?? Jutaan orang dapat nikmat dari polisi BRIM yang beliau perkenalkan yang merupakan mimpi di zaman Mahathir. Mahathir masa jadi PM yang mendapat nikmat dari kekayaan negara hanya beberapa orang sahaja seperti Tajudin Ramli Halim Saad Vincent Tan YTL Ananda Krishnan dan beberapa orang lagi temasuk anaknya Mokhazani dan Mirzan… Ini menyebabkan orang Melayu marah dan nak kencingkan kubur dia sebab kes jalil yang mati diHongkong pun belum pasti siapa perancang utamanya…. pi mampuslah mahathir

    Reply
  • August 27, 2015 at 9:27 am
    Permalink

    alahai moooo……pagi-pagi dah hang hiburkan hati aku !! seronok la hang dapat belasah Najib sambil di sokong oleh ahli UMNO….Najib hang nak belasah…belasah lah. UMNO hang jangan sentuh !! sebab ada UMNO la hang masih boleh enjoy tosey dengan capati hang tiap-tiap pagi kat brickfield, sebab ada UMNO la supply susu lembu fresh hang boleh dapat hari-hari.

    hehehehe…belajar bersyukur moooo, jadi manusia yang berwibawa dan ada pendirian…jangan jadi pak turut, banyak dah pak turut tercipta di sini….hehehehe

    Reply
  • August 27, 2015 at 10:08 am
    Permalink

    Abu ya kau patut tanya pada tun m mana satu betul, 42billon lepas 15billlon , 20billon, 2billon lama.rakyat pening kepala sebab tun m ini nyanyok itu berfikir lah,raplahjingaa kalau satu geng juga dengan moo itu fanatik sanagt tun m itu,
    Tak salah najib baru satu kesalah itu dia belum lagi di dapat bersalah,
    Kalau cakap pasal bil out kau tanya pada tun m kenapa 1998 duit kita tinggal 40billon itu apa akah selepas bil out mas dan celcom itu sila jawab aku tahu kita selamat syarikat kita ini tapi syrikat manja pada kerajaan tak tahu berdikari ada bila krisis bankrap, syarikat mas bermewah2 hingga heret celcom kenapa ia siapa buat kalau bukan kroni tun m itu sepatut mas tak boleh bagi pada pemilik individu sepatut mestu bahawa glc ini tak mas pemilikan tunggal siapa punya idea itu kalau bukan tun m gairah buat dasar perswasta kalau swasta pun mesti bawah glc , kalau ikut kan tak ada bil out lagi bagi pada 1mbd itu dan penjual aset utama di jual oleh 1mbd itu, sila berfikir jika syarikat najib jatuh 1mbd tutup siapa bayar hutang2 mereka itu. Setiap syarikat ada hutang tapi tak menbebankan, macai ini jawab? ada ke aset utama 1mbd di jual dan bil out di gunakan pada 1mbd itu sila jawab raplahjingaa aku mahu jawapan nya, sehinggat sekarang tak ada satu aset utama 1mbd di jual dan tak ada satu bil out di buat.

    Reply
  • August 27, 2015 at 10:12 am
    Permalink

    Persoalan 1mbd semua telah di jawab cuma macai rba dan macai fanatik kroni tun m bodoh sanagt

    Reply
  • August 27, 2015 at 11:49 am
    Permalink

    .

    On August 27th, 2015 at 8:18 AM azril wrote:

    “pelik bin ajaib… tun tnya direct pd jibby tp jibby tak pernah jwb direct.”

    KOMEN:

    1. Bila Tun ada tanya direct pada Najib? Bagitau tarikh dan masa. Adakah bertanya via penulisan dalam blog chedet.cc tu anda faham sebagai’tanya direct’?

    2. Apa soalan-soalan yang Tun tanya pada Najib secara direct tu?

    Yang jelas Tun sekarang sekadar melalak dan melolong dalam blog dia. Macam biasa lolongan dia ada yang sambut. Siapa lagi kalau bukan daripada pakatan retard and his cronies..

    Reply
  • August 27, 2015 at 12:52 pm
    Permalink

    ya..yaa….2.6 Billion derma untuk kerajaan ke ? derma untuk UMNO ? ada kata untuk kerajaan, ada kata untuk UMNO….aku kata untuk Najib !! hehehehe

    Reply
  • August 27, 2015 at 1:03 pm
    Permalink

    Kalau kita teliti sejarah Mahathir dan Umno,Mahahtir adalah individu yg paling banyak menyusahkan Umno.Ini kesimpulan aku,walau pun aku bukan seoraan ahli Umno,namun dalam keadan Pas dulunya bersingkokol dgn DAP,aku menjadi penyokong Umno.Rasanya kalau ada orang Umno yg masih sanggup membesarkan dan membantu Mahathir memporak perandakan Umno, dalam keadaan genting begini,mereka hanyalah pengkhiant Umno bukan penyokong Umno,walau atas alasan apa sekali pun,dan biar apa pun nama samarannya.

    Bandingkan pula dengan bagaimana penyokong dan pemimpin Pakatan(tanpa Pas) menjaga kepentingan kumpulan mereka yg tidak mempunyai ketua yg berwibawa selain Anwar.Walau pun Anwar sudah di putuskan bersalah oleh mahkamah tertinggi negara,mereka masih mempertahankan Anwar ,walau pun dulunya ada di antara mereka yg menggelar Anwar si al jubori sekali pun.Ini strategi politik mereka.Mereka rela berketuakan individu yg biar pun kurang bersih,asalkan kemenangan berpihak kepada mereka.Apa-apa masalah akan di uruskan kemudian,bila musuh sudah kecundang dan kecundangan yg teruk.

    Lihat juga bagaimana mereka menangani isu DEIG,ada Tony Phua,Rafizi,LKS,LGE,Mat Sabu dll, berbunyi?.ye lek?.Mereka bukan suka Azmin tapi mereka buat biasa saja,tapi selepas PRU nanti tobat lahum Azmin akan di ketepikan.Mereka kenal Azmin dan tahu permainan Azmin sejak langkah Kajang lagi.Anwar pun sebelum masuk penjara terpaksa akur ,Azmin menjadi MB,walau pun itu bukan hasrat beliau,tapi semuanya demi menjaga kepentingan PKR,yg akan bergolak besar kalau Azmin di tolak dari menjadi MB,sementara Anwar sendiri di penjara.

    Bagaimana dgn Umno?.Malang sekali,kesilapan seseorang yg membawa masuk kembali perosak Umno akhirnya musibahnya terpaksa di tanggung oleh warisnya sendiri.Semuga Allah menyelamatkan kita semua terutamanya orang Melayu dari musang berbulu ayam yg sebenar.

    Reply
  • August 27, 2015 at 2:12 pm
    Permalink

    lawak terbangsat macai najib..psl 2.6b nk jwb pun bberbelit…mana satu ygbetul.drrma untuk
    1.najib (pm bodoh je yg buat mcm tu,kata ahmad maslan)
    2.umno
    3.kerajaan
    4.lawan isis
    5.lawan pembangkang
    6.duit shopping

    Reply
  • August 27, 2015 at 2:40 pm
    Permalink

    Tanya la Najib tu sendiri. Korang je yang bodoh buat andaian yang bukan-bukan berdasarkan cakap orang lain.

    Anyway, Kalau Najib tak nak jawab, salah ke?

    Reply
  • August 27, 2015 at 4:15 pm
    Permalink

    Tanya amende…baru nak Tanya, dia terus patah balik, dengan alasan merbahaya untuk keselamatan dia, tapi yang sebenarnya, soalan-soalan nak ditanya tu yang memerbahaya untuk dia…hik ! hik ! hik !

    Tak pernah terjadi dalam sejarah Negara seorang presiden UMNO takutkan keselamatan bila nak pergi ke rumah sendiri ( PWTC )….

    Reply
  • August 27, 2015 at 4:42 pm
    Permalink

    Masaalah sekarang yang dibahas semua orang hanya masaalah 2 individu, semua tahu. Madey bekas PM, atau mantan PM atau PM pencen. Seorang lagi tentunya PM Najib.
    Najib dicadangkan oleh Madey semasa zaman Pak Lah kerana masa itu Madey rasa Najib akan ikut cakap dia, setelah Pak Lah betah dengan dia soal jambatan.

    Madey ingat Najib akan sambung buat jambatan. Tunggu punya tunggu, mana jambatan aku. Apa sudah jadi. Ketiadaan jambatan menukarkan najib dari OK dimata Madey menjadi PM yang terlalu low dimata Madey.

    Kerja paling mudah ialah kerja cari silap orang. Madey sedang buat kerja mudah ini walaupun sudah bertukar jadi susah. Madey kena mengaku satu hari bahawa apa yang dibuat PM sekarang tak sampai suku apa yang dia buat zaman dia dulu.

    Reply
  • August 27, 2015 at 5:02 pm
    Permalink

    ooooo…hang ni adik beradik Tun ke ? Tun cerita kat hang ke ? peminat Najib dengan segala persepsi…

    Anyway aku suka perenggan hang yang last tu…betul sangat ! PM sekarang hanya mampu buat tak sampai suku pun apa yang PM dulu buat….pasal tu la sakarang ni ada BERSIH 1 sampai 4…dulu mana ada ? dulu BN peganag majority 2/3 dalam parlimen. la ni mana ada !

    hehehehe…peminat Najib so pathetic, ” dhaif ” dan sedih !!

    Reply
  • August 27, 2015 at 5:45 pm
    Permalink

    Ahaiii

    Bila dah tersepit mcm2 nak guna BAFIA la, BONIA la

    Tapi lagak mmg macam MAFIA
    Jadi nampaknya Najib nak nyorok belakang BAFIA lah ni..
    Ini bukan BAFIA tapi ini BARUA namanya !!!…sepupu sepapat BANGSAT

    Jangan, riak sgt, semuanya masih dlm siasatan, takat BAFIA tu celah gigi penyiasat je

    Kepada System Baru nak idup

    Penjelasan memang dah diberikan tapi setiap kali tu juga jawapan pakai kepala lutut
    Setiap kali dijawab, rakyat pakat gelak guling2…gelak sebab Najib dgn juak2 pengampu dirakam ketololannya, generasi kemudian nanti akan tonton semula sambil meludah2 screen lptop,hp etc …kerana Najib telah mnyebabkan mereka jadi bangsa Terbangsat di bumi sendiri

    Sedih aku tengok pengampu bodek Najib ni

    Reply
  • August 28, 2015 at 12:13 am
    Permalink

    Well said and understood, bena at 8.22….We respect TM’s contribution but his thoughts are no longer purely relevant and current. I’m sorry. Give others a chance.

    Can somebody enlighten how he had worked up to produce Tun Daim to become as what he is now?

    Reply
  • September 11, 2015 at 12:36 pm
    Permalink

    Orang yang menyokong perkara yang fasik tu bermakna hati nya itu kotor.
    Orang yang cuba membelit kenyataan itu bermakna hati nya itu kotor.
    Oleh itu, nilailah diri masing masing.

    Reply
  • September 11, 2015 at 12:56 pm
    Permalink

    Pelik aku…jika dr Mahathir yakin duit 2.6b tu dari 1mdb, kenapa dia nak tanya Najib siapa penderma dari timur tengah tu?
    Soalan ini sepatutnya tak timbul dari dr mahathir jika dia betul betul yakin duit 2.6b tu hanya dari 1mdb!

    Nampak sangat ada yang tak kena dengan dr Mahathir dan penyokong2 beliau dalam hal 2.6b ini.
    Makin hari makin kelihatan tersepit mereka ini.

    Reply
  • October 19, 2015 at 10:50 am
    Permalink

    YANG SIBOK NAK JATUHKAN NAJIB , IALAH PUAK BANGANG MELAYU, KOMPLOT DENGAN CINA BERBANGSA YAHUDI, AUZUBILLAH NERAKA JAHANAM LAH KAMU, ADAPUN DALAM HADITH DAN KITAB, SUBHANALLAH

    Reply
  • December 4, 2015 at 9:28 pm
    Permalink

    Mamat kepala otak hang lembam dan bebal,org nak tau sape derma sebab nak tau betul ke ada org derma,kalau tak bagitau macam Najib buat ni maksud dia ambil duit rakyatlah bodoh!Dah ternyata dia ambil sekarang ni..

    Reply
  • February 4, 2016 at 9:40 pm
    Permalink

    lol pakai sumber wikipedia je aku dah stop baca, bodoh

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *