“Susah Hati Masalah Air Selangor Punca 6 Tahun Tidak Boleh Tidur”

Share


azmin pandaJika ada individu mendakwa kononnya beliau tidak boleh tidur selama 2 bulan gara-gara masalah negara, penulis juga sebenarnya ingin meluahkan kesengsaraan yang penulis pendamkan sekian lama.

Cerita sini habis sini, sebenarnya penulis sudah 6 tahun tidak boleh tidur memikirkan masalah pelaburan asing dan kadar pengangguran yang meningkat gara-gara masalah air yang masih belum selesai gara-gara tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba mempolitikkan sumber penting dalam merencana pertumbuhan ekonomi negeri.

Sekalipun satu ketika penulis sudah berasa lega tentang status kemelut ini, “Langkah Kajang” telah membunuh impian untuk menikmati tidur yang lena gara-gara memenuhi kehendak pihak-pihak tertentu yang mahu merubah pimpinan pentadbiran kerajaan negeri. Kemelut ini berpanjangan pula sehingga penulis masih belum dapat menikmati tidur yang lena sehinggalah ke saat artikel ini ditulis.

Status  “Selangor Negeri Maju” sudah hilang serinya, hanya tinggal retorik dan angan-angan semata-mata.

Bagaimana boleh untuk penulis tidur, apabila sering terbayang-bayang dan terngiang-ngiang, akan situasi-situasi ditertawakan oleh rakan-rakan dari luar negara di dalam forum-forum berkenaan air dunia, apabila menempelak daya dan kemampuan kerajaan negeri dalam mengurus air dalam keadaan negara ini menerima hujan lebat hampir sepanjang tahun, yang menyaksikan logik akal bahawa sumber air tidak seharusnya berkurangan.

Dan selama 3 tahun kebelakangan ini pula, penulis tidak boleh tidur memikirkan bahawa ramai, termasuk pemimpin-pemimpin yang dilantik oleh rakyat untuk memahami, bahawa isu sebenarnya bukanlah tentang bekalan air mentah, tetapi loji rawatan untuk memproses air terawat agar boleh disalurkan kepada rakyat.

Tidur hanyalah angan-angan bagi penulis, gara-gara negeri diurustadbir oleh mereka-mereka yang tidak terkesan dengan bekalan air, atau catuan yang dikenakan. Sedangkan, kita melihat bagaimana anak-anak, golongan tua terpaksa menunggu lori-lori yang membawa bekalan air ke kawasan-kawasan kediaman mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Tidak mustahil, anak-anak kita juga akan senasib dengan anak-anak itu atau ibu dan bapa kita senasib dengan golongan tua itu.

Tidur masih jauh untuk dinikmati, apabila wujud pula kemungkinan akan kenaikan tarif air. Selangor ku berkebajikan katanya.

6 tahun penulis menderita, tidak boleh tidur gara-gara memikirkan krisis bekalan air di Selangor, yang menjadi punca kepada pelbagai masalah-masalah yang timbul. Kerajaan negeri memaklumkan akan muktamadkan pada September, dan penulis benar-benar runsing. Loji Langat 2 mungkin akan siap 2017 atau 2018.

6 tahun penulis tidak boleh tidur, kini harus menunggu sehingga 2018 pula. Ketiduran di dalam mimpi, bagaimana untuk bermimpi jika tidur pun tidak ku nikmati.

6 tahun, bukan setakat 2 bulan.



12 thoughts on ““Susah Hati Masalah Air Selangor Punca 6 Tahun Tidak Boleh Tidur”

  • August 18, 2015 at 3:35 pm
    Permalink

    desprate sungguh2 Sikitol Tua ,Tokong Tua LKS Dapig n MB cap ayam n gang3 sama waktu dgnya xberjaya nk usul undi xpercaya pd PM n UMNO..hati2 bangsaku

    Reply
  • August 18, 2015 at 4:18 pm
    Permalink

    Apa masukkan je azmin kandang panda, biar dia jadikan panda kasi makanan buluh betung itu,.

    Reply
  • August 18, 2015 at 5:07 pm
    Permalink

    selangor je ke ade masaalah air..bnyk tengok utusang la lu…

    Reply
  • August 18, 2015 at 5:13 pm
    Permalink

    Selagi azmin dok dengar nasihat cina-cina DAP selagi itulah masaalah air Selangor akan berlanjutan, azmin lupa di Selangor dia ialah MB menerajui kerajaan Selangor untuk kesejahteraan rakyaat….ini mentality masih mentali pembangkang, sampai bila nak selesai…

    Reply
  • August 18, 2015 at 5:45 pm
    Permalink

    Sebab tu jgn kasi PR terutama sekali parti haprak mcm PKR memegang kuasa. Kesemua politician2 dlm tu species politik cari makan….melayu paling paria aku pernah nengok di alam nusantara nih.

    Reply
  • August 18, 2015 at 5:57 pm
    Permalink

    Inilah contoh seorang ahli politik yg hanya pandai berpolitik 24 jam. Dah habis duit Tabung kerajaan negeri yg dikumpul oleh mantan MB sebelum ni ke?. Aset²kerajaan negeri dah nk habis dijual. Mahu tak Mau kenalah naik takrif air untuk menampung perbelanjaan pentadbiran kerajaan negeri. Dah lah hasil kutipan zakat pun diselewengkannya untuk kepentingan org2 partinya. Apa2 pun tahniahlah pada rakyat Selangor yg memberi peluang kepada PR untuk membuktikan keupayaan untuk memerintah. Sekurangnya kita tahu tahap kebolehan mereka.
    Kalau kerajaan Najib tdk bermasalah, dah tentu PR kena belasah kaw kaw. Pasti Selangor jatuh ketangan Umno semula.

    Reply
  • August 18, 2015 at 6:55 pm
    Permalink

    PRU14 milik DAP. Welcome to the new era of equality

    Reply
  • August 18, 2015 at 7:10 pm
    Permalink

    PRU 14 milik DAP ??? hehehehe….welcome ?? its only 2015 get ur calendar right. ni sekor lagi comrade ” anak Malaysia ” ada goons yang terlepas dari zoo Negara ke hari ni ?

    Reply
  • August 18, 2015 at 10:20 pm
    Permalink

    Ada kawan saya tanya saya…apa faedah saya dapat rebet air sedangkan air tak ada?.

    Serius..saya tak ada jawapannya..mungkin yg tidak dpt tidor 2 bulan tu boleh menjawapnya.

    Reply
  • August 19, 2015 at 12:43 am
    Permalink

    Azmin tak tidur 2 bulan tu bukan sebab masalah air je. Banyak lagi sebenarnya. Nasib baik kerajaan pusat membantu dalam penstrukturan air Selangor. Dulu bukan main lagi kononnya kerajaan pusat nak letak kroni2 dalam projek Langat 2. Bila khalid ibrahim bersetuju tandatangan projek Langat 2 dia lah salah seorang yang menentang dan bila dapat je kerusi panas MB selangor terus batalkan perjanjian. Ibarat meludah kelangit akhirnya azmin jilat balik ludah dia tu bila dia sendiri dah tak dapat selesaikan masalah air kat selangor. Hampeh punya MB, FLIP FLOP.
    Nak tido cam ne, masalah sampah tak settle sampai sekarang. Kerajaan BN selangor dulu dah mengujudkan suatu sistem pengutan sampah yang efisien, dah di tuduhnya kroni BN punya. Apa yang dilakukan khir toyo waktu ialah Pusat Pengumpulan Sampah setempat dimana PBT akan membeli segala jenis sampah dengan harga 10 sen sekilo kalu tak silap. Masih ingat lagi saya sampah ditaman perumahan dicuri dari tong2 sampah dirumah kawasan perumahan oleh orang2 perseorangan dengan menaiki lori. Sehinggakan apabila lori sampah yang ditugaskan oleh PBT utk mengutip sampah, sampah dah tak de. Difahamkan kerajaan baru yang diwarisi azmin menamatkan sistem ini kerana kononnya membazirkan duit kerajaan. Yang baik tak nak dijadikan pedoman.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *