GHB Jelas Anti-PAS, Di Manakah Keberanian PAS?

lafaz-baiahTidak perlu berkias, tidak perlu bermadah, dan tidak perlu bermuka-muka, itulah pendirian jelas yang dipamerkan oleh anggota-anggota Gerakan Harapan Baru yang diberikan “kebebasan mutlak” oleh kepimpinan PAS sehingga ke hari ini untuk merangka strategi ampuh bagi mencapai cita-cita dan objektif penubuhannya.

Kenyataan-kenyataan di dalam media oleh GHB jelas menempelak kepimpinan semasa PAS yang diberi mandat pada Muktamar yang lalu. GHB menampilkan imej kononnya mereka lebih Islamik dari PAS, disamping cubaan untuk menggambarkan bahawa PAS sudah “obsolete”; tidak relevan dengan perkembangan dunia Islam masakini.

PAS perlu terima hakikat, bahawa gerakan ini semakin mendapat tempat di hati ahli-ahli mereka sendiri. Apatah lagi, “kebebasan mutlak” itu ibarat titian esklusif yang memberi “lesen” kepada GHB untuk merapati dan melingkari ahli-ahli PAS sendiri. Hasilnya, satu demi satu ahli mereka menyeberangi “kapal” yang dinakhodai oleh bukan Presiden PAS.

Jelas, nyata dan terang bahawa “ruang  dan peluang pengkaderan” mereka adalah dari kalangan ahli PAS sendiri. Sejauh mana PAS mampu bertahan dalam keadaan ini?

Penulis masih ingat, bagaimana Hasan Ali dipecat keanggotaannya tanpa perlu membuat kenyataan-kenyataan yang merugikan PAS. Dengan tegas, Hasan Ali hilang statusnya, sekalipun beliau adalah antara individu yang bertanggungjawab meletakkan PAS di tahap seperti sekarang di Selangor.

Bagaimana pula PAS enggan mengambil langkah yang sama ke atas mereka-mereka yang secara terang-terangan memberi konotasi negatif kepada parti sendiri?

Apakah PAS mahu mereka-mereka itu sendiri keluar dari parti, sekaligus jatuhlah hukuman seperti apa yang pernah dilafazkan oleh mereka pada lafaz sumpah baiah?

Mungkin juga, GHB atau G18 atau PASMA sendiri takut untuk umum keluar dari PAS kerana sumpah baiah tersebut.

Pada hemat penulis, itulah senario yang berlaku sekarang ini. PAS dan GHB masing-masing terhimpit di dalam kekalutan atas peraturan yang mereka sendiri lakukan. Bak kata M. Nasir;

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri?

3 thoughts on “GHB Jelas Anti-PAS, Di Manakah Keberanian PAS?

  • August 11, 2015 at 2:43 pm
    Permalink

    Pas berani ke nak ambil tindakan ? Mana berani pun , cakap sahaja berdegar ini depa tgh duk nak pujuk mana-mana pemimpin yg boleh. Last resort kata orang

    Reply
  • August 11, 2015 at 6:01 pm
    Permalink

    PRU 14 nanti PAS kasi maufakat sama UMNO dalam pembahgian kerusi.Kasi mampus itu GHB dan PKR.Pas sama Umno jangan gaduh,tak mahu bersama tak apa,tapi benda baik kena sokong menyokong antara satu sama lain,benda buruk nasihat menasihati.Dua-dua pihak jangan ambil kesempatan hentam Pas atau hentam Umno.Kalau buat macam ni tak rugi,untung lagi ada.Belanja jimat ,kerusi dapat,pahla dakwah pun dapat.Allah pun suka.

    Reply
  • August 11, 2015 at 9:10 pm
    Permalink

    parti penakut & pemimpin penakut . itu kesimpulan aku kpd pas skrg. patut layak jadi pencacai shj utk DAP & PKR. ahli ramai , tetapi pengaruh takde. kesian sungguh.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *