Kerajaan Akan Bentuk Jawatankuasa Khas Ekonomi

Sebuah jawatankuasa khas ekonomi akan dibentuk bagi memastikan Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan ekonominya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Objektif jawatankausa ini adalah untuk memastikan Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan yang sudah kita bangunkan sejak 2008, menjana kemakmuran dan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia.

“Butiran (pembentukan jawatankuasa) ini akan diumumkan dalam tempoh terdekat,” kata Perdana Menteri semasa melancarkan Persidangan Percukaian Kebangsaan (NTC) 2015, di sini hari ini.

Najib berkata pertumbuhan ekonomi dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini sangat kukuh, dan kerajaan akan memastikan rekod baik itu dikekalkan.

Berikutan ketidaktentuan dan cabaran semasa, Najib berkata beliau menyedari sepenuhnya kedudukan ekonomi domestik, selain perkembangan dan sentimen kewangan dan ekonomi dunia.

“Gabenor bank pusat kita dan pengerusi Suruhanjaya Sekuriti sudah memberikan taklimat kepada saya baru-baru ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata beliau juga sentiasa diberikan maklumat terkini oleh wakil daripada sektor ekonomi.

“Minggu lepas, saya bertemu ketua-ketua ekonomi dan penganalisis institusi kewangan tempatan dan asing, dan semalam, pemimpin perniagaan dan korporat.

“Pertemuan-pertemuan ini akan diteruskan dalam beberapa minggu akan datang,” katanya.

NTC 2015 yang berlangsung selama dua hari dianjurkan bersama oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Institut Percukaian Berkanun Malaysia.

Najib berkata LHDN telah menetapkan rekod baharu dari segi kutipan cukai dalam tempoh empat tahun yang lepas.

“Daripada RM110 bilion pada 2011, kepada RM125 bilion pada 2012, RM129 bilion pada 2013, dan RM134 bilion pada 2014, yang merupakan kejayaan yang membanggakan.

“Berdasarkan rekod cemerlang LHDN, saya penuh yakin bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas, LHDN akan berjaya memenuhi sasaran mengutip RM871 bilion,” katanya.

Najib turut menekankan bahawa asas ekonomi Malaysia masih kukuh.

“Kita mencatatkan pertumbuhan 4.9 peratus pada suku kedua 2015.

“Kita juga sudah mempelbagaikan ekonomi, menjadikan asasnya yang lebih kukuh,” katanya.

Perdana Menteri berkata ekonomi Malaysia juga terus merekodkan lebihan dagangan dan akaun semasa.

“Kedudukan pasaran buruh negara juga stabil, dengan kadar pengangguran pada 3.1 peratus sehingga Mei 2015, dan inflasi yang terus rendah,” katanya.

Daya tahan sistem kewangan Malaysia juga mantap, kata Perdana Menteri.

“Pasaran kewangan domestik terus berjalan lancar dan aktiviti pengantaraan kewangan berjalan dengan cekap bagi menyokong keperluan pembiayaan dan kewangan ekonomi domestik,” kata Najib.

— BERNAMA

15 thoughts on “Kerajaan Akan Bentuk Jawatankuasa Khas Ekonomi

  • August 25, 2015 at 2:50 pm
    Permalink

    Abu bakar melayu @ RBA daPIG bangsat

    Reply
  • August 25, 2015 at 2:51 pm
    Permalink

    Mamak kutty kesuntukan masa, lg lama Najib bertahan, semakin tipis peluangnya utk menjatuhkan Najib.

    Reply
  • August 25, 2015 at 3:03 pm
    Permalink

    Hati-hatilah wahai rakyat Malaysia sekalian, barua ABU BAKAR yang bodo piang sedang nak memperbodohkan anda, sudahlah bodo piang, nak membodohkan orang lain pula, macamlah orang tak tau cara bodo piang dia tu.

    Wakaka

    Reply
  • August 25, 2015 at 3:05 pm
    Permalink

    WA SOKONG, Itu ABU BAKAR kecik

    Reply
  • August 25, 2015 at 3:08 pm
    Permalink

    Abu bakar Agen DAP…hatilah2 wahai umat melayu. Beliau telah berjaya dgn PAS dan skrg mensasarkab UMNO pula.

    Reply
  • August 25, 2015 at 3:39 pm
    Permalink

    Sikitol tua n sitokong tua n gang3 rba dapig sama waktu dgnya dlm desperado
    n amat2 kecewa skarang…usul undi x percaya 2PM n UMNO…go ahead,,PM will teach them how 2play catur silat melayu politik..sejarah dah terbukti penderhaka n pengkhianat pasti terkena tikaman kris keramat UMNO.hati2 bangsaku

    Reply
  • August 25, 2015 at 3:49 pm
    Permalink

    Semangat CASH IS KING, kalau setakat memaki hamun saya itu dan ini tetapi tak mampu nak jawab hujah saya, kau nilailah sendiri martabat diri kau yang rendah tu.

    Sedarlah, bukannya suka-suka Najib hendak dijatuhkan, dia perlu dijatuhkan untuk menyelamatkan negara ini, dengan ekonomi Malaysia yang merudum kini, tapi dah teruk baru terhegeh-hegeh nak buat jawatankuasa itu dan ini.

    Kepada Abu Bakar Kecik, kalau kau pandai sangat, sila jawab mengenai isu ini:

    Apa dah jadi dengan RM 2.63 bilion itu? Sekejap kata derma untuk UMNO dari tok arab yang sangat ikhlas hatinya walaupun tok arab tu bukannya ahli UMNO, malahan bukan warganegara Malaysia pun.

    Kemudian wang derma yang dikatakan untuk UMNO tu di’transformasi’kan oleh juak-juak Najib kata itu bukan wang derma untuk UMNO dari tok arab yang ikhlas tadi, tapi derma dari Arab Saudi kononnya kerana Malaysia mengamalkan ahli sunnah wal jamaah dan untuk melawan IS seperti kata Zahid Hamidi walaupun kemudiannya Aziz Kaprawi kata wang itu untuk menentang Yahudi dan DAP pula.

    Lihat ini: http://beritaharian.sg/dunia/zahid-dedah-sudah-jumpa-penderma-misteri-najib-di-saudi

    Lihat ini pula: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-sudah-bertemu-wakil-keluarga-penderma-rm2-6-bilion-ahmad-zahid-70851

    Lepas lihat yang ini juga : http://www.mykmu.net/2015/08/saya-sudah-berjumpa-dengan-pihak-yang-menyumbang-usd-700-juta-ahmad-zahid-hamidi/

    Malahan yang ini juga perlu dilihat : http://www.astroawani.com/berita-politik/derma-rm2-6-bilion-bantu-umno-lawan-pengaruh-dap-yahudi-70840

    Sila Abu Bakar Kecik beri penjelasan mengenai isu ini kalau Abu Bakar Kecik ni pandai sangat.

    Burung Kakak Tua mana tau apa, mengikut membuta tuli, kalau kau sokong Abu Bakar Kecik tu sangat, sila jawab soalan aku di atas.

    Semangat CASH IS KING, saya bukannya agen DAP, PKR atau PAS malahan jauh sekali GHB. Apa yang saya nyatakan adalah hakikat sebenar untuk menyelamatkan UMNO, di kalangan rakyat sekarang ini mengaggap UMNO dan Barisan Nasional adalah penipu, penyangak, pencuri, penyamun dan bermacam tuduhan yang dilemparkan terhadap UMNO hanya disebabkan oleh skandal jenayah Najib diseret oleh Najib menjadi skandal jenayah UMNO dan Barisan Nasional pula.

    Sampai bila UMNO dan Barisan Nasional boleh bertahan dibenci oleh rakyat sebegitu rupa hanya disebabkan oleh Najib ini? Tak pasal-pasal kerana Najib dan kuncu-kuncunya UMNO dan Barisan Nasional dipandang hina tak tak pernah lagilah saya melihat keadaan UMNO dan Barisan Nasional yang sangat teruk seperti sekarang ini. Malahan di kalangan ahli UMNO sendiri, malahan di kalangan ahli parti komponen Barisan Nasional sendiri sudah tidak dapat bersabar lagi dengan tindakan pengkhianatan Najib ini.

    UMNO perlu diselamatkan supaya kekuatan Barisan Nasional dapat dipulihkan dan Barisan Nasional yang kuat akan memperkasakan negara ini bagi mencapai Wawasan 2020 yang hanya dalam lebih kurang 5 tahun sahaja lagi.

    Sedarlah semua.

    Reply
  • August 25, 2015 at 4:02 pm
    Permalink

    Cost lagi!!!! Mana punya consultant pulak nak kena bayar untuk committee ini? Goldman Sach? The best Yahudi punya consultant!!!

    Reply
  • August 25, 2015 at 4:09 pm
    Permalink

    Rizab Antarabangsa Malaysia yang pada 31 Disember 2014 sebanyak USD 116 bilion telah menjunam kepada hanya USD 94.5 bilion pada 14 Ogos 2015, berlaku penyusutan sebanyak USD 11.5 bilion dalam tempoh 7 bulan setengah, di mana secara purata setiap bulan berlaku penyusutan sebanyak USD 1.533 bilion.

    Malahan dalam tempoh 15 hari, dari 31 Julai 2015, Rizab Antarabangsa Malaysia menjunam sebanyak USD 2.2 bilion daripada USD 96.7 bilion kepada USD 94.5 bilion pada 14 Ogos 2015.

    Apa dah jadi dengan ekonomi Malaysia sekarang ni? Rakyat menjadi bimbang dengan keadaan ini, mengapakah berlaku penyusutan yang mendadak terhadap Rizab Antarabangsa Malaysia, dalam tempoh 7 bulan setengah berlaku pengurangan sehingga USD 11.5 bilion, malahan dalam tempoh 15 hari pada awal bulan Ogos 2015 menyusut hingga USD 2.2 bilion dolar, bukan sikit yang terlibat, sangat besar.

    Kegagalan Najib menguruskan ekononi negara dengan betul kerana dia lebih sibuk nak menyorokkan skandal jenayah peribadinya itu menyebabkan ekonomi negara makin lingkup punah ranah dikerjakan Najib dan kuncu-kuncunya itu.

    Sebab itulah Najib perlu ditumbangkan segera, dah terlambat kalau nak tunggu pemilihan UMNO, malahan lebih-lebih lagi pemilihan UMNO ditangguhkan pula hingga 18 bulan dari jadual asal, dari tahun 2016 dah merapu ke tahun 2018, apa kejadahnya semua ini? Dah dekat dengan PRU 14 dah tu, dalam tempoh ini, UMNO akan makin hancur dikerjakan oleh Najib, Barisan Nasional juga akan turut hancur dikerja oleh Najib, malahan Malaysia pun berhadapan dengan kehancuran dikerjakan oleh Najib dan kuncu-kuncunya itu.

    Sekarang ni apa yang perlu adalah Najib samada berundur dan bertanggungjawab di atas apa yang dia buat selama ini, atau Najib berhadapan dengan tindakan penyingkiran dari ahli UMNO atau jika ahli UMNO nak terus biarkan Najib, maka UMNO sendiri yang akan menerima kesan akibat perbuatannya itu.

    Sedarlah semua.

    Reply
  • August 25, 2015 at 4:31 pm
    Permalink

    Jawatankuasa lagi !!…Najib adalah PM yang memegang rekod dalam penubuhan jawatkuasa terbanyak di Negara ini….

    1000 jawatankuasa dia tubuhkan pun tak kan membawa apa-apa kebaikan pada Negara…selagi dia tak berundur.

    Reply
  • August 25, 2015 at 6:36 pm
    Permalink

    Aikkk!!!!…PEMANDU,buat apa???
    Main duit aje lah Najib..

    Reply
  • August 25, 2015 at 6:55 pm
    Permalink

    PEMANDU…TERAJU…lepas ni apa pulak ??

    Reply
  • August 25, 2015 at 10:16 pm
    Permalink

    Abu Bakar says:
    August 25th, 2015 at 3:49 PM

    “Kepada Abu Bakar Kecik, kalau kau pandai sangat, sila jawab mengenai isu ini.”

    Dah engkau tu bodoh piang. Buang karen aku je jawab soalan bodoh piang ko tu. Ada faham.

    Reply
  • August 25, 2015 at 11:22 pm
    Permalink

    TERAJU da TEKUN semua sebagai satu intervensi untuk memajukan peniaga dan bumiputera dari segi ekonomi. Kalau tidak buat apa-apa nanti kata tidak membantu rakyat berdaya-saing pula.

    Susah sebenarnya memuaskan kita manusia yang pelbagai ragam dan tahap kefahaman.

    Walaupun peminjam TEKUN ada dilaporkan tidak membayar semula (termasuk juga peminjam peniaga bazar ramadhan ,walaupun mereka beroleh untung besar), namun macam-macam usaha tetap dibuat untuk memajukan khasnya bumiputera.

    Reply
  • August 26, 2015 at 1:00 am
    Permalink

    jawatankuasa pundek.menghabiskn duit rakyat je.mane pemandu idris jala ,epu.,bnm.gentel telur ke.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *