Sampai Bila Pegawai Kerajaan Harus Menjadi “Punching Bag” Lim Guan Eng?

Share


gridlock1708_620_424_100Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyalahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan United Engineering Malaysia (UEM) atas kesesakan luar biasa di Kawasan Perdagangan Bebas Bayan Lepas-Batu Maung isnin lalu merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bersifat menyelamatkan diri dari menyelesaikan masalah.

Lim Guan Eng dilaporkan berkata kesesakan yang menyebabkan kenderaan tersangkut selama tiga jam ialah satu krisis yang gagal ditangani oleh JKR/UEM.

Jalan tersebut ditutup sabtu lalu untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan “flyover” melintasi Sungai Keluang bagi kemudahan Lebuh Raya Bayan Lepas Expressway (BLE) namun menyebabkan kesesakan teruk pada hari isnin lalu yang merupakan hari kerja pertama sejak penutupan.

“Kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan cara JKR mengendalikan penutupan jalan ini yang menyaksikan kesesakan jalan raya paling teruk di kawasan ini dalam sejarah Pulau Pinang,” kata Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar bersama JKR.

Perangai Lim Guan Eng yang suka menyalahkan pihak lain atas sebarang kelemahan dalam pentadbiran Pulau Pinang sangat memalukan. Sebagai Ketua Menteri, Lim sepatutnya mengambil tanggungjawab dan memperbetulkannya.

Mengadakan sidang akhbar bersama JKR dan UEM tapi kemudiannya menyalahkan JKR dan UEM atas kesesakan ini adalah merupakan perbuatan biadap dan tidak bermoral. Ini kerana keputusan penutupan jalan ini sepenuhnya dibuat oleh oleh Kerajaan Negeri.

Apa perasaan para pegawai JKR dan UEM dalam sidang akhbar tersebut sedangkan ia keputusan kerajaan Negeri? Tiada jalan di Pulau Pinang boleh ditutup tanpa kebenaran atau arahan kerajaan negeri.

Lim tidak boleh menafikan bahawa beliau bersetuju dengan penutupan keseluruhan jalan tersebut walaupun JKR dan UEM mengemukakan dua pilihan kepada beliau, iaitu (i) penutupan sebahagian jalan atau (ii) tutup sepenuhnya. Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan menutup sepenuhnya dan ia mengakibatkan kesesakan luar biasa ini.

Lebih mengecewakan Lim langsung tidak memberi peluang kaedah ini berjalan beberapa hari sebelum melihat apakah ia boleh diuruskan atau tidak.

Lim sebagai Ketua Menteri sepatutnya menjadi pengimbang antara agensi pelaksana dengan rakyat. Sebaliknya beliau pada hari pertama lagi sudah menjadi batu api kepada rakyat dengan menyalahkan JKR dan UEM sepenuhnya.

Adalah lumrah berlaku kesesakan akibat pembangunan. Jika sesiapa tinggal di Kuala Lumpur berhampiran laluan pembinaan MRT dan LRT pasti tahu seksanya. Kadangkala terperangkap sehinga dua – tiga jam dalam kesesakan jalan raya waktu pagi. Ini pengorbanan yang perlu dilakukan.

Sudah tentu kita tidak mahu rakyat terperangkap berjam-jam lamanya. Namun ia hari pertama penutupan jalan dan kaedah penyuraian trafik yang baharu. Lim sepatutnya mendapat laporan terlebih dahulu dan mendengar cadangan pihak pelaksana sebelum membuat sebarang keputusan.

LGE-Jam

Namun sama seperti mengarahkan penutupan sepenuhnya biar pun ada cadangan alternatif, beliau sudah membuat keputusan penutupan tersebut gagal dan mengarahkan pembukaan semula jalan tersebut.

Lim harus sedar bahawa beliau kini adalah Ketua Menteri Pulau Pinang bukannya pemimpin pembangkang “ala koboi” yang tidak punya apa-apa tanggungjawab pentadbiran.

Membakar sentimen pengguna jalan raya dengan mengeluarkan kenyataan menyalahkan JKR dan UEM serta mengarahkan jalan dibuka esok melalui akaun Twitter bukan gaya Ketua Menteri yang bertanggungjawab.

Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri harus belajar bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat, bukannya menyalahkan pihak lain.

Memalukan! -MYKMU.NET



13 thoughts on “Sampai Bila Pegawai Kerajaan Harus Menjadi “Punching Bag” Lim Guan Eng?

  • August 19, 2015 at 7:08 pm
    Permalink

    Hang Tanya sampai bila kunta kinte ??…hang ni pun lagi satu dol, sampai Najib berundurlah…buat-buat Tanya pulak !

    Reply
  • August 19, 2015 at 7:21 pm
    Permalink

    kepentingan rakyat mesti diutamakan.bkn mesyuarat sana sini tp kerja lembap.

    Reply
  • August 19, 2015 at 7:34 pm
    Permalink

    Jika pemimpin UMNO yang buat, bagai kiamat disuruh letak jawatan dan berundur.. LIM GIL ER SILA LETAK JAWATAN.. BERUNDUR..

    Reply
  • August 19, 2015 at 7:52 pm
    Permalink

    Senang dua2 letak jawatan…Jibby and Lim anak beranak need to go..

    Reply
  • August 19, 2015 at 8:13 pm
    Permalink

    Kau orang tahu ke siapa punca LGE ni boleh jadi taiko?.Meh aku nak bagi tau.Ini semua adalah gara-gara anak didik Pak Mantan ,Anwar al jub yg telah membantu LGE menawan PP.LGE juga jadi hiro kerana memperalatkan kes seorang lagi anak didik kesayangan Pak Mantan,RTC dalam kes main budak bawah umur.Pak Mantan memang poor dalam membentuk orang bawahan nya.Itulah keloam kabut sehingga ke hari ini.

    Reply
  • August 19, 2015 at 8:23 pm
    Permalink

    hehehe sman….sapa yang kata pemerintahan guan eng macam khalifah Al-Rasyidin ?? mangkuk ayon PAS mana yang pakai baju ” bersih ” pi sambut Najib kat airport Bayan Lepas.

    Lepas tu bebudak melayu yang pakai lebai kulup mana yang dok usung bendera DAP pi mai..pi mai..masa PRK Permatang Pauh sambil bertakbir…?? Bila karpal sink padam…sapa yang dok pi tunduk sedih depan keranda dia ?? bukan pak mentua hang ka ??

    dari dulu aku katakana dan sekarang pun aku katakana ” PAS haram seduit tak guna “

    Reply
  • August 19, 2015 at 8:33 pm
    Permalink

    Ini baru kes perntah satu negeri yg kecil..sudah lepas tangan salahkan yg lain…perintah negara kalu?.

    Senangnya jd ketua menteri yeee.

    Reply
  • August 19, 2015 at 9:01 pm
    Permalink

    Beatnya jadi KM P.Pinang , apa sahaja masalah salahkan puhak lain , syiooook

    Reply
  • August 19, 2015 at 9:08 pm
    Permalink

    Traffik pun x boleh uruskan apatah lg nk urus mslh negara yg lebih besar mcm MH370 dan MH17.

    Reply
  • August 19, 2015 at 10:21 pm
    Permalink

    Memang tak boleh pakai…nak lepas diri je…suka suka pointed pada orang lain…dah dasar cam tu..GTH

    Reply
  • August 20, 2015 at 12:10 am
    Permalink

    sman August 19th, 2015 at 8:13 PM…Ko kata ko PAS…aritu kata ko PKR…apa2 pon dua2 parti haprak tu sanggup berkawan dgn komunis mcm Lim anak beranak….mana la Lim anak beranak komunis tu tak naik kepala…depan DAP ada PKR…24 jam PKR kena liwat dgn DAP…belakang DAP ada PAS…24 jam PAS sedut kentut DAP…PKR lak cuba liwat org2 melayu….PAS pulak dok kelentong tak sudah2 betapa ikatan err..apa bahasa arab dia…bahalul siyasi ka apa ka….ikatan yg harum mewangi sesuci bunga mentari pagi….demi hudup versi dia yg tak berkesudahan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *