Sabotaj ekonomi satu perbuatan khianat – Salleh Said Keruak

Malaysia kini menjadi sasaran sabotaj ekonomi yang bertujuan untuk menyerang negara ini serta menjejaskan kredibiliti kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata, bagi memastikan sabotaj ekonomi itu berjaya, perunding media Barat digunakan untuk memutarbelitkan cerita mengenai dakwaan rasuah dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ekonomi Malaysia di ambang muflis.

“Ini bukan sahaja berniat jahat tetapi juga perbuatan khianat. Sabotaj ekonomi, terutamanya yang dirancang dan dibiayai oleh rakyat Malaysia, sememangnya suatu perbuatan khianat,” katanya dalam catatan di blog beliau, sskeruak.blogspot.com hari ini.

Beliau berkata pengkhianat ini perlu didedahkan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap mereka.

“Bagi mengukuhkan lagi dakwaan ini, malahan terdapat usaha untuk menyerang ringgit bagi ‘membuktikan’ bahawa dunia benar-benar telah hilang keyakinan terhadap Malaysia.

“Gambaran yang diberikan ialah ringgit yang rendah bermakna Malaysia menuju ke arah ‘kemusnahan’. Malah, mereka mengatakan Malaysia antara negara yang dianggap sebagai ‘negara yang gagal’,” kata Salleh.

Beliau berkata sabotaj ekonomi digunakan kerana, ia merupakan senjata paling berkuasa untuk meruntuhkan sesebuah negara, malah ada ketikanya, lebih berkesan, berbanding tindakan ketenteraan.

Sambil memetik laporan terkini dari Thailand berhubung insiden letupan bom di Bangkok semalam, beliau mendakwa, ia bertujuan untuk mensabotaj ekonomi negara itu.

sumber Awani

9 thoughts on “Sabotaj ekonomi satu perbuatan khianat – Salleh Said Keruak

  • August 19, 2015 at 11:33 am
    Permalink

    Penulis berpeluang berbual dengan seorang warga asing yang tinggal dan bertugas di sini sebagai expatriate sejak 3.5 tahun lepas.

    ” This is a beatiful country with good people living in ” Kata orang Italy itu yang penulis kenal sejak banyak tahun dulu semasa dia mula2 datang. Balik ke Milan dan datang semula kenegara ini sejak 3.5 tahun lepas.

    “However things had changed a little compared to when I was here wayback in 1990’s. ” Katanya lagi.

    ” Which parts/ways that had changed by your observation ? ” Penulis tanya.

    ” Everywhere people talk about politics and nothing else. Citizen becoming disloyal to their own country and there is no love towards upper level people” Everyone is saying country is failing, economy is falling, people are suffering ”

    I personally do not see truth in such allegation since I find everyone is happy, I am happy too being here.

    Penulis tidak mahu bercerita lebih lalu secara berseloroh ” Let us make ourselves happy by drinking coffee “

    Reply
  • August 19, 2015 at 11:52 am
    Permalink

    Perbuatan Khianat daripada sesetengah pihak perlu dikekang. Mereka sanggup mengkhianati negara sendiri semata-mata untuk memburuk-burukkan parti Kerajaan, dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sokongan terhadap Parti diri sendiri. Mengapa masih ada sesetengah pihak termakan dengan hasutan mereka?

    Reply
  • August 19, 2015 at 12:39 pm
    Permalink

    Dedah, dedah,dedah, zahid nak dedah, IGP nak dedah, la ni salleh keruak pun nak dedah…..nak dedah, nak dedah, nak dedah….

    alloooo…buat macam zaman Tun dulu, cakap kasi kurang, action kasi banyak…
    dengar je parkataan Tun…ada yang phobia ni…hehehehe

    Reply
  • August 19, 2015 at 1:41 pm
    Permalink

    raplahjingaa gdp 1998 zaman tun m jatuh lebih teruk duit kita cuma kita sama kan duit sudah cukup tun m 1dollar sama dengan 4.88 dan zaman najib 1dollar rm 4 mana lagi teruk ,yg buat pun murid dia anwar itu juga bak kata peribahasa murid kecing berlari, guru kencing berdiri
    Faham je lah ia

    Reply
  • August 19, 2015 at 2:04 pm
    Permalink

    Byk org berdelusi keadaan skrg lebih teruk dr 98 terutama golongan muda. Naif benar mereka ni. Sambil melepak di kfc @ mcd setiap hari mkn2 complaint ekonomi skrg hancur. Tahukah mereka ada yg bergelut utk mkn pd 98 apatah lg utk mkn di kfc @ mcd. Kesan besar ketika itu dirasai oleh pekerja swasta terutamanya.

    Reply
  • August 19, 2015 at 2:49 pm
    Permalink

    Aku rasa zaman tu hang masih disuap untuk makan….tahun 98 ada yang bergelut untuk makan ?? SDH…hang pun nak jadi pak lawak macam SB jugak ka ? zaman tu aku pun bekerja dgn swasta masa tu….tak dak masaalah nak makan pun. opps !! sorry…orang yang malas bekerja zaman apa pun susah nak cari makan, macam hang kot..hehehe

    Reply
  • August 19, 2015 at 6:41 pm
    Permalink

    Really raplah? Ke masa tu ko hidup mewah dibela pemerintahan rejim mamak Kutty. Maklumlah waktu tersebut x de social media, SPRM, dan ISA digunakan sewenang-wenangnya. Segala penyelewengan rejim tersebut boleh disapu dan disembunyikan ke bwh karpet. Semua ingat bagaimana sektor perbankan plg teruk menerima kesan. So far skrg keadaan skrg masih jauh lebih baik dr 98. Oh ye apa jd dgn MISC anak mamak kutty yg sibuk diselamatkan ketika krisis ekonomi ketika itu sehingga mengorbankan Bank Bumiputera

    Reply
  • August 19, 2015 at 7:25 pm
    Permalink

    segala penyelewengan ?? alahai macam macai PAS pulak hang !! nasib baik ada Tun masa tu, kalau tidak Malaysia gerenti melutut pada IMF seperti Negara-negara lain…at the end of the day Bank Dunia pun mengakui Tun mengambil tindakan yang betul untuk selamatkan ekonomi Negara…hang ?? aku rasa hang dok tidur kat rumah…pasal tu la nak cari makan pun susah.

    Satu kejayaan Najib ialah pemberian BR1M…ramai dah termakan budi. BTW hang cerita sat apa jadi kat MISC…hang pandai tuduh, tak kan hang tak tau nak cerita….

    Reply
  • August 19, 2015 at 7:58 pm
    Permalink

    najib kata brim blh tampung perbelanjaan selama setahun…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *